Tertarik nak datang ke sini selepas membaca entri di blog Sal bulan lepas kalau tak silap. Memang suka lah anak-anak ana kalau ke tempat macam ni, bukan depa nak lawat muzium tu sebenarnya, tapi depa suka ke lokasi yang ' instaworthy ' kata orang sekarang. Lokasi di mana menyediakan props dan latar belakang yang cantik-cantik untuk bergaya dalam photo shoot. Dari perkongsian Sal dan kemudian ana search di instagram melalui # , ternyata Muzium dan Galeri Seni Bank Negara di Sasana Kijang ni memang port cantik untuk korang bergambar. 


tangga pusing yang menjadi trademark Muzium & Galeri Seni BNM , Sasana Kijang

Tapi pada ana sendiri ketika berada disini tiga minggu lepas, apa yang buat ana teruja sangat ialah banyak yang dapat kita pelajari sejarah matawang Ringgit Malaysia kita sendiri. Dari sejarah awal, pembikinannya, ciri-ciri ketulenan dan keselamatan nya dan yang paling awesome bila kita melalui terowong yang di penuhi jutaan wang kertas asli Ringgit Malaysia dari pelbagai edisi hingga terkini. Fuhh!! Masuk sahaja galeri pertama dan terpukau dengan banyaknya wang kertas yang di pamerkan di kaca terowong serta dinding pameran. Berjuta-juta kome.. 


Apa yang menarik di Muzium & Galeri Seni Bank Negara , Sasana Kijang 





Kompleks Sasana Kijang ni sendiri pun dah cantik dan moden sangat seni bina nya. Untuk datang ke sini , boleh sahaja gunakan google maps atau pun waze.  Kami pii hari Ahad, jadi parkir kenderaan kat luar bangunan ni sahaja. Tak di buka pula ruang parkir dan kawasan ni pun kawasan tak banyak bangunan kira area baharu di tengah kota raya KL . Jadi kami parkir di depan kompleks ni sahaja kat tepi jalan jer. Tak tahu lah lepas ni nanti kena bayar pula parkir kan. 




Muzium & Galeri Seni BNM , Sasana Kijang ni dibuka setiap hari , Isnin hingga Ahad dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Tapi jangan pula korang datang pukul 5 petang tak sempat lah nak explore seluruh muzium dan galeri. Ia memang luas dan ambil masa dua jam lebih juga nak ronda habis satu kompleks. Paling best sebab banyak aktiviti interaktif yang kita boleh lakukan di sini bersama keluarga . Tiada bayaran masuk di kenakan untuk masuk ke galeri dan muzium cuma kita perlu mendaftar nama, beg-beg akan di check oleh polis bantuan yang bertugas dan kita di kehendaki membayar deposit loker sebanyak RM10. Usah risau bila keluar nanti deposit akan di kembalikan semula, naa :)




Tuu tangga trademark port paling popular bila datang ke sini, kiranya tempat wajib bergambar lah kat tangga pusing ni, terletak di tengah-tengah kompleks. Boleh tahan juga lah nak habis kan ronda satu kompleks ni. Ikutkan cuma sampai aras tiga sahaja kompleks ni tapi ia luas dan besar. Tak paksa pun korang panjat tangga tu, ada kemudahan lif transparent di sebelah tepi kompleks tu. Kalau rajin daki lah tangga tu kay . 




Okay  sambung cerita loker tadi, di pintu masuk ada anggota polis bantuan akan check beg-beg yang kita bawa, ye lah muzium duit kan, wang asli pula tu, pastilah mempastikan keselamatan nya. Kemudian korang daftar dikaunter, bayar deposit dan akan dapat token kunci loker. Korang hanya di benarkan bawa masuk dompet dan handphone atau kamera sahaja. Beg semua sumbat dalam loker tu naa. 


ruang loker menyimpan beg-beg 

ada cara ajar nak buka kunci loker untuk simpan beg dalam peti kaca tu 


Galeri pertama yang akan kita kunjungi ialah Galeri Kanak-kanak. Haa kat sinilah yang ana kata ada terowong duit tu. So bila korang masuk je kat pintu gua automatik tu , siap sedia dengan kamera dan rakam video sebab korang akan terus masuk ke terowong wang kertas di bumbung dan dinding kaca terowong. Memang akan wow!! Sangat, huyoooo!! Jalan dalam terowong duit, juta-juta pula tu dan semua tu wang kertas asli okay.


terowong duit di Muzium & Galeri Seni Bank Negara, Sasana Kijang






Bolehlah tengok dalam video kat atas tu serba sedikit gambaran sekitar Muzium & Galeri Seni Bank Negara, Sasana Kijang. Kebanyakkan ruang pameran di galeri kanak-kanak ni adalah permainan kuiz secara interaktif dan aktiviti yang kita boleh lakukan bersama-sama antaranya ialah mencetak wang kertas. 


wang kertas yang Adik Ika cetak sendiri bernilai RM250 , rare tu :)






Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ni terdiri daripada enam buah galeri tetap yang boleh di kunjungi dengan tema yang berbeza. Bermula dengan Galeri Kanak-kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik, dan Galeri Seni. Tingkat paling atas tu galeri seni yang mempamerkan arca dan lukisan seni dari karya pencipta seni yang kreatif . Malas nak bebel panjang, korang enjoy lah beberapa keping foto yang sempat ana ambil ketika berada di sini. |















pameran matawang kertas seluruh dunia






kayuh basikal sambil melalui beberapa era hingga terkini



Nak lihat apa di dalam bilik kebal ni, korang kena jawab satu soalan untuk masukkan kod 


korang pun boleh jadi the next gabenor BNM kat situ :)

jangan lupa tinggalkan pengalaman korang kat sini 













Jadi kalau dah boring asyik ronda shopping mall sahaja, apa kata korang bawa anak-anak dan geng-geng ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang ni naa. Selain port cantik untuk bergambar, kita juga boleh pelajari pelbagai info dan sejarah matawang negara dan dunia. Free jer pii laa masuk kay. 

8 Comments

  1. Replies
    1. menarik sangat etuza, ada rezeki ke KL boleh lah singgah sini :)

      Delete
  2. duit rm250.00 tu blh guna ke nanti?

    ReplyDelete
  3. bila lah nak sampai sana, suka tengok tangga berputar dengan terowong duit tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa anak nanti dana seronok datang sini :)

      Delete
  4. subhanallah cantik sangat design muzium tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik UN boleh lah maii sini satu hari nanti kay :)

      Delete