Sedap juga Murtabak Maggi ni rupanya
Anak-anak ana ni peminat setia sangat dengan video-video masakan Khairul Aming. Macam-macam menu resepi dia depa duk try kat rumah bila balik cuti. Ni tengah study week dua beradik ni, lagi lah segala neka depa nak masak dan makan. Okay lah juga depa masak, kalau sedap dan menjadi bolehlah ibunya terbitkan entri. Dari blog tak ber update, dapatlah juga satu dua entri resepi kan.
Kali ini depa try masak murtabak meggi. Buat sarapan pagi. Senang je pun bahan pun tak banyak telur, bawang, cili dengan mee segera. Kalau ikut rasa pada ana macam meggi goreng je. Tapi sebab dia bungkus dengan telur ada lah ala-ala murtabak kan. Meh la ana share dengan korang resepi dan cara buat murtabak maggi resepi Khairul Aming.
Resepi dan cara buat murtabak maggi
Bahan utama nya :
Sebungkus mee segera ikut perisa kegemaran masing- masing
Dua biji telur
Bahan sampingan :
Boleh lah letak bawang merah hiris, cili merah kalau nak letak isi ayam atau sayur pun boleh je. Adjust sendiri .
Cara buat murtabak maggi :
1. Celur mee segera dan toskan.
2. Dadar dua biji telur dalam satu mangkuk.
3. Masukkan bahan-bahan sampingan lain dan mee segera tadi. Masukkan perencah mee segera tapi jangan terlalu banyak. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak dalam kuali leper. Tuang adunan mee dan biarkan telur bahagian bawah masak sempurna baharu lah terbalikkan.
5. Bila dah masak dua-dua bahagian angkat dan hidangkan dengan sos. Bolehlah di makan. Selamat mencuba .
17 Comments
Belum pernah cuba try test buat atau rasa lagi.
ReplyDeleteSama lah kita, wak 😁
Deletekena try ni hehe :)
Deletemasa bulan puasa semangat nak buat resepi ni kak
ReplyDeletehaha pas tu terus tak buat ye Diah :)
DeleteKak dah buat dari tahun 1995 dulu. Kawan ajar. Tapi resepi dia sebungkus mee maggi 4-5 biji telur. Campur bawang dadu, daun bawang n daun sup.Sedap makan cicah sos cili.
ReplyDeleteuiiih lama dah rupanya ye kak mala, saya baru ni lah try buat kak hehe :) sedap jugalah kan :)
DeleteBelum pernah buat lagi nampak sedap tu
ReplyDeletetry la Rabia senang sangat tu :)
Deleteboleh cubaa sangat craving nak rasa meggi ..idea yang umph juga ni
ReplyDeletewahh peminat meggi kena lah cuba ni hehe :)
Deleteboleh cuba ni nanti. pinjam resepi ye.
ReplyDeletesila sila IL try naa :)
Deleteaihh teringat pulak menu bazaar Ramadhan
ReplyDeletekann aboya, tapi kak ana rasa sedap kalau makan panas2 jer :)
DeletePernah buat sekali dalam seumur hidup. Tapi tak ingat kat mana. Sama ada kat asrama (upm) or kat rumahh dengan adik beradik. Gigihh walaupun visual tak lawa mana kann tapii rasa tu yang paling penting kan ibu? hahaha
ReplyDeletetuu laa sedap lah pada ibu sekali sekala makan kak cik :)
Delete