Kalau yang follow ana di blog dan juga media sosial ni, tahu sangatlah kan, ana dan anak-anak kat rumah ni memang ada membela.. Bukanlah bela apa, bela kucing. Malahan nama ana jingga ni pun, jingga tu nama salah seekor anak kucing ana, tapi jingga dah tak ada lagi sekarang ni, cuma namanya sahaja lah yang masih terabadi di sini. Anak-anak kucing yang ana bela ni bukanlah jenis yang mahal-mahal, kucing yang datang singgah makan, berteduh lama-lama jadi kasih sayang bela sampai dah beranak pinak berapa keturunan dah pun.

Kadang-kadang tu kesian sangat dengan anak-anak bulus ni. Walaupun membiak tapi lambat laun satu demi satu pergi juga dari kami, betullah tak ada yang kekal di dunia ni. Yang ada sekarang ni pun ada lima ekor dari satu ibu. Ana beri depa makan dry food dan can food. Kadang-kadang ana rebus ikan dan gaul dengan nasi panas. Masa depa kecil-kecil tu ana beri kan juga susu tapi jenis yang paket kecil tu sekali sekala.



PARIE Goat Milk susu untuk kucing kesayangan


Baru-baru ni ana di perkenalkan pula dengan satu jenama susu khas untuk kucing. PARIE Goat Milk. Wahh!! Istimewa lah kan, susu kambing yang di rumus khas buat anak-anak kucing kesayangan kita. Apa lagi, bila Kak Long buka tin sahaja anak-anak kucing ni dah excited. Serius korang, bau dia pun dah buat kita yang manusia ni rasa teringin nak rasa. Sedap bau aroma susu kambing PARIE ni. 





Dah seminggu lebih lah budak-budak bulus ni minum susu PARIE Goat Milk. Memang depa suka, memandangkan ada lima ekor kat rumah ni, kena lah bancuh lebih dalam dua bekas minuman. Berebut, tak sampai lima minit licin selesai, cuba korang tengok dalam youtube yang ana upload ni. Meriah kan.. 😻😻.. Berebut si Nopal, Cholo, Yangyang, Yuta Kitty dan Racheal Mea Misha ni minum. Suka sangat depa kan. 





Nampaknya lepas ni kena lah beli kan depa susu PARIE Goat Milk ni. Bukan sahaja depa suka minum tapi juga mengandungi banyak khasiat dan kebaikan untuk anak-anak kucing. Kucing ni kan mudah terdedah pada jangkitan penyakit bawaan kucing liar, jadi dengan adanya PARIE Goat Milk ni memberikan perlindungan lah buat anak-anak bulus ana. Jom kita tengok apakah yang istimewa tentang PARIE Goat Milk untuk kucing kesayangan kita semua.

Kebaikan Minum Susu Kambing Parie untuk kucing 

Susu kambing Parie mempunyai persamaan dengan susu ibu kucing, kerana ia di rumus dengan bahan-bahan yang kurang sensitif terhadap kucing kesayangan kita. Bukan apa kalau salah beri susu nanti pasti anak kucing akan sakit dan cirit birit, kita yang menghadapi masalah pula kan.  Susu kambing Parie terdiri daripada molekul lemak kecil dan lemak rantaian yang kecil untuk mempermudahkan penghadaman kucing. 




Ia memberikan kesan kebaikan kepada anak kucing antaranya :

1. Bulu lebat dan bersinar

2. Meningkatkan system imun

3. Penglihatan lebih jelas

4. Penghadaman lebih baik

5. Tulang yang lebih kuat

6. Perkembangan otak dan belajar cepat

Susu PARIE merupakan sumber yang berkualiti tinggi kerana ia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh ibu kucing yang pregnant. Jadi sesuai lah untuk ibu kucing yang sedang hamil untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu kucing. Selain itu susu PARIE memudahkan penghadaman dan penyerapan nutrien untuk kucing yang lemah atau sakit biasa.

Antaranya jika anak-anak kucing menghadapi masalah seperti :

~ Masalah penghadaman

~ Kekurangan bulu/bulu sentiasa gugur

~ Tiada selera makan

~ Memilih makan

~ Badan lemah dan tidak bermaya





Cara penyediaan bancuhan susu PARIE Goat Milk 

Kita boleh memberi minum susu PARIE Goat Milk ni melalui 3 cara iaitu :

1. Menggunakan sudu yang ada dalam tin , campurkan 1 sudu penuh tepung susu ke dalam 40ml air suam, kacau sehingga sebati dan sedia untuk di minum. 




2. Merendam makanan kering ( dry food ) anak kucing dengan susu PARIE Goat Milk. Ini ala-ala cereal sarapan pagi lah kan. 

3. Menambahkan serbuk susu PARIE ke dalam hidangan makanan ( can food ) untuk membangkitkan selera makan dari aroma susu yang sedap tu. 




Kat mana nak beli susu PARIE Goat Milk ni? 


Mudah sangat kalau korang nak cuba sendiri dan belikan susu yang khas buat anak kucing kesayangan korang ni sila ke :

Fb Page :

Whatsapp : 

Shopee : 



Jangan lupa pilih lah susu PARIE Goat Milk untuk kucing kesayangan kita kay !!

14 Comments

  1. utk kucing pon kena bg yg terbaik.. hehe

    ReplyDelete
  2. kucing pun dah ada susu..
    kucing kalau jaga elok, memang sihat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa kalau kucing mahal memang kena bagi yang baik2 jer kan :)

      Delete
  3. suka laa dema yee...tambah sihat ..insha allah

    ReplyDelete
  4. wah bagus ni.boleh PC tengok mana tau nak beli..untuk anak bulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC pm kat link yang kak ana bagi atas tu :)

      Delete
  5. wah seronoklah kucing-kucing selepas ini. boleh cuba nak beri pada kucing sekitar rumah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je arz ajak cik puteri teman kan hehe :)

      Delete
  6. Alhamdulillah bertambah rezeki kak ana sekeluarga bagi kucing makan + tempat tinggal. Miza ne anak-anak nak bela kucing jugak tapi miza tak rela

    ReplyDelete
  7. Kucing dewasa pun boleh ke K.Ana?
    Inagt nak bagi si Bobo Mrs. A tulah tapi dia bukan kitten hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh Mrs A semua peringkat pun boleh minum susu parie ni

      Delete