Alam percintaan yang semestinya mengimpikan sebuah mahligai perkahwinan sebagai permulaan fasa kehidupan baharu buat setiap pasangan. Mengimpikan sebuah majlis yang penuh keindahan dari saat lafaz akad nikah hinggalah ke majlis resepsi yang cukup damai di saksikan keluarga kedua belah pihak serta di raikan oleh rakan taulan. Memilih lokasi yang sesuai dengan impian perkahwinan memerlukan perancangan yang panjang dan awal sebelum tarikh keramat menjadi satu hikayat perjalanan kehidupan. 

Panjang mukadimah pula ye. Bukan apa seronok sebenarnya bila bercerita bab percintaan dan keindahan majlis perkahwinan ni. Sebaik mungkin kita mahu kan yang terbaik untuk di realisasikan. Bermula dengan tarikh yang sesuai, di mana majlis ingin di adakan, tema majlis, busana perkahwinan, sajian hidangan buat tetamu hingga lah ke abadikannya dalam visual dan foto yang indah. Semua itu bukan lagi masalah bila kita dapat perancangan majlis atau pun wedding event yang memudahkan segalanya. Serahkan pada mereka yang pakar dan kita dah boleh bertenang sambil memberikan sepenuh perhatian kepada persediaan mental dan fizikal untuk bertukar status. 





Andai ada di antara korang yang sedang dalam perancangan untuk berkahwin dan mencari lokasi serta pakej perkahwinan, ana ada satu cadangan untuk korang teliti dan mana tahu berkenan dan kena pada lokasi dan bajet, inilah solusinya.. Sebuah majlis perkahwinan dalam suasana kedesaan dengan tiga pilihan lokasi dalam satu tempat iaitu di Rinching Terrace Wedding & Events


AJ di Rinching Terrace Glass Hosue 

Rinching Terrace Wedding & Events


Rinching Terrace 


Terletak di lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang, Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) merupakan lokasi terbaru yang mempesonakan sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau sebarang acara sosial dan korporat. Rinching Terrace dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort.

Sejak tahun 2018, Rinching Terrace telah mengalami transformasi daripada hanya sebuah kawasan hutan terbiar, kepada sebuah taman subur menghijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri – Lokasi Sempurna Untuk Sebuah Majlis Perkahwinan Impian!




Diinspirasikan daripada rekaan taman hidup dan landskap alam semujadi, Rinching Terrace merupakan sebuah lokasi persendirian eksklusif yang mampu memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Ia dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran yang selesa bersama pemandangan yang menakjubkan untuk para pengunjung.

Kawasan yang dibangunkan ini sudah dipenuhi dengan landskap rumput asli nan menghijau dan pohon-pohon renik serta dihiasi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok ‘tree man’. Di samping itu terdapat juga pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi.




Bertuah rasanya bila ana di jemput untuk turut merasaikan keunikan berada di Rinching Terrace pada Ahad lalu dan inilah yang di katakan Impian Perkahwinan Idaman Bermula di sini.. Rinching Terrace menarwarkan 3 lokasi utama untuk korang pilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali, iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden) mengikut bajet masing-masing. 


Rinching Terrace Glass House




Sebaik sahaja melangkah masuk dari pintu gerbang Rinching Terrace, kita akan disambut oleh barisan pohon ‘Orange Jessamine’ gergasi dan ‘Tree Man’ yang ditanam menganjur ke lobi Glass House. Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika di pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman.




Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya. Berada di dalam Glass House ini pasti membuatkan anda teruja kerana  dapat menikmati limpahan cahaya semulajadi di luar dengan pemandangan indah di sekeliling tanpa  perlu risau tentang panas dan hujan kerana semua dindingnya kaca. Bagi menambah lagi kesan natural, lantai Glass House dipasang dengan kemasan kayu berlaminate.




Bertentangan dengan pintu masuk, sebuah pelamin sudah tersergam indah untuk meraikan kehadiran para tetamu. Istimewanya pelamin ini, latar belakang dinding kaca tidak ditutup. Ertinya pengantin bersanding di pelamin dengan berlatar belakangkan alam semulajadi. Menarik bukan?




Pelamin tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri. Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.




Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air bina dalam. Manakala bilik rehat yang selesa disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetamu di bahagian ini. 




Rinching Terrace Khemah Agam (Marquee Tent)


Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.




Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House. Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jika  ingin memasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej bolehlah dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace. Dari khemah,kita boleh menyusuri trek sebelum menuruni tangga untuk ke taman terbuka berhampiran.



 

Taman Terbuka (Garden)

Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis.
Korang boleh mengadakan majlis tanpa mengira waktu – siang atau malam. Lebih indah bila dipasang ‘fairylights’ dan kanopi lut sinar.




Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial.Majlis pasti lebih bermakna jika diadakan di sini kerana taman ini dihiasi dengan pelbagai pohon hiasan menarik yang antaranya merupakan kegemaran peribadi pemilik lokasi ini.


kredit foto Miezipro 

Bukan itu sahaja, kita juga akan dihiburkan dengan kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia. Pastinya akan membangkitkan hormon oksitosin (hormon cinta). 


Keistimewaan Eksklusif Untuk Majlis Anda di Rinching Terrace 


Seluruh kawasan ini adalah eksklusif kepunyaan korang pada hari berkenaan dan  tidak perlu berkongsi dengan tetamu lain kerana hanya ada satu majlis saja pada satu masa! Tidak perlu risau tentang keselesaan atau keselamatan  kerana yang hadir hanya keluarga, saudara mara dan tetamu jemputan anda  sahaja!

Ruang parkir juga sangat luas dan bertar. Pelanggan tidak perlu risau sama ada jalan lecak atau kasut kotor jika hujan. Situasi penyelamat bagi tetamu wanita yang memakai kasut bertumit tinggi dan ibu bapa yang membawa stroller anak serta warga emas atau orang kurang upaya yang berkerusi roda.


Berapakah  Harga dan Tawaran Pakej Lengkap di Rinching Terrace ? 


kredit foto Miezipro 

Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, korang tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia.
 

Rinching Terrace telah menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu::

a. Pakej Silver – Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu.

b. Pakej Gold – Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu.

c. Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.


team terbaik  Rinching Terrace 

Untuk makluman, Rinching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis korang terjamin, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official).


sedap sangat sajian makanan dari Afkar Katering yang ana nikmati 



menu istimewa pajeri kedondong dari Afkar Katering 



Mereka ini telah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP. Jadi, jangan bimbang, hari istimewa anda akan diuruskan oleh mereka yang professional sahaja.


Busana pengantin dari SASES 


Busana pengantin dari SASES 

Tengahari itu, sambil kami rakan blogger dan media influences menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar taman, kami turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pameran koleksi persalinan pengantin oleh rakan butik pengantin rasmi, SASES. Sambil duduk santai, tetamu dihidang dengan juadah pengantin yang menyelerakan oleh rakan katerer rasmi, Afkar. Ramai yang memuji keenakan nasi daging dan kambing bakar. Ana suka sangat makan dessert yang lemak manis belaka. Manakala momen-momen penting dan indah sempena majlis pra pelancaran ini telah dirakam oleh rakan fotografi rasmi, Miezipro. Serius cantik sangat editing foto dan video yang di tontonkan kepada kami. Terbaik lah Rinching Terrace & team. 


foto by Miezipro 


foto by Miezipro 


foto by Miezipro 


foto by Miezipro 

Well! Amacam, menarik tak apa yang di tawarkan di Rinching Terrace Wedding & Event ni untuk merealisasikan impian perkahwinan korang ? Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Mira di nombor 019 390 8527. Bukan hanya majlis perkahwinan, malahan pelbagai majlis keraian lagi boleh sahaja di ada kan di sini seperti majlis pertunangan, hari lahir, aqiqah dan sebagainya. 


AJ bersama rakan blogger & media yang hadir di pra pelancaran Rinching Terrace 


Tentang Rinching Terrace Wedding & Events

Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) beroperasi di Riching Hilir, Kajang, Selangor. Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dalam taman yang paling eksklusif dan terbesar di Lembah Kelang khususnya di kawasan Bangi, Kajang dan Semenyih. Rinching Terrace meliputi kawasan persendirian seluas 7 ekar dengan 2 ekar telah dibangunkan menjadi sebuah lokasi perkahwinan yang berlatar belakangkan alam semulajadi dan landskap taman yang indah. Rinching Terrace menyediakan pelbagai pilihan lokasi iaitu banglo Glass House, khemah agam dan taman terbuka atau berkanopi lutsinar, sesuai untuk sebarang acara dan boleh memuatkan 1,500 tetamu dalam satu majlis.

Alamat:
Riching Terrace
Riching Hilir,
43500 Kajang, Selangor

Tel: 019 390 8527

Email: rinchingterrace@gmail.com

IG: rinchingterrace

Waze: Rinching Terrace Wedding & Events


12 Comments

  1. cantik! rs nk sanding ngn suami lg skali.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je ezy ajak suami buat photo shoot sekali lagi hehe :)

      Delete
  2. cantik..ni dah ddeakt dgn rumah un

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cadangkan kat family kalau ada yang nak buat wedding kan UN :)

      Delete
  3. Cantiknya tempat dia kak AJ. Siapa suka nature mmg sesuai ni. Lengkap semua pulak tu kemudahannya.

    ReplyDelete
  4. Cantik betul tempatnyaa. Dah dekat betul dengan rumah Sha ni, esok2 boleh singgah riki2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa boleh lah Sha sesuai untuk pelbagai majlis kat sini :)

      Delete