Tiba-tiba boleh teringin pula nak makan butter cake panas-panas keluar dari oven terus potong dan ngap. Kak Long dengan Adik ada ni, semangatlah nak membaking semula. Lama sungguh rasanya tak sentuh mixer dan oven. Last rasanya time raya hari tu lah kut. Maka berdesup lah ana ke pasaraya cari bahan-bahan nak buat kek . Resepi kek mentega ni adalah resepi arwah mak saudara ana. Ana simpan dalam buku resepi sampai ke hari ini. Sebab nya masa tu mana ada internet bagai kan. Jadi kami ni gigihlah salin resepi ke dalam buku. 

Lepas ni boleh lah cari semula nanti dari entri blog ni sahaja, manalah tahu buku tu dah koyak ke hilang ke, kita cari semula di carian internet In Shaa Allah dapat balik kan. Kek mentega ni kek kampung jer lah, memang basic cake sangat-sangat. Tapi dari resepi kek asas ni kita boleh je jadikan pelbagai variasi kek seperti kek oren bila di tambahkan kordial Sunkist, kek kopi atai Nescafe bila korang tambahkan bancuhan perisa kopi atau Nescafe ataupun kek marble atau kek coklat atau ikutlah kreativiti korang. 




Ana share kat sini resepi kek mentega sukatan cawan ni sebab ramai yang suka cari. Senang kan, buatnya yang tak ada penimbang kan payah, ni sukat cawan semua orang ada cawan kat rumah hehe :) Lagi satu tips lah nak kongsi, kalau korang gunakan cawan tu untuk mentega pastikan gunakan cawan yang sama saiz untuk tepung dan gula baru tepat sukatannya. Selamat mencuba naa :) 


Resepi Kek Mentega Sukatan Cawan 



bahan-bahan kek mentega 

Bahan-bahan kek mentega : 

2 cawan tepung kek 
1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
4 biji telur
1 sudu kecil asen vanila

Cara buat kek mentega 


- Sukatan di atas adalah untuk satu adunan yang di bakar di dalam loyang berukuran 6" .




- Pukul gula dengan mentega hingga putih dan gebu.

- Masukkan telur satu persatu. Pastikan pecahkan terlebih dahulu telur dalam bekas lain sebelum masukkan ke dalam mixer. Manalah tahu kan ada telur yang tak berapa elok termasuk pula dalam adunan kek kita nanti. 

- Ayak tepung kek.

- Bila adunan dah sebati dan naik, masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Masa ni kita kena perlahankan putaran mixer. 




- Masa inilah kalau korang nak tambah perisa pada kek masukkan ke dalam adunan.

- Panaskan oven sepuluh minit sebelum membakar kek. 

- Alaskan loyang dengan baking paper dan masukkan adunan kek serta hentak-hentakkan perlahan supaya adunan sekata. 




- Laraskan suhu 180' , api atas bawah dan letak tray di bahagian bawah sekali. Bakar selama 1 jam atau boleh lah check dengan mencucuk lidi ke bahagian tengah kek. Kalau tidak ada kesan melekat pada lidi dan kering maknanya kek kita dah masak sempurna dah tu. 

- Keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum menterbalikkan kek. 




Kek mentega ni sedap di makan panas-panas dan Alhamdulillah resepi asas ni lembut dan tak kering bila di makan. Ianya agak lembab dan kurang manis. Selamat mencuba naa.. Simpan resepi untuk raya , tapi boleh lah try laa nii nanti raya dah boleh buat dah kan. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah. 


18 Comments

  1. Selaku org yg jarang2 buat kek, saya mmg prefer resepi guna cawan. Kita bkn ada penimbang/alat sukat.

    Sama la Ana, saya pun ada buku resepi tulisan tangan..hehe. Skrg ada blog, lebih mudah simpan kat blog sng nak refer. Boleh jugak share dgn org lain yg memerlukan.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alhamdulillah elok kejadiannya anum hehe :)

      Delete
  3. dana suka masak kek gini kak, suka sukatan yang pakai cawan je mudah kerjaan nya heheheh...
    mesti bau wangi masa masak nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan dana mudah je sukatan cawan ni :)

      Delete
  4. senang kalau sukat pakai cawan ni, klu timbang kadang-kadang x sama juga hehehe...

    ReplyDelete
  5. Allahu. Nyummm terbayang ia berada di dalam mulut ini. Haha

    ReplyDelete
  6. alahai sedapnya.. kek nostalgia ni...

    ReplyDelete
  7. Makan masa minum petang. Sedaap.

    ReplyDelete
  8. Mak Sha pun ada buku resepi. Hari tu heboh buku hilang, rupanya salah letak hihi.. Cantik kejadian kek ni. Mesti sedap 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nasib baik jumpa kak ana panggil kitab tu macam2 resepi tersimpan berkurun kat situ sha :)

      Delete
  9. HEhehe... Mrs. A pun kalau buat memang ikut sukatan cawan.
    Cawan pun kena cawan yang ada tangkai kat tepi tu cause ikut stail mak Mrs. A memang old school.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan mrs A guna cawan ni haah cawan bertangkai tu :)

      Delete