Menu Kenduri Kahwin Dulu-dulu
Banyak perbezaan dahulu dan kini dalam pelbagai aspek kehidupan hari ini. Ada yang bertambah baik kesinambungannya dan ada pula yang kian pupus di telan arus kemodenan hidup masa kini. Yang baik harus kita pertahankan dan yang tidak elok tu wajarlah kita ketepikan. Hari ini ana nak bercerita menu-menu lauk kenduri kahwin masyarakat kita dahulu.
nasi minyak, jelatah dan ayam masak merah menu dulu-dulu |
Lauk kenduri kahwin dulu-dulu
jelatah kampung |
Puncanya bila ana upload gambar jelatah di IG, boleh pula adik ana, Lan, chat kat group keluarga kami teringin nak makan menu lauk kenduri kahwin style dulu-dulu. Duk borak-borak dalam group terkeluarlah menu nasi minyak, ayam masak merah, jelatah dan kari daging cincang. Kebetulan hujung minggu tu kami semua plan nak balik kampung kenduri kahwin sepupu, teruslah plan hari Ahad tu nak masak-masak menu yang kami sebut. Adik ipar ana, Julia Alisya laju je pm kawan sekolahnya yang merupakan anak tokeh katering kat Teluk Intan, Jue order nasi minyak. Haa!! Senang order je nasi minyak ni sebab kami tak pernah masak nasi minyak, takut tak menjadi baik order je.
ayam masak merah |
Pagi Ahad lepas, ana,suami, Jue dan Lan ke pasar besar Teluk Intan atau kami kat kampung panggil market 😊😊. Kat kampung kami speaking London tau. Lan dan Jue pii beli daging cincang, santan,bahan-bahan masak kari. Ana dan suami kami beli ayam, timun, nanas dan bahan-bahan jelatah. Lan kata nak jelatah style kampung, original punya letak udang kering dan kacang tanah. Sebab kakak nya malas nak goreng kacang tanah, nak guna pun sikit je kami beli je kacang tanah yang dah siap goreng tanpa minyak tu,nanti tumbuk jer lah.
Dalam perjalanan balik tu singgah ambil nasi minyak kat Rumah Awam Padang Tembak, katering Pak Nan yang femes kat Teluk Intan tu. Nasi minyak nya memang nasi minyak dulu-dulu dan sedap sangat. Sekarang ni tak ramai kenduri kahwin hidangkan nasi minyak kerana ada sahaja pilihan nasi lain seperti nasi beriyani, nasi hujan panas dan sebagainya. Kalau dulu kenduri kahwin jer mesti dapat makan nasi minyak sampai nasi minyak dan kahwin tu sinonim sangat kan .
kari daging cincang |
Dah siap cukup syarat rukun bahan nak masak balik rumah dan memproses lah menu-menu yang di cadangkan bersama air sirap selasih. Masing-masing dah bagi-bagi tugas. Ayam masak merah, Jue masak, kari daging cincang mestilah air tangan mak di bantu Kak Long dan Adik Ika. Ana ambil tugas buat jelatah jer, yeay!! Senang nau kerja ana kali ni dan Kak Long siap kan sirap selasih.
sirap selasih |
Alhamdulillah berselera sungguh mak, abah, kami sekeluarga makan tengahari tu. Rezeki yang amat di syukuri dan seronok makan sekeluarga. Semua lah duk puji jelatah ana tu sedap,sebab memang dah rare sangat menu jelatah style kampung ni sekarang. Kalau kenduri kendara pasti jelatah tu dah jadi acar timun je laa nii. Tak ada bubuh udang kering dan kacang tanah lagi. Terubatlah juga rindu pada menu kenduri kahwin dulu-dulu di mana makanan di sajikan dalam talam berhidang, di bawah khemah yang di buat sendiri dengan kayu-kayu dan meja papan beralas kertas putih atau kertas kajang balut buku tu, adoi nostalgia sungguh. Goodies pula tak lain tak bukan hanya bunga telur.
Kalau korang nak resepi dan cara buat jelatah kampung tradisional tengok je kat youtube atas ni. Ana dah update senang nanti nak buat rujukan sesiapa yang tiba-tiba teringin nak makan jelatah kampung kan. Semoga bermanfaat hendaknya.. In Shaa Allah.
12 Comments
Sedap2 semuanya 😊
ReplyDeletesedap Alhamdulillah ejulz :)
DeleteUnik nampak..
ReplyDeletemenu dedulu sekarang pun ada jer etuza :)
DeleteDulu2 satu hidang, tunggu ada 4 orang baru boleh makan
ReplyDeletehaha kan wak makan berhidang :)
Deleteteringat lauk camni ms kakak sy kawen dulu2..
ReplyDeletems sy kawen dh moden lauk kenduri.. haha
menu lama kan ezy :) wahh lauk moden tu apa pulak ezy hehe :)
Deletesoalan cliche utk bujang2 yg belum kawin "bila nak makan nasi minyak?"
ReplyDeletesekarang dah boleh tukar script "bila nak makan nasi bryani? nasi hujan panas? nasi putih?" hahahaha. Btw, telan2 ailio i tengok menu kenduri kawin dulu2 uolls ni.. tahniah korang adik beradik.. apa yang penting... kerja sama hehehe
tq zaza sesekali mengembalikan nostalgia silam memang seronok kan :)
DeleteKekadang ada juga menu lauk/sayur kampung yang disediakan kat kenduri. Memang lakuu! Tapi kalau guna catering, susah sikit le kan nak jumpa hehehe
ReplyDeletebetul tu kak cik :)
Delete