Pulut hitam merupakan salah satu kegemaran ana juga dalam menu masakan tradisional Melayu. Selalunya di jadikan bubur ataupun pengat pulut hitam. Kalau tiba musim raya adalah jumpa lemang atau ketupat pulut hitam. Dah lebih 40 tahun di pinjamkanNya usia, inilah pertama kali ana melihat pokok padi pulut, itupun dari perkongsian foto di facebook. Bukan tak pernah masuk bendang, cuma bendang sepupu ana di Kampung Sungai Manik nun, tak ada pula padi pulut hitam. Yang ada padi beras biasa tu sahaja. 






Pokok padi pulut hitam 




Berwarna ungu rupanya padi pulut hitam ni, cantik sangat pemandangannya yang di kongsikan oleh Paupisey Leang melalui foto-fotonya. Thank you so much for sharing these photos. Ana tak pasti di mana lokasi sawah ini cuma sebuah perkongsian keindahan satu pemandangan yang penuh ungu bila padi pulut hitam ini sedang masak. Kiranya kalau padi beras tu masak kuning keemasan, padi pulut hitam ni pula, ungu . 




Patutlah bila kita masak bubur pulut hitam ia bertukar menjadi warna ungu taklah hitam sangat kan kan. Mungkin ada proses seterusnya yang menjadikannya hitam sebelum di masak. Hat tu kena rujuk blog mereka yang arif dalam bidangnya. 



17 Comments

  1. Allahu, terima kasih atas perkongsian. sebelum ni tak penah tau pun dan tak pernah terpikir pasal pokok padi pulut hitam ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. iulah UN, kak ana pun tak pernah tahu, bila nampak rasa seronok nak share dengan pembaca blog pula :)

      Delete
  2. SubhanaAllah.. cantiknya perkongsian Kak Ana nie..

    ReplyDelete
  3. Buat bubur pulut unggu + durian pasti sedap

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kann Dana teringin nak tengok depan mata kan :)

      Delete
  5. ohooo ni la yg jadi bubur pulut itam tu kan ?
    xpenah tngk jugak pokoknya.. tau makan ja =P

    ReplyDelete