Menu sarapan Malaysia yang tak boleh di tinggalkan pastilah nasi lemak ye tak ? Walaupun bukan selalu ana makan nasi lemak ni, tapi sekali sekala tu mengidam lah jugak. Ana ni jarang juga makan nasi lemak berbeli melainkan kalau dah memang pernah rasa dan kena dengan selera barulah boleh makan. Bukan apa, penangan gastrik teruk sekarang ni, takut kalau termakan nasi lemak sambal yang terlalu pedas. Siap lah naik ke dada rasanya pedih ulu hati, berhari barulah lega dengan izin Allah swt. 

Sebab tu kalau nak makan nasi lemak beli ni ana akan cari gerai yang dah pernah makan. Jadi kita dah tahu dah sambalnya macam mana. Ana tak berapa suka sambal yang terlalu pedas, berminyak atau pun yang bertabur biji cilinya. Seramm weii!! Bak kata orang , ada kalanya bila nampak je rupa paras sambal tu kita dah boleh agak rasa nya ye tak ? 




Nasi lemak sambal bilis petai 



Tiba-tiba balik dari urusan bayar bil dengan suami minggu lepas, teringin pula nak makan nasi lemak bawah pokok gerai Kak Ani kat Bandar Country Homes ni. Kami banyak kali dah makan nasi lemak Kak Ani ni sebab lauknya macam-macam. Yang paling win sambal kerang dan sambal bilis petai. Pagi tu, ana ambil nasi lemak sambal bilis petai dengan telur mata. Allahu.. sedap beno rasanya. Nikmat yang disyukuri. 

Sambil makan tu borak-borak dengan Kak Ani yang sama makan semeja. Kak ani pun baru nak sarapan katanya. Kak ani bagitau dia gunakan petai yang bukan dah siap kupas tu. Dia beli seikat besar nun kat pasar Chow Kit sana, dapatlah murah berbanding dengan beli di pasar sekitar Rawang ni. Itupun ikut musim juga kalau mahal harga petai, tak adalah sambal bilis petai yang dapat di jual. Petai sekarang ni pun bukan murah ye tak ? Baru sahaja ana beli dua hari lepas, 3 papan RM4.50 . Dapatlah mata petai yang besar baharu lah puas nak makan buat ulam atau sambal. 

Kadang-kadang macam tu lah kan, kalau dah bahan mentah nya mahal, macam mana lah peniaga nak letak harga makanan yang dah di masak ni. Kita sebagai pembeli pun kena faham juga lah kan situasi pasaran harga barangan sekarang ni. Cuma kalau di luar kemampuan tu, tangguh-tangguh kan dahulu nak makan. Mana tahu ada rezeki lebih boleh lah kita makan kemudian.

Nasi lemak sambal bilis petai dan telur mata ni harganya cuma RM6 sahaja sepinggan. Murah lah tu ada petai, ikan bilis dan telur goreng kan. Banyak lak tu sesudu besar di letakkan. Sesekali makan nasi lemak bawah pokok macam ni menambah selera juga lah kan. Nak-nak lagi sekarang ni kami sarapan berdua je sementara anak-anak di kolej. Dating saja lah kengkononnya. 



34 Comments

  1. Sedapnya nasi lemakkkkkk.....lapar perut ni..kalau mcm ni nasi lemak depan mata SA..memang jahanam diet la kak..x peduli diet dah..

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. nampak nasi lemak pulak pagi-pagi ni. Terasa lapar dah ni. Makan dengan sambal petai lagi bertambah jadinya Kak Ana.

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi lemak...dekat je tu BCH dengan BTP Rawang. Nanti boleh tryyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tinggal kat BTP, dekat nau la Tiasfl hehe :)

      Delete
  4. Sedapnya sambal petai, kita pun pantang nampak masakan ada petai nie..

    ReplyDelete
  5. Ermm sedapnya menjilat jari. Aduhh pantang nampak petai tapi tu la kalau makan tak ingat dunia. Urine pun bau dia haha 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hat tu fikir kemudian VS, janji makan dulu hehe :)

      Delete
  6. sedapnya tengok nasi lemak kak ana dengan telur mata goyang dan sambal petai tuh...
    dana pun selalu prefer masak sendiri sebab sambal dia tu, kalau mkn kt kedai pun pilih kt kedai yg dah biasa dah tahu rasanya macamne... pedas sangat memang dana tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sama lah kita dana, kalau dah tahu sambal dia macam mana baru selesa nak beli kan :)

      Delete
  7. ya Allah terliuq tengok. terus lapaq. hahahaha

    ReplyDelete
  8. Kawasan office Sha hari tu ada jual petai. Banyak sangat sampai jatuh harga RM1 sepapan. Memang puas memborong 😅

    ReplyDelete
  9. Erm.. dah lama tak makan nasi lemak, rasa craving pulak.

    ReplyDelete
  10. sama cam JM..kalau sambal tu penuh bijik..mmg x kan ambik..risau biji cili tu bila telan masuk dlm usus dalam hempedu sbb kunyah x lumat..eee seram..tapi kalau org jenis nak cepat mmg x buag tau biji cili tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, kak ana kalau nasi lemak cerewet sikit bab sambalnya :)

      Delete
  11. Betul tu kak Ana.. bila harga bahan mentah mahal, ianya akan memberi kesan pada peniaga.. Kita sebagai pembeli pun memang terasa jugalah..
    Tapi okay sangat sepinggan tu RM6..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam kan Sha kena lah kita bijak memilih :(

      Delete
  12. Fuhh sedapnya nampak nasi lemak tu kak Ana.

    ReplyDelete
  13. Sedapppnya Nasi Lemak ada sambal bilis dgn telur mata

    ReplyDelete
  14. kalau ada petai, tak cukup sebungkus nasi lemak tu kak ana hahhahaa

    ReplyDelete