Apa istimewanya rojak Mastan Ghani, Teluk Intan ?
Dah beberapa kali juga ana terbitkan keenakan makan di Restoran Mastan Ghani , Teluk Intan ni. Boleh di katakan ana memang amat merindui menu rojak atau mee rebus Mastan Ghani, tapi tak lah setiap kali balik kampung, ana makan di sini. Biasalah kan, kalau dah sampai kampung ni lebih suka masak makan bersama keluarga dari makan di luar. Cuma kali ini, Alhamdulillah di rezekikan Nya singgah makan brunch di sini. Tak order pun mee rebus kali ini ana dan suami makan rojak Mastan Ghani.
Apa istimewanya rojak Mastan Ghani, Teluk Intan ?
Mungkin sebab dah main set kata orang, rojak yang paling sedap pada selera ana ni tak boleh lawan lah rojak dan juga mee rebus Mastan Ghani. Apa yang istimewa sangat tu pastilah terletak pada kuahnya. Mee rebus dan rojak depa ni cukup rasa udang kering, cukup pekat manis, lemak semua cukup syarat lah katakan. Dan kalau rojak dan mee rebus ni aksesori paling win tuu dia cucur udangnya. Tak seperti kebanyakan mee rebus dan rojak mamak sekali pun depa buh cucur tepung. Tapi hat Mastan Ghani ni udang dan tepung di rangup. Rojak dia ada tauhu, timun, telur separuh, sengkuang dan bawang goreng serta cili potong dan daun bawang bersama cucur udang rangup yang special tu.
rojak Mastan Ghani |
Dulu masa ana membesar di sini, hanya ada satu sahaja restoran Mastan Ghani terletak di hadapan menara condong seberang jalan, di deretan kedai papan berhampiran masjid. Memang kedai papan lama sempit je tapi penuh umat manusia, sampailah minggu lepas ana balik pun masih penuh pelanggan. Maklumlah cuti CNY, ramai yang balik kampung pii pekena rojak dan mee rebus lah kan.
Tapi sekarang ni ada banyak dah cawangan Mastan Ghani sekitar bandar Teluk Intan. Ana singgah hat yang berhadapan kedai makan lama, ada di satu lot hujung sebelah masjid tu, dan cawangan Mastan Ghani ni turut menjual nasi ayam selain menu utama mereka rojak dan mee rebus. Air pula ada laici dan sirap sahaja kat sini. Kalau kat kampung ni kami panggil air maneh ( manis ) sebab sirap kan manis, hehe :) Sepinggan rojak ni berharga RM6 seiring lah dengan kos hidup zaman sekarang. Kalau dulu masa ana sekolah menengah cuma RM3.50 sahaja.
Hanya orang yang pernah menikmati keenakan rojak dan mee rebus Mastan Ghani sahaja lah yang tahu bagaimana rasanya. Ada juga beberapa pendapat dari kawan-kawan ana yang ianya dah tak sesedap dulu. Tapi pada ana masih sedap mungkin tak sama kerana menurut abang yang berniaga di kedai makan ni , mereka kini merupakan generasi ke tiga Mastan Ghani. Alhamdulillah masih dapat bertahan dan kekal dengan gah nya nama Mastan Ghani yang amat sinonim dengan bandar Teluk Intan. Kalau korang singgah ke Teluk Intan jangan lupa cari Mastan Ghani dan try sendiri naa.. Cuma restoran Mastan Ghani selalunya buka dari pagi sampai petang sahaja, malam tak ada.
20 Comments
perghhhhhhhhhhhh
ReplyDeletekena try ni Anum :)
Deletesedapnya kak, nengok pun dah tau sedap... dana suka rojak gini yang kuahnya kene ada manis2 sikit, rasa udang tu... buat dana tingin lak nk makan rojak gini kak oi... mana nk cari rojak mastan ghani kat KL nih
ReplyDeletehaah Dana betul tu manis2 udang yang buat sedap kann :)
DeleteAllahu. mana lah nak cari kat kedah macam ni. hahhahaa
ReplyDeletekena maii Teluk Intan lah nampakya UN hehe :)
Deletenak kena singgah cuba juga
ReplyDeletemaii try mastan ghani lak Arz :)
DeleteWah dah generasi ketiga yang uruskan..alhamdulillah.
ReplyDeletetuu laa PC lama dah kan :)
DeleteWOWW NAMPAK SEDAP
ReplyDeletememang sedappp UN hehe :)
Deletewak pon dh try kat telok anson tuari.. :p
ReplyDeletesedap tak wak :)
DeletePergh! Ni ayah mest suka ni! Thanks for the info
ReplyDeletemost welcome maii la bawa ayah makan mastan ghani ke Teluk Intan Tqa :)
Deletesalam Ana..
ReplyDeletekat S Alam ada ke jual Ana. en somi akk sukalah rojak camni.kt sini rojak karim paling popular
waalaikumsalam KY, tak ada rasanya cawangan setahu ana di Teluk Intan sahaja KY :)
Deletetak penah cuba lama sangat da tak pegi teluk intan.
ReplyDeletetapi penah read somewhere la ni tempat wajib cuba..
kalau singgah Teluk Intan wajib cuba CT :)
Delete