Cara hilangkan kesan gam gajah pada jari
Suami ana duk repair cover laptop Adik Ika yang pecah kat sudut dengan gam kuat yang di belinya dari kedai Eco RM2. Dah siap repair mengadu tangannya melekat lah pula gam kuat tu pada jari sampai basuh dengan air tak boleh hilang. Dah nak masuk waktu Zohor , kami pun carilah kat Youtube cara nak bersihkan gam gajah pada kulit atau jari. Jumpa lah satu tutorial dan kami cuba pada tangannya. Alhamdulillah menjadi. Tanggal dah kesan gam kuat pada jari dan bersih boleh lah ambil wuduk dengan sempurna kan.
apa sahaja gam kuat contohnya gam gajah atau gam Bossil ni |
Cara hilangkan kesan gam gajah pada jari
sental dengan garam dan bilas dengan air |
Kalau korang terkena gam kuat tak kiralah gam gajah atau jenama apa pun pada jari, boleh lah try cara yang kami buat ni. Bahannya cuma garam dan air paip sahaja. Basahkan kedua tapak tangan. Ambil garam dan sental pada jari sehingga bersih. Ulanglah sampai betul-betul tanggal sisa kesan gam dan bilas semula dengan air paip. Tapi kalau kulit korang ada kesan luka, pedih tau. Sebab garam kan kalau ada kesan luka mestilah pedih dibuatnya.
dah bersih dah jari |
Lepas ni kalau nak buat kerja-kerja DIY melibatkan gam atau bahan melekat macam ni pasti kan pakai sarung tangan lah kan. Baharu lah selamat dan sejahtera dari melekat pada kulit kita. Ermmm.. tapi kalau dah terkena tu cuba sahaja lah cara yang telah kami guna pakai ni. Korang boleh jer tengok secara visual di Youtube ana di bawah ni.. Meh laa Subscribe naa .. Selamat mencuba :)
12 Comments
Ye dulu LeYa memang gunakan petua garam ni untuk buangkan lekat-lekat gam kuat tu. Sejak dah terkena tu memang pakai glove kalau nak buat keje.. Hehe..
ReplyDeletehehe kann sepatutnya kena pakai glove je :)
Deleterasa panas ja kan kulit bila kena gam macam ni. dah hati2 pun kadang kena jugak :(
ReplyDeletekena pakai sarung tangan la lepas ni UN hehe :)
DeleteTk sharing petua tersebut
ReplyDeletesemoga bermanfaat wak , mana tahu lepas ni terkena gam boleh lah cuba hehe :)
Deletepenah kena juga jari kena gam gajah tapi nieyl guna minyak dan ubat gigi...berhasil...
ReplyDeleteowh boleh juga ye nieyl tq berkongsi satu lagi tips :)
DeleteBaru tahu petua ni. Thanks for sharing, Kak AJ.
ReplyDeletehehe most welcome JR semoga bermanfaat satu hari nanti kan :)
Deletelepas ni boleh cuba kalau terkena huhu haritu gigih nak hilangkan kesan gam gajah ni :(
ReplyDeleteanyway, jemput singgah dan join https://rawkkstylo.blogspot.com/2020/01/january-giveaway-by-awesome-dreamer.html
boleh lah try kalau terkena nnt kan :)
Delete