Aktiviti Yang Bermanfaat Bersama Keluarga Ketika Perintah Kawalan Pergerakan COVID 19
Allahu Akhbar !! Tanahair kita sedang di uji seluruhnya dengan ujian yang amat dahsyat. Suasana panik melanda di sana sini, masing-masing takut dan gerun ingin mengelakkan diri dari terkena wabak maut ini. Namun masih ada di kalangan kita yang masih perlu keluar bekerja demi mencari rezeki. Alhamdulilah , pemerintah akhirnya membuat keputusan untuk mengambil langkah-langkah dalam usaha untuk membendung wabak dari terus merebak. Salah satu yang telah pun di implimentasi kan adalah Perintah Kawalan Pergerakan COVID 19 yang telah pun bermula pada 18hb Mac 2020 selama 14 hari.
Aktiviti Yang Bermanfaat Bersama Keluarga Ketika Perintah Kawalan Pergerakan COVID 19
Bila di wartakan Perintah Kawalan Pergerakan COVID 19 ini, adalah di harapkan ia akan mencapai matlamat kita semua agar wabak ini dapat di kekang pergerakannya supaya tidak akan terus merebak kepada lebih ramai penduduk. Kerja sama dari semua pihak amatlah di perlukan agar ia mencapai misinya. Anak-anak di panjangkan tempoh cuti penggal persekolahan, IPT di berikan cuti dan sektor pekerjaan kerajaan dan swasta juga di rehatkan kecuali yang berkhidmat di bahagian keperluaan asas, utiliti, pemakanan dan sebagainya.
Dan bagi kita yang berkesempatan berada di rumah sepanjang 14 hari ini, pasti lah sesuatu yang agak janggal pada mereka yang lazimnya keluar bekerja. Ada yang akan berasa bosan terperap di rumah sepanjang hari tanpa aktiviti kata nya. Bila ana terjumpa poster di atas terbitan Majlis Agama Islam Selangor, tertarik untuk ana kongsikannya semula di sini. Mungkin kita boleh aplikasikan saranan yang di nyatakan di atas sebagai mengisi masa yang terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan COVID19 .
1. Solat Berjemaah Bersama Keluarga
Telah pun di keluarkan arahan untuk menutup masjid dan surau malahan solat Jumaat sekali telah di hentikan seketika sebagai langkah pencegahan wabak. Oleh itu ambillah kesempatan ini dengan Solat Berjemaah Bersama Keluarga di rumah. Kalau sebelum ni suami keluar solat jemaah di surau waktu ini kita gantikannya dengan berjemaah di rumah. Masih berpeluang untuk kita meraih pahala 27 darjat, In Shaa Allah.
2. Banyakkan solat sunat
Kalau sebelum ini kita alpa dan sibuk dengan urusan kerja dan mengejar masa, 14 hari ini, kita ada begitu banyak ruang dan waktu yang boleh kita isi dengan memperbanyakan solat sunat seperti solat hajat, dhuha, tahajjuj dan sebagainya.
3. Banyakkan amalan puasa sunat
Jom kita ambil kesempatan ini dengan mengerjakan amalan puasa sunat. Seronok kan dapat puasa sunat bersama keluarga dan buka puasa bersama-sama. Anggap ia sebagai latihan awal sebelum bermulanya Ramadan dan bagi yang belum ganti puasa tu boleh ganti waktu ni.
4. Membaca Al- Quran dan Tadarus
Ruang waktu yang panjang 24 jam sehari di kali dengan 14 hari rasanya cukup indah kalau kita isi dengan membaca Al-quran selepas waktu solat fardu setiap hari. Berkumpul bersama keluarga kita bertadarus, Masyaa Allah...
5. Makan bersama seisi keluarga
Ini paling meriah lah kan waktu ini, bila semua berkumpul di rumah aktiviti paling meriah ialah masak dan makan. Kadang-kadang dah surender nak masak tapi inilah nikmatnya di sebalik kejadian.
6. Banyakkan berzikir
Kalau sebelum ini kita perlu kejar masa masuk semula kerja selepas solat fardhu , kini di rumah boleh lah kita perbanyakkan berzikir dan berselawat ke atas Junjungan Nabi saw. Sambil menonton tv kita berzikir, sambil masak kita berzikir dan selawat. Masyaa Allah.
7. Gotong royong membersihkan rumah
Paling menarik, di kesempatan yang ada ni kita sama-sama bergotong royong membersihkan dalam dan luar rumah. Buang pokok-pokok yang dah menjalar tinggi, bersihkan habuk dalam almari, bersihkan kabinet dapur dan sebagainya. Anggaplah persiapan Hari Raya yang bakal menjelang, bulan Ramadan nanti dah boleh fokus pada ibadah.
8. Banyakkan berdoa dan bermunajat selalu kepadaNya
Inilah senjata kita umat Islam. Berdoa dan terus berdoa memohon keampunanNya, memohon belas ehsanNya agar keluarga kita terhindar daripada wabak ini. Memohon kepadaNya agar wabak ini akan segera berlalu pergi supaya kita semua akan kembali kepada kehidupan yang normal seperti sebelumnya. Di bawah ini , ana serta doa memohon perlindungan daripada wabak. Semua yang berlaku dan penyakit datang dari Allah swt maka mohonlah perlindungan daripada Allah swt . Aamiin Ya Rabbal A'laamiin.
12 Comments
Semoga kita semua dilindungi-Nya. Dan semoga ujian ni buat kita lebih dekat dengan-Nya.
ReplyDeleteaamiin
DeleteBaik
ReplyDeletein shaa allah
DeleteI cleaned and do house chores all day err day haha
ReplyDeletegood job ray
Deletemoga kita dilindungi dari virus ni... amin
ReplyDeleteaamiin ya rabbal a'lamin
Deletestay safe dan be safe AJ serta keluarga
ReplyDeleteaamiin
Deletekebetulan ia berlaku di bulan Rejab - Sya'ban kan.
ReplyDeleteberhikmah sgt.
ada hikmahnya kan aida
Delete