Pernah dengar ikan susu tak?  Ana selalu nampak ikan susu ni kat kedai Acheh,  tapi tak pernah lah nak beli.  Memang sepanjang hayat ni tak pernah lagi makan menu dari ikan susu.  Tapi ana tahu lah ikan ni jenis yang banyak tulang.  

Ikan jenis sisik halus dan banyak ni selalunya mesti akan banyak tulang.  Sama spisis ikan terubuk dan ikan belanak kan,  tulang halus-halus bersepahan bila nak makan. Kalau ikan belanak tu sedap lah rasanya lemak sangat isi dia,  sedap masak asam pedas tapi selalunya ana suka bakar sahaja ikan terubuk.





Sedap tak ikan susu

Dua tiga hari lepas,  ternampak status jiran ana,  Zura goreng ikan susu,  sibuklah pi tanya dia,  sedap tak Ra ikan susu ni, sebab ana tak pernah makan, kan.  Zura kata sedapppp.. Lemak manis isi dia.  Zura selalu bakar atau goreng je katanya. 




Teruja sangat nak mencuba sendiri,  ana ke kedai Acheh kat taman ni beli lah seekor.  Bagitau kat suami nak try bakar.  Pekerja kedai Acheh tu siap tarik ekor ikan susu, petua untuk keluarkan tulang katanya. Sama lah macam petua kita buat kat ikan terubuk,  tarik ekor masa nak siang.  Tapi ana tak faham pun apa faedah petua ni,  sama jer tulangnya bersepah gak hehe ☺☺




Bila dah siap siang,  bersihkan ana lumur dengan kunyit dan garam.  Bakar dalam daun pisang atas kuali leper.  Balik-balikkam dan masak lah sampai garing.  Siapkan dengan air asam kicap, bawang dan cili api hiris. 




Alhamdulillah sedap sangat rasanya, lemak manis isi segar. Walaupun banyak tulang tapi tak lah seperti tulang ikan terubuk. Kira masih boleh pilih isi nak makan. Suami dan anak-anak pun suka makan. Selang beberapa hari kami beli lagi seekor, kali ni ana goreng sahaja. Pun sedap. Jadi kalau yang tak pernah makan dan rasa ikan susu ni pii lah cari, murah sahaja harga sekilo dalam belas-belas ringgit sahaja. Seekor kalau saiz sederhana pun tak sampai sepuluh ringgit. Pii laa cuba naa .. 

15 Comments

  1. pernah nampak pasal ikan susu ni orang kata sedap tp dana tak pernah beli kak... takut banyak sangat tulang tak rajin nak buang tulang banyak2...
    lenkali boleh cubalah, nampak ikan nya besar dan isi nya tebal tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kak ana pun tak pernah beli sebelum ni sebab kes banyak tulang lah Dana :)

      Delete
  2. Pernah. Tapi kat kedai (kedai makan) yg Zaza selalu pergi tu dia selalu masak Asam Pedas je ikan susu ni. Isi lembut.. dia mcm ikan tenggiri je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pass nii kak ana nak try juga masak asam pedas zaza :)

      Delete
  3. Ikan ni sedap...manis..tp tulang banyak yarabbi...menu kak ana ni la buat SA teringin hari tu

    ReplyDelete
  4. tak tau lah penah makan ka tak. dok rasa macam belum pernah makan ja. hehe

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan ikan ni. nanti nak try cari.

    ReplyDelete
  6. tk pernh dgr ikan susu..nmpk sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dulu kak ana pun tak kenal ikan ni mama :)

      Delete