Hari demi hari yang dilalui mematangkan usia kita, banyak pengalaman hidup yang telah di berikanNya pahit getir, suka duka yang telah dirasai. Tiada yang kekal di mukabumi ni, segalanya silih berganti. Dari bayi, kemudian alam kanak-kanak, meniti usia remaja di mana segalanya penuh keindahan dan kecantikan, dan sampai satu masa usia kian meningkat makin hari makin kelihatan tanda-tanda penuaan pada wajah dan tubuh badan.

Bila sampai detik itu, jangan lah kita terus menyerah pada takdir dan waktu. Sebagai wanita , isteri dan ibu amatlah perlu untuk kita menjaga kecantikan dan penampilan di setiap ruang waktu yang hadir. Jangan sampai nampak lebih tua dari usia sebenar. Jaga kesihatan, jaga penampilan dan jaga kecantikan wajah khasnya biar seiring usia. Sekali lagi ana teruja sangat bila dapat tahu SAFI kini tampil dengan dua produk penjagaan wajah anti-penuaan baharu iaitu SAFI YOUTH RADIANCE .




SAFI YOUTH RADIANCE


Merah berseri packaging SAFI YOUTH RADIANCE ni nampak pun segar kan. Boleh jadi satu tarikan untuk kita mencubanya sendiri. Sebagai pengguna tegar rangkaian penjagaan wajah SAFI, bila hadirnya satu produk SAFI terkini ana yakin sangat ianya pasti telah menjalani R&D untuk penambah-baikan dari produk sebelumnya dengan pelbagai inovasi teknologi terkini. Ia akan menjanjikan satu kesan yang lebih baik dari sebelumnya jika serasi dengan jenis permasaalahan dan jenis kulit wajah kita. Kali ini SAFI memperkenalkan SAFI YOUTH RADIANCE jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalam produknya.

Seperti yang ana nyatakan di atas tadi tu, rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Rangkaian produk ini diuji secara dermatologi, BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN, TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN.. Alhamdulillah tak salah ana memilih rangkaian produk penjagaan wajah dari SAFI sebelum ini kerana yakin ianya selamat. 





SAFI YOUTH RADIANCE menawarkan dua jenis produk iaitu SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dengan Nano Gold 24K & Saffron dan SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER dengan Nano Gold 24K dan saffron. Setiap satu produk berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri.






Ana nak kongsikan serba sedikit pengalaman ana sendiri menggunakan kedua rangkaian Essence dan juga Serum Pelembab SAFI YOUTH RADIANCE ni dengan korang. Walaupun cuma berkesempatan memakainya selama seminggu sahaja tetapi jelas terasa perbezaan ketara pada tekstur wajah. Kulit ana yang sebelum ni agak kusam dan gari-garis penuaan yang dah mula terbit khasnya di bawah lingkaran mata serta pipi. Kulit wajah juga cepat kering nak-nak lagi bila terdedah terlalu lama pada persekitaran luar mahupun berada dalam penghawa dingin untuk satu tempoh masa yang lama.


SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE 




Mencuba sendiri SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE memang best sangat. SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE  dengan formula berasaskan air jadi ia cepat menyerap pada kulit wajah kita. Dan memberikan kesegaran segera serta menganjalkan tekstur wajah. Terasa basah dan kembali segar sangat dan yang lebih menarik ia tidak melekit mahupun meninggalkan kesan berminyak. Yess!! Itu sangat penting pada ana. 

SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C dengan Nano Gold 24K diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Formulasi berasaskan air SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING AND WHITENING ESSENCE diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka kita .

Produk 2 dalam 1 ini memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik. Diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, SAFI YOUTH RADIANCE ANTI AGING & WHITENING ESSENCE membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan. Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti: Ekstrak Saffron: Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran Hialuronik Asid: Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam. 
*Produk ini diuji secara dermatologi. Harga untuk SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING AND WHITENING ESSENCE ialah  RM 55.90 (100ML) .



Tekstur cecair pekat SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING AND WHITENING ESSENCE yang berasaskan air mengandungi cebisan Nano Gold 24K yang sanga baik untuk kecantikan kulit wajah . 

Cara pemggunaan  SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING AND WHITENING ESSENCE

~ Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan

~ Sapu dan ratakan produk di wajah anda

~ Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna

~ Untuk hasil optimum, gunakan produk bersama SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER

 SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER





Selepas menggunakan Essence ana juga mencuba kombinasikannya dengan SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.

Serius memang best sangat bila disapukan pada wajah, terasa kelembapan maksima dan seronok pula nak sentuh kulit wajah sendiri. Di usia Ana ni, sangat-sangat lah perlu kepada pelembab wajah sepanjang hari. Lepas solat pasti ana akan memakai semula pelembab wajah jika tidak ia akan cepat kering dan terasa kasar. Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan  kulit lembut, licin dan lembap.


Bila di sapukan pada kulit wajah, SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER berubah kepada tekstur titisan air yang menghasilkan penyerapan lebih dalam dan memberi kelembapan terbaik. 



Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

~ Ekstrak Saffron: Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan
epidermis kulit wajah

~ Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran

~ Vita-B3: Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

*Produk ini diuji secara dermatologi. SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER telah terbukti:

*67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
*75% peningkatan kadar pencerahan kulit
*Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE secara berterusan . Berharga RM 55.90 (40g)


Cara penggunaan SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER

~ Sapukan produk diwajah dan leher

~ Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air.

~Teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna.





Dapatlah ana rumuskan di sini , SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING AND WHITENING ESSENCE boleh digunakan sebagai penyegar (toner ) dan juga pelembab wajah di waktu siang. Kiranya 2 dalam 1 lah ni dan memberikan kelembapan selama 24jam. Kerana ia diformulasikan berasaskan air jadi ia menyerap dengan lebih cepat dan sesuai lah untuk korang yang jenis nak cepat sepanjang masa tu. 

Dan SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER boleh korang gunakan sebagai krim pelembab di waktu malam di mana ia dapat merawat dan melembabkan kulit dengan formulasi berasaskan air dengan kadar penyerapan yang segera. Lengkap lah sudah rejim penjagaan wajah kita sepanjang hari siang dan malam untuk memperolehi keremajaan kulit wajah, dan mengembalikan keseriannya. 

Dimana boleh membeli  RANGKAIAN SAFI YOUTH RADIANCE ? 
Jangan risau, korang boleh sahaja dapatkannya rangkaian farmasi WATSONS, GUARDIAN DAN AEON WELLNESS seluruh negara. 
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, 
sila layari laman sesawang rasmi SAFI di


laman Facebook rasmi SAFI di


dan laman instagram rasmi SAFI di 





#SAFIYouthRadiance
#RadiateYouth

10 Comments

  1. Menarik sebab boleh lembabkan kulit 24jam . Info yang padat , boleh try usya-usya kat watson nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup boleh je cari kat Watson atau mana2 farmasi Sue :)

      Delete
  2. Wahh menarik produk safi yg terbaru ni. Makin cantik lah akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah menarik kak ana pun suka sangat guna Rabia :)

      Delete
  3. Wah wah, makin muda jelita laa kak ana nanti.

    ReplyDelete
  4. patutlah kak ana cantik berseri. ini rahsianya yaaaa

    ReplyDelete
  5. Macam menarik produk baru safi ni..

    ReplyDelete