Buah ciku dalam bahasa Inggeris is sapodilla , dalam Kelate' pula sawonilo 😊😊 dekat-dekat pula bunyi nya ye . Jarang dah jumpa pokok ciku di kalau di kampung ana pun tak ada dah pokoknya dan seingat ana pun tak pernah tanam. Dulu masa kecil-kecil selalu ambik buah ciku kat rumah mak lang, guru mengaji Al-Quran kami. Bawa balik peram pas tu baru lah boleh di makan. 


pokok ciku


Bagaimana nak tahu buah ciku dah boleh di petik  


Balik kampung hari tu, pi rumah kakak sepupu ana di Kg Changkat Jong, ada sepohon pokok ciku depan rumahnya. Rendah je pokok ciku ni, berbuah lebat sangat. Kakak Midah suruh Adik Ika pi petik buahnya, bawa balik. Adik Ika kata keras lagi buahnya, tak masak. Masa ni lah baru ana tahu rupanya ada cara nak petik buah ciku ni untuk pastikan ianya dah masak dan sedia untuk dipetik kemudian perlu di peram sebelum boleh di makan. Maknanya buah ciku korang tak boleh ngap terus makan dari pokok naa.. Wajib peram dulu. 


kalau tak ada jarum tu maknanya dah boleh petik dan peram buah ciku 



Kak Midah kata nak kenal buah ciku yang dah boleh petik ialah dengan melihat di bahagian bawah buah ciku. Ada satu jarum halus terkeluar dari bawah buah tu, kalau jarum tu dah hilang, maknanya dah boleh di petik. Kalau jarum tu masih tajam maknanya ia masih muda. Peram pun tak akan masak lah jawabnya. Jarum tu ada ana tunjukkan di dalam gambar di atas tu. Nampak kan ?




Adik Ika pun petik buah dengan yang dah tak ada jarum tu, kami bawa balik ke rumah dan peram dalam bekas simpan beras. Selang dua hari dah lembik dan masak dah tu. Bolehlah di kupas dan di makan. Masyaa Allah.. manis leting buah ciku kak Midah ni. Macam makan gula manisan rasanya. 


buah ciku 


Ana kupas siap-siap buh dalam peti sejuk. Memang nikmat yang amat di syukuri sangat. Seronoknya kalau ada pokok ciku sendiri di belakang rumah. Tapi suami tak nak tanam sebab pokoknya besar nanti, katanya. Ruang kami tu pun tak luas mana. Begitulah lah bercucuk tanam ni keseronokan dan kepuasannya lain sangat bila dapat memetik dan makan hasil tanaman sendiri kan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustai.. Subhanaallah. 


22 Comments

  1. Ya Allah sedapnya buah ciku tu....
    dlu dkt laman umah mak nieyl ni ade juga tanam pokok ciku..
    tp asyik berbunga je tapi xde buah...last2 di tebangkan terus...hehehe...
    dah x dpt nak merasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa tak merasa buah ciku pokok sendiri ye nieyl hehe :) beli jer la nanti :)

      Delete
  2. ray dah lupe when was the last time i ate ciku.

    ReplyDelete
  3. Suka ciku..kat rmh mak saya mmg ada pokok ciku. Tp mmg tak reti pilih utk petik...sbb biasa mak yg bgtau petik mana. Hahaa

    ReplyDelete
  4. Dulu kecik kecik dekat kampung ada pokok ciku ni memang rajin petik tapi makannya tidak. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena peram dulu kan Nani, tu yang kena sabar nak makan ciku ni :)

      Delete
  5. Lecehnya buah ciku ni kena petik dan peram dulu

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan ciku. Tp kalau dpt yang manis, non stop makan.

    ReplyDelete
  7. Sekarang musim ciku ke? Baru-baru ni Mr.A pun ada bawak balik buah ciku banayak juga tapi semua dah masak simpan dalam fridge. Makan sejuk-sejuk sedap.

    ReplyDelete
  8. Dulu masa dekat rumah sewa ada pokok ciku. Tapi tak pernah makan pun. Sebab buahnya keras. Sekarang dah tahu cara nak petik buah ciku. Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau pegang rasa keras jer kan, nnt boleh guna tips ni KK hehe :)

      Delete
  9. kami di kedah panggil ciku tu buah sawa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wh buah sawa, dekat2 dengan panggilan kelate juga lah ye UN :)

      Delete
  10. Makan sejuk-sejuk memang sedaplah..

    ReplyDelete
  11. saya x penah petik sbb tau2 je ada kat dapur da.. tp skrng xdak da pokok ciku kt kg..
    da tebang sbb banyak semot..

    ReplyDelete