Salam Jumaat, hari terakhir Januari 2020.. Syukur Alhamdulillah atas satu lagi tempoh pinjaman usia dari Nya. Tak ada apa yang menarik nak di kongsikan dengan pengunjung blog picisan anajingga dot com hari ini, sekadar jamu mata dengan keindahan kurniaan Tuhan di sekitar rumah kediaman. Pepagi Jumaat, ke laman hadapan melihat indah dan harumnya bunga ros kampung setangkai kembang semerbak. Di sebelahnya pula mekar kuning dan pink rose Cameron Highlands. Berbunga-bungalah keriangan bila melihat kuntuman yang kita bela ni berkembangan indah, Masyaa Allah..




Ke belakang rumah pula seketika selepas Dhuha, petik pucuk gajus atau orang pantai timur panggil daun ketereh, boleh buat ulam makan dengan sambal tempoyak. Cantas bunga kantan sekuntum dan kutip daun kesum dan serai sebatang, sempurna lah menu tengahari nanti dengan ikan keli masak asam pedas. 






Buah belimbing buluh pun kembali berbuah, esok-esok boleh lah masak lemak dengan ikan atau telur itik. Cili api kampung pun tengah melonjak berbuah, pedas ya amat, petiklah bila nak di gunakan. Sambil tu petik juga buah mulberry segengam, banyak yang masih belum masak. nak buat jus se jag tu cukup dah sekali makan. 


ulam ketereh, bunga kantan, serai dan daun kesum 


buah mulberry dan belimbing buluh 


Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustai, segalanya adalah rezeki yang hadir dalam pelbagai bentuk. Hidup ini tak susah pun nak rasa gembira, dengan apa yang hadir di sisi sekitar kehidupan ini juga adalah satu keseronokan. Dihadirkan jiran-jiran yang baik, kawan-kawan yang menyayangi juga satu rezeki kehidupan, apatah lagi keluarga yang tenang walaupun bukan kemewahan menjadi ukuran bahagia. Alhamdulillah.. rezeki kita berbeza kan, namun nikmatilah keindahan kurniaanNya dengan penuh rasa insaf dan syukur. Tuhan Maha Menyayangi setiap hambaNya yang redho. 


pokok cili api kampung 


8 Comments

  1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah berbudi kepada tanah pasti akan memberikan hasil 😁

    ReplyDelete
  2. Sungguhlah kak Ana bahagia itu pilihan.
    Tumpang bahagia tengok kawan-kawan bahagia.
    Alhamdulillah ;-)

    ReplyDelete
  3. insyallah.. kalau kita pandang sekeliling dan syukur dengan kurniaanNya..
    jiwa kita akan lebih bahagia.

    ReplyDelete
  4. yang susahnya nak menggembirakan orang

    ReplyDelete