Korang suka tempoyak ? Tempoyak ni makanan expired orang kita ler kan. Durian yang dah terlebih masak di peram dan dijadikan makanan. Boleh jer makan macam tu atau pun masukkan dalam menu masakan. Orang kita ni memang kreatif bab mengolah makanan. Orang Perak lah khususnya yang terre bab makan tempoyak. Tak original Perak kalau kome tak makan tempoyak ye tak ?

Masak tempoyak ni semua negeri pun ada sahaja menu yang disuaikan dengan masakan masing-masing. Kalau di Pahang, patin tempoyak lah menu femes depa. Kalau belah negori pulak lemak tempoyak, macam-macam versi ado, tapi ana suka masakan lemak orang negori ni, walau podeh meleleh sedap dia lain macam. 

Hari ini ana nak cuba senaraikan beberapa menu masakan yang pernah ana masak dan makan dengan tempoyak ni. Paling best sebagai teman sambal lah pada ana, makan dengan ulam, padu!! Kalau korang ada menu-menu lain dari tempoyak ni, meh share kat ruang komen tu naa??


Tempoyak garam berlada

Tempoyak garam berlada , ini menu orang Perak. Makan tempoyak dengan sambal cili api di tumbuk buh garam. Cicahlah dengan nasi. Sedap weii!! Pedas-pedas masam. 



tempoyak cicah budu 

Tempoyak dengan budu, ni menu arwah mak mertua ana. Orang Kelate'. Arwah ayah mertua dulu kalau dapat menu macam ni suka ya amat. Makan cicah dengan ikan rebus goreng atau ikan sardin goreng. Tempoyak tu raw jer, buh budu dapat lah budu cap ketereh, lenyetkan cili api dan perah air asam limau. 


patin gulai lemak tempoyak


Hat ni versi utara, kami masak gulai lemak tempoyak, memang lemak merdu lah kan. Dah laa patin lemak, buh pulak santan dalam masak lemak, padu pula dengan tempoyak. Dapat menghirup ni, memang power lah. Cuma tak lah sepanas masak lemak orang negori original. Buh daun kesum, terbaik !!


asam pedas tempoyak

Ini versi patin tempoyak Pahang. Kami makan kat Temerloh, original patin sungai. Sedap sangat patin asam pedas buh tempoyak. Pedas dia boleh tahan gak lah. 


sambal kuinin tempoyak


Ni tak payah cite, tersedap pada ana, resepi sepupu di kampung Simpang Pulai, Ipoh. Memang power rangers sangat. Sambal belacan buh isi kuinin campur pula tempoyak. Mak aii!! Tak payah lauk lain dah . 


sambal tempoyak

Lebih kurang sambal tempoyak cuma resepi ni tak buh petai. Tempoyak, cili api dan santan masak atas api, kacau perlahan. Pun sedap sangat bagi ana peminat tegar tempoyak. 


sambal petai tempoyak

Resepi arwah mak mertua, masak sambal tempoyak buh petai dan cili api, tanpa santan. Masukkan air sahaja masak sampai pekat. Paduuuu weii !!


masak lemak udang galah tempoyak

Ini menu orang Teluk Intan lerr, pusat udang galah. Kalau dapat udang galah dari besan mak, Tok Ya. Ada pula tempoyak kat rumah. Ini lah hasilnya. Udang galah masak lemak tempoyak. 


tempoyak pucuk kayu

Ada orang panggil sambal pucuk kayu. Menu asal orang negeri sembilan. Ana pun belajar masak ni dari jiran lama, walaupun tak sehebat uwan, namun ana suka masakan  ni. Ada tempoyak, pucuk ubi kayu, pucuk labu, daun kunyit, petai, udang dan tempoyak lah master mind dia. 

Banyak lagi sebenarnya menu-menu tradisional Melayu ni yang menggunakan tempoyak.  Ikut selera sesebuah kawasan dan daerah. Lain orang lain cara masakannya, kadang-kadang lain pula panggilan nama masakan tersebut walaupun rupanya sama sahaja. Hanya peminat tempoyak sahaja yang tahu keenakkannya. Bukan semua orang suka makan tempoyak. Selera kita berbeza, raikan lah perbezaan itu dengan sebaiknya. 

6 Comments

  1. Yr la semua nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  2. menelan air liur tgk gambar-gambar tempoyak ni... paling sukar part sambal kuini tu.. mengancam sunguh

    ReplyDelete