Cakoi ni makanan kudapan waktu petang yang sedap dimakan time masih panas. Kalau dah sejuk dah kurang nikmatnya kan. Dulu masa kecil-kecil selalu beli kuih cakoi ni kat pasar pagi Teluk Intan. Sekarang ni banyak orang jual kat pasar-pasar tani pun ada kan. Dulu-dulu ni kuih orang Cina tak ada lah nak makan ye tak, Alhamdulillah sekarang ni boleh sahaja di makan bila orang kita dah pandai buat dan menjualnya. 

Dah lama dah teringin nak try buat sendiri kuih cakoi ni. Baru dua hari lepas berjaya juga merealisasikannya dan terhasillah kuih cakoi untuk di nikmati kami sekeluarga. Sedap makan lepas goreng tu cicah dengan sekaya. Sekaya ni tak sempat nak buat sendiri , ana gunakan sekaya beli sebekas sahaja buat colek. Cakoi ni sedap juga di colek dengan sambal manis kan. Jom ana terbitkannya semula di sini buat rujukan lain nak buat kan senang. 



Resepi dan cara buat kuih cakoi 



Bahan-bahan cakoi :


2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung / AJ guna minyak kelapa 
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara buat kuih cakoi 




1. Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.

2. Satukan tepung, minyak kelapa dan garam ke dalam bekas besar.

3. Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.

4. Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.

5. Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.

6. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. 

7. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.

8. Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.

9. Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

( kredit resepi dari buatoranglapo.com



Cakoi yang sedap bila garing di luar dan di dalamnya lembut bagai roti. Selamat mencuba satu lagi resepi masakan marhain dari ana :) 

8 Comments

  1. nyummmm dapnya makan panas2. terasa di mulut sekarang. haha

    ReplyDelete
  2. nice idea! suka betul dengan sekaya tu yummy!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. owh ye ke etuza :) kat Sabah pun ada ye :)

      Delete
  4. wah sedapnya.nuna simpan dulu resepi ni nanti ada masa boleh buat untuk kudap kudapan waktu petang..

    ReplyDelete