Apa yang menarik di Bukit Fraser, Pahang

Nak kata percutian pun bukanlah sangat, memang tak di rancang sama sekali. Pagi Ahad tu lepas Subuh, borak-borak dengan suami, nak pii mana hari ini memandangkan anak-anak baru habis final exam, nak bagi depa release sat dari stress study kan. Nak pii KL , jemu pula lagi pun panas sangat cuaca sekarang ni. Mula-mula suami ajak pi Genting Highland, pun malas sebab banyak pakai duit kalau naik Genting dah lah tengah-tengah bulan masa tu hehe 😊😊.


menara jam Bukit Fraser


Ana terfikir nak naik Bukit Fraser, tak lah jauh sangat dari rumah . Kami tengok waze dalam 1 jam setengah sampai. Okay just nice sempat lagi nak siap-siap masih awal kan. Kejutkan anak-anak suh bangun , mandi, siap-siap nak pi Fraser. Budak-budak ni pun terpinga-pinga, awat tiba-tiba pula nak pi sana. Ana cakap nak pii siap, tak nak pii,  ibu pii dating dengan ayah jer lah. Mau nya tinggal, laju je bersiap budak-budak ni.


Apa yang menarik di Bukit Fraser 



menara jam Bukit Fraser

Ana ke dapur, buat sandwich telur, buat kopi o isi dalam flask buat bekal berkelah. Kami last ke Bukit Fraser tahun 2014. Jadi memang dah tahu kalau nak pii sana yang terbaik ialah bawa bekalan makanan dan berkelah. Banyak tempat boleh duduk dan makan . Dah siap-siap bawa bekalan , tikar dan singgah beli kuih kat depan masjid bawa bekal buat tambahan.


Dataran Bukit Fraser

Kami menuju ke Kuala Kubu Baharu masuk ikut simpang Ampang Pecah dan terus mendaki ke puncak Bukit Fraser. Jalan naik ke Bukit Fraser ni memang mencabar sunguh, lebih teruk dari naik Cameron Highland kalau ikut laluan Tapah. Selekoh tajam dan sempit. Sepanjang perjalanan banyak lah orang duk kayuh basikal dan konvoi motor naik ke atas. Hati-hati dan jangan memandu laju sangatlah bahaya naa. 



Sebelum sampai puncak, kita akan melalui satu GAP yang mana untuk ke atas ni adalah jalan sehala. Memang sangat-sangat sempit dan masih berselekoh sepanjang lebih kurang 8 km ke puncak. Dan sampailah ke puncak bukit di mana terdapatkan mercu tanda Bukit Fraser, jam besar tu lah kat tengah-tengah laluan berhadapan dengan Dataran. Kat sini memang ramai pengunjung bergambar berehat seketika sebelum turun atau ronda-ronda kawasan sekitar. 


Cantikkan Balai Polis Bukit Fraser ni?

Ada restoran, hotel, tandas awam dan gerai jualan makanan sekitar dataran. Kami beli lagi 4 bungkus nasi lemak dari mak cik yang berniaga di hadapan dataran. RM2 sebungkus. Lepas ke tandas, maklumlah cuaca memang sejuk kat atas ni, terus kan perjalanan mencari tempat untuk rehat dan makan. Waktu tu dalam jam 11 pagi. 



Teringat port berkelah kami yang lepas, pusing-pusing juga lah nak jumpa semula lokasinya, cuma berpandukan ingatan ada hotel di hadapan taman riadah tu. Kak Long google semula entri lama ana dan dapatlah track semula tempat berkelah dengan wakaf taman berhadapan Shahzan Hotel. Cari waze dan sampailah ke destinasi yang di cari, Taman Lady Guillermard, namanya. 






Kat sini ada wakaf, paip air dan taman kecil yang dihiasi bunga-bungaan, buaian dan paling ana suka ada pokok bunga rose pink yang gemoks. Cantik sangat Subhanaallah. Laju je pi kat pokok rose ambil gambar bunga rose yang mekar dan wangi. Kami alas tikar dan hidangkan bekalan. Picnic di sini dengan hembusan bayu angin yang dingin dan segar di temani bunga-bungaan yang berwarna-warni dan haruman bunga rose. Masyaa Allah, nikmat yang di syukuri sangat.


nasi lemak RM2 sebungkus yang kami beli di Bukit Fraser ni memang sedap dan banyak sangat nasi dan sambal, telur rebus separuh. Murah sangat kan.



Ana kongsikan bunga-bunga di sekitar taman Lady Guillermard ni dan sesuai untuk berkelah bersama keluarga kat sini. Sesuatu yang indah di Bukit Fraser ni ialah hutannya masih tak tercemar dengan pembangunan. Tak banyak pembangunan di sekitar kawasan peranginan disini malahan tak ada perubahan pun selepas tahun 2014 yang kami sampai dan masa ini. Semuanya masih sama sahaja. Mungkin kerana itu juga udaranya lebih segar dan dingin walaupun dah hampir tengahari. 








Selesai makan, rehat-rehat sini, sambil ambil-ambil gambar. Kami pusing-pusing lagi sekitar kawasan Bukit Fraser. Sebenarnya tak banyak pun lokasi yang menarik untuk di kunjungi disini. Ada taman-taman awam, Ye Olde Smoke House seperti di Cameron Highlands tu, ada juga air terjun Jeriau ,tapi tak pii pulak sebab jauh ke pedalaman lagi, ada tasik untuk kayuhan rekreasi pun kami tak singgah dan ada Paddock, rekreasi berkuda dan memanah. Itulah sahaja yang ana jumpa selama dua kali naik ke sini. 




Kalau yang nak bermalam disini memang terdapat beberapa hotel dan juga rumah tumpangan. Cuma kalau lah kita datang dari jarak yang tak berapa jauh rasanya day trip pun dah memadai, sebab ana tak pasti apa aktiviti di sini pada waktu malam, selain dari tinggal di bilik hotel menikmati udara dingin, kan. Cuma kalau travel dari jauh tu eloklah berehat semalaman, penat tau nak drive mendaki selekoh-selekoh curam ni. 




Hampir masuk waktu Zohor, kami dah standby di Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser ni. Ambil wuduk dan tunggu waktu Zohor masuk, jemaah sekali. Ramai pengunjung singgah solat kat sini, rasanya inilah satu-satunya masjid atas Bukit Fraser ni kan. Ambil wuduk pun airnya sejuk ya amat. 


Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser 


Perkarangan masjid ni pun ada pokok bunga rose yang kembang besar-besar. Warna putih pula tu, rose idaman yang ana belum dapat lah pokoknya sampai laa nii. Ada pokok aster purple yang comel, sempatlah snap gambar lepas solat. Bangunan masjid ni pun bangunan senibina lama. 



Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser 








Anak-anak ajak ke The Paddock untuk bergambar dan kat sini memang cantik kalau nak bergambar. Pemandangannya unik dari kawasan lain dengan pemandangan kandang kuda berpagar putih di kelilingi pokok-pokok pain. Pusing semula naik ke atas sedikit ikut sign board tertulisnya The Paddock, Fraser's Hill.



Kalau nak berkuda pun boleh je kat sini, sekali round dalam kandang kuda tu jer. Tak ingat berapa RM kalau tak silap dalam RM8 rasanya. Cantik kan pemandangan sekitar The Paddock ni. Kalau korang naik Bukit Fraser jangan lupa singgah sini, sangat di cadangkan singgah. 


The Paddock, Bukit Fraser


Meh ana belanja sekitar pemandangan indah di The Paddock Fraser's Hill ni buat tatapan pembaca. Di hadapan pintu masuk tu ada tempat memanah, dan korang boleh try kebolehan memanah kat sini. Pun di kenakan bayaran. Tapi okaylah kan, takkan percuma, bagaimana nak cover kos penyeliaan dan penjagaan kawasan ni dan juga kuda-kuda kat sini. Wajar sangat. 











Ana dan suami memang dah plan nak turun dari Bukit Fraser ni sebelum pukul 4 petang. Walaupun perjalanan turun ke Kuala Kubu Baharu ni tak sampai sejam pun tapi memandangkan perjalanan yang agak merbahaya dan pastinya gelap jika malam ataupun hujan, baik kami turun awal. Kalau anak-anak yang tak tahan jalan turun naik ke Bukit Fraser ni memang boleh muntah. Nak berhenti bahu jalan pun tak ada sebab selekoh tajam kan. Bawa lah plastik siap-siap naa kut-kut emergency. 

Bukit Fraser pada ana satu lokasi yang sangat indah dan mendamaikan di puncaknya. Tak banyak pembangunan lagi, udaranya pun segar dan bersih di kawasan pergunungan yang masih tebal hutan hijaunya. Cuma diharapkan pihak majlis perbandaran yang bertanggung-jawab dapatlah menambah kan lagi keindahan lanskap dengan menanam pokok-pokok bunga yang lebih banyak sebagai tarikan untuk pengunjung. Lagi banyak bunga lagi ana sukaaaa .. 

Apa yang menarik di Bukit Fraser, Pahang Apa yang menarik di Bukit Fraser, Pahang Reviewed by Ana Jingga on February 10, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. cantiknya permandangan segar mata memandang, miza tak pernah sampai lagi EE nak tunggu anak-anak besar risau dorang muntah dalam kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye miza, boleh muntah kalau tak tahan perjalanan naik turun nya :)

      Delete
  2. Pernah sampai sekali. Tp jalan dia masyaAllah pening tahap gaban di buatnya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul AS, memang mencabar sungguh nak sampai ke puncak ni kan :)

      Delete
  3. Sy suka suasana di Bukit Fraser kak Ana, feeling2 overseas gitu haha...dgn pemandangan Indah, sejuk penuh dgn bunga2 berbaloi rasanya menempuh perjalanan yg berliku-liku utk sampai ke sini kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PH, bila dah sampai Masyaa Allah mendamai kan sungguh :)

      Delete
  4. dah lama sgt tak pergi sini
    thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Bukit Fraser ni nak lepak santai okaylah.. saya x penah sampai lagi tapi kat kaki tu penahla pusing2.. naik je x penah..

    ReplyDelete
  6. x pernah ke sini, AJ.
    teringin sgt. tak berkesempatan lagi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.