Inilah rupa biji selasih
Ku siram selasih.. ku siramkan di tengah halamannnnnnn... Hehe!! Korang nyanyi eh 😆😆😆. Lagu lama tu, tapi evergreen kan. Lupa dah siapa penyanyi asalnya. Tapi hari ni bukan nak cerita lirik lagu, nak tunjuk kat korang bagaimana rupanya biji selasih. Kut-kut lah ada yang tak pernah tengok, tak pernah tahu pun ada nya biji selasih ni.
Inilah rupa biji selasih |
Biji selasih ni selalu buh dalam minuman sirap, jadilah sirap selasih. Kalau dedulu, buka puasa dapat sirap selasih pun dah seronok sangat sebab payah nak dapat minum ais, masa tu rumah tak ada bekalan letrik, jadi tak ada lah peti ais. Nak minum ais kena lah jalan kaki ke kedai aci nun beli air batu buku. Seketul 20 sen kalau tak silap bawa balik isi dalam jag. Tu pun tak leh beli awal-awal cair nanti kan, lagi sejam nak buka tu pi laa ke kedai beli, hehe kenangan zaman kanak-kanak tu.
sirap selasih |
Biji selasih
Biji selasih kata orang tua-tua sejukkan badan kalau meminumnya. Betul ke idak, Waallahu a'lam. Tapi sebenarnya ana masa kecil-kecil dulu memang tak suka minum sirap buh selasih ni. Jenuhlah tapis dengan gigi tak nak telan 😍😍.Bukan apa sebab sekali tengok macam telur katak haha. Duk kampung dulu ada perigi , selalu lah nampak telur katak terapung kat tepi perigi tu. Mau nak makan,memang tak lah kan.
biji selasih dalam pek kecil |
Biji selasih ni kena rendam dahulu dalam air bagi dia kembang. Kejap je dah kembang. Mak ana juga bungkus dalam kain kecil, biji selasih ni , ikat ketat-ketat. Masukkan dalam masakan ayam pencen atau ayam kampung, petua katanya supaya cepat empuk. Petua orang dedulu kan, ada juga yang menjadi. Orang moden sekarang ni semua dah tak relevan, ikut lah, Asalkan tak menyalahi syarak dh memadai.
Biji selasih yang kembang selepas di rendam |
Selasih juga antara bahan dalam dessert Thai yang sedang viral laa nii, Cha Bang Ang. Buh biji selasih yang di rendam bersama cincau dan juga susu cair dan air gula merah. Sedap buat penghilang dahaga, lemak manis rasanya.
biji selasih dalam cha bang ang |
Jadi kenal dah kan rupa paras biji selasih. Di jual dalam peket kecil tu kalau kat kedai Acheh sini cuma RM1 satu peket tu. Rendam jadi kembang. Jangan tersilap beli pula ye, sebab biji selasih ni sekali pandang sama je macam biji sawi .. Tapi kalau tengok dekat-dekat lain bentuknya, biji sawi bulat-bulat dan biji selasih pula leper bujur cuma saiz tu lebih kurang halus-halus dan berwarna hitam.
10 Comments
sedap anum suka
ReplyDeleteowh anum suka ye minum selasih hehe :)
Deletepanggil telur katak..ehehehe
ReplyDeletehaha kann Sha
Deletemasa dana kecik dana panggil ini telur katak... masa kecik dulu kalau time puasa baru jumpa selasih ni dalam air katirah, memang peberet...
ReplyDeletekann Dana bulan puasa selalu jumpa :)
Deletesedap ni suka sangat letak dalam air sirap hii
ReplyDeletesirap selasih wani
Deleteahahahah kalo tersilap beli bijik sawiii abesla =P
ReplyDeletehaha haruu, biji sawi tak kembang CT
Delete