Idea tatarias dekorasi ruang dengan bunga hiasan

Setiap kali ke Ikea, pasti kita akan tertarik dengan interior design ruang-ruang di bilik pameran mereka. Memang kena sahaja tema dan konsep yang di susun atur mengikut ruang seperti ruang tamu, ruang bilik tidur mahupun ruang dapur dan laman. Memang sentiasa segar dan terkini dengan kepelbagaian design yang mengikut tema sesuatu sudut. Untuk ana sendiri walaupun bukan 100% mengambil tema hiasan Scandinavian tetapi ada beberapa ruang ana mix and match kan juga sedikit sebanyak contohnya untuk dekorasi meja kopi atau meja makan di rumah.



Kali ini ke Ikea Damansara, tertarik pula ana nak terbitkan hiasan sudut dengan tatarias bunga hiasan. Ana.. apalagi kalau bukan bunga. Tak kisahlah bunga hidup ke bunga hiasan ke tetap dekat sangat di hati. Begitulah di usia yang kian meningkat pinjaman dariNya. Waktu ini hanya suka pada yang cantik-cantik, yang indah-indah sahaja. Letih dah melihat kekalutan kehidupan dunia maya, penuh dengan cacian dan kecaman bagaikan tiada catatan amalan dalam segala ruang dan isu. Baiklah tenang kan jiwa dan hati dengan lebih melihat dan berkongsi tentang keindahan, betul tak?


Idea menghias ruang dalaman rumah dengan bunga hiasan


padanan bunga meja yang agak sarat tapi nampak serasi dengan gaya dan warna krim sofa 

Meh lah, ana hadirkan disini beberapa sudut pameran di Ikea yang menyelitkan elemen hiasan bunga gubahan yang sesuai dengan ruang dan sudut yang di letakkan. Manalah tahu kan boleh pula memberi inspirasi pada gaya hiasan rumah kita. Hiaslah kediaman kita mengikut keupayaan dan kemampuan agar ia akan sentiasa menjadi syurga buat kita sekeluarga di atas muka bumiNya. Paling tidak biarlah ruang rumah kita sentiasa bersih dan tersusun kemas kerana ia juga tuntutan agama. 




Kombinasi nampak berani dengan sebuah wing chair merah di letakkan di sebelah almari kayu hitam di serikan dengan bunga hiasan bersaiz besar padanan warna merah yang sama. 



Gaya ranggi merah pada kemasan dinding, di samping elemen putih dan kaca pada hiasan lilin dan diberikan sentuhan lembut pada dekorasi bunga mawar merah di atas piring serta gubahan di dalam pasu tinggi bunga hiasan sudut. 



Bagaikan bunga segar dedaun hijau ni memberi kelembutan dan satu pandangan yang dingin di sudut ruang dalaman di tambah seri lampu berkaki dan meja kayu bulat disisi.




Kebelakangan ni ana lihat ramai yang kembali pada warna putih bersih dalam menatarias warna ruang dalaman rumah. Cukup kemas dan cantik di pandang, cukup minimalis dengan sebuah lampu hiasan dan juga gubahan bunga secara random juga senada berwarna putih bersih.




Memberikan sedikit sentuhan comel bunga-bunga kecil berwarna pink pada nada putih sebuah meja kopi atau meja sudut berbentuk bulat.




Dekorasi meja makan ni amatlah bercirikan Scandinavian tetapi nampak lebih tenang dengan sebuah bekas anyaman berisi rumput hijau sepadan dengan alas pinggan , yang senada.




Gaya chatchy ni sesuai untuk bilik anak gadis remaja kan. Adik Ika sendiri cukup gemar dengan dekorasi ruang kamar tidurnya sebegini. Jenis letak sahaja di lantai dan sedikit sentuhan lembut setangkai dua bunga putih yang padan dengan warna dinding bilik serta lampu.




Tiger lily pernah menjadi bunga kesukaan ana dalam mendekorasi ruang rumah suatu masa dahulu. Cuma sekarang ni ana lebih gemar pada bunga ros dan orkid pula lah, ikut trend kan sebab kadang-kadang tu jemu jadi kita ubahlah. Sesuai di letakkan di sudut-sudut ruang hiasan kerana ia bersaiz yang agak tinggi dan santai sahaja di letakkan tanpa perlu gubahan. 



Sekali lagi padanan warna merah yang berani di adun pula dengan pacakan bunga tuberose ( sekali tengok macam bunga harum sundal malam ) putih ni juga satu kombinasi yang cantik sangat kan untuk menambah seri sudut dalaman ruang tamu kita. 



Akhir sekali inilah sudut yang ana suka sangat kuntuman warna soft pink pada bunga-bunga kecil ni digantung pada pasu panjang menjadikan tarikan pandangan pada tingkap rumah. 

Ikutlah gaya dan rekaan macam mana sekali pun, ruang rumah yang di hiasi bunga hiasan pasti akan ada serinya. Walaupun bunga hiasan ini tahan lama, namun ia juga perlukan penyelenggaraan khasnya kekerapan dalam membersihkannya dari habuk. Maklum lah negara kita ni beriklim panas dan berangin, walau dalam ruang berhawa dingin sekali pun tetap berhabuk kan. Nak cantik, kenalah rajin, tak gitu :) 


Idea tatarias dekorasi ruang dengan bunga hiasan Idea tatarias dekorasi ruang dengan bunga hiasan Reviewed by Ana Jingga on January 21, 2020 Rating: 5

10 comments:

  1. Cantik.Menyuntik idea ni kak Ana.Terima kasih ya kak perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mendapat sedikit sebanyak inspirasi kan PC :)

      Delete
  2. cantiknyaaaa.. kalo dpt kat sy bunga2 ni xtau jd ape.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa letak je ezy jadi lah nanti tu hehe :)

      Delete
  3. cantik semuanya, dana pelik kenapa dana takde langsung kemahiran untuk mendeko... laki bini sama je... setakat nk beli gambar lepas tu gantung kt dinding tu reti lah lain-lain memang fail... aduhai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe banyak tengok dekor2 kat tv atau internet dana, nanti dapat lah idea mendeko :)

      Delete

Powered by Blogger.