Cemas, takut dan bimbang di kalangan kita seluruh negara dengan berita penularan wabak penyakit berjangkit yang sedang melanda dunia masa kini. Pelbagai pemberitahuan di sampaikan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada di jangkiti walaupun belum ada yang benar-benar pasti tentang virus yang sedang melanda. Dari laporan sahih yang kita baca telah berlakunya beberapa kematian dan puluhan ribu sudah di jangkiti wabak.

Sebagai umat Islam, berdoalah kita agar di jauhi segala musibah ini terhadap diri dan insan-insan di sekitar. Tingkatkan kebersihan diri, makan makanan yang di masak sempurna , selalu membasuh tangan dan membersihkan diri dan satu lagi langkah pencegahan yang di war-war kan ialah pemakaian face mask atau topeng muka untuk mengurangkan risiko jangkitan. Pilih lah topeng muka yang sesuai dan seperti yang ana baca untuk wabak ini kita di nasihatkan memakai surgical face mask. 



Surgical face mask ini ada dua jenis yang pernah ana gunakan, satu jenis ear loop atau sangkut pada telinga dan satu lagi yang ada di rumah kami ni jenis berikat.  Untuk kita wanita bertudung ni kalau menggunakan jenis berikat tu mudah lah nak ikat pada bahagian belakang tudung tetapi untuk jenis ear loop ni bermasalah juga la nak melekatkannya pada wajah di luar tudung . 


Ana terjumpa satu perkongsian di facebook, satu tips atau tutorial untuk kita wanita bertudung cara memakai face mask jenis ear loop. Walaupun ia nya satu tutorial mudah namun tak semua kita terfikir akan idea sebegini kan. Jadi ana kongsikannya semula disini, semoga ada manfaatnya buat kita semua, In Shaa Allah. 

Pemakaian “Ear-loop face mask” untuk Wanita bertudung


Alatan yang diperlukan

1 Keping “3 ply ear-loop face mask”
1 klip kertas

Cara dan langkah pemakaian adalah seperti di dalam gambar-gambar di bawah. 













Kredit tutorial dan perkongsian gambar dari FB: Elita Shafee . Ada juga ana baca beberapa tips lain untuk memakai topeng muka buat wanita bertudung ni seperti mengikat dengan gelang getah dan juga pin tudung. Buatlah apa cara sekali pun cuma pastikan kita memakainya dengan betul , seperti lapisan berwarna adalah di bahagian luar, pakai dengan menutup dari paras hidung hingga ke bawah mulut dan letakkan bahagian keras dilentur mengikut saiz hidung di bahagian atas. Semoga langkah-langkah pencegahan ini dapat menjauhkan kita semua dari wabak berbahaya ini, Aamiin, In Shaa Allah.

19 Comments

  1. wah good idea..blh tiru..tak terfikir pun mcm ni boleh pakai

    ReplyDelete
  2. ini lebih mudah dari ikat dana rasa....
    mekasih atas perkongsian kak

    ReplyDelete
  3. hahaha kreatif! kolin masuk dalam anak tudung earlop tu kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tak bergerak ke tudung ko Kolin hehe :)

      Delete
  4. kreatif. selalu pakai mcm ni sedap naik moto, xde gigih nak ikat tali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan mudah kalau naik motor ikat begini

      Delete
  5. ha tak terfikir boleh guna klip tu, selalu guna getah je sambungkan.

    ReplyDelete
  6. Memudahkan.. tq share kak Ana..

    ReplyDelete

  7. baru semalam nampak doktor pakai style macam ni. senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan untuk kita yang bertudung ni :)

      Delete