Hampir dua tahun juga rasanya Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur di tutup kepada kunjungan awam kerana proses naik taraf. Dari anak-anak kecil lagi, ketika kami tinggal di Ukay Perdana dulu, selalu bawa budak berdua ni bermain disini. Sampailah depa dah besar-besar ni pun, kerap juga singgah, Adik Ika suka kayuh basikal dengan ayahnya kalau datang lepak sini hujung minggu. 

Selepas di buka semula akhir tahun 2019 lepas, banyak penambahbaikan telah di lakukan. Ana pun tak lah ke sini lagi memandangkan, hujung minggu pasti sesak , maklumlah tempat baharu mesti ramai nak pii kan. Kebetulan pagi Ahad dua minggu lepas, ana ada jemputan sebelah pagi di KL, lepas selesai tu, singgah lah kat Taman Tasik Titiwangsa . Nak tengoklah apa yang baharu kat sini. 



Taman Tasik Titiwangsa ni memang lah amat luas. Kalau dulu-dulu mampu lagi lah ronda satu taman keliling, tapi laa nii rasa tak larat dah lah. Faktor usia la katakan. Kami ronda dalam kereta sahaja pagi tu. Dari pandangan luar, sekitar taman masih seperti sebelumnya, cuma ada beberapa tarikan baharu yang dapat dilihat. Suami parkir kereta di sebelah kompleks sukan tu dan kami masuk ke taman. 




Sebelah sini ada dua tarikan baharu yang ana lihat. Selain dari bertambahnya tanaman pokok-pokok bunga di sekitar yang terkini di kawasan ni adalah Banjaran Titiwangsa dan  Laman Kerawang. Banjaran Titiwangsa adalah nama bagi sebuah canopy bridge manakala  Laman Kerawang tu sebuah maze garden atau taman pagar sesat. 



Banjaran Titiwangsa Canopy Bridge , Taman Tasik Titiwangsa





Di namakan Banjaran Titiwangsa kerana ia melambangkan pemandangan dan keunikan tumbuhan hijau yang hanya boleh di jumpai di hutan yang terdapat di tanah tinggi Semenanjung Malaysia. Kawasan ini di inspirasikan daripada Gunung Tahan, Gunung Korbu, Janda Baik dan Gunung Irau. 




Banjaran Titiwangsa Canopy Bridge juga di reka dan di datangkan bersama jeram dan sistem kabus untuk mewujudkan kelembapan yang diperlukan oleh pokok paku pakis dan lumut supaya hidup subur. Tapi sayangnya masa kunjungan ana ke sini, sistem percikan air yang memberikan kesan kabus tu tak di pasang lah pula. Ini kerana ia hanya di pasang mengikut skala masa yang ditetapkan. Tak ada rezeki nak tengok kabus buatan hari tu.





  
Tapi serius memang cantik lah lanskap pandangan dari atas jambatan canopy ni. Nyaman dan segar sangat mata memandang. Rasa dekat dengan alam semula jadi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ana suka sangat tarikan terbaharu di sini. Kalau pandai cari sudut yang sesuai pasti dapat menghasilkan karya fotografi yang cantik. 





Ana adalah rakamkan secara video sekitar pemandangan dari perjalanan di atas kanopi Banjaran Titiwangsa ni di bawah .



Bersebelahan Canopy Bridge Banjaran Titiwangsa ni juga terdapatnya satu lagi tarikan baharu di Taman Tasik Titiwangsa ialah Laman Kerawang yang merupakan sebuah maze garden. Corak halus laman pagar sesat ini di ilhamkan daripada reka bentuk kerawang yang diguna pakai pada sulaman, ukiran kayu Wilayah Nusantara.  

Laman ini menampilkan tanaman pagar pokok kemuning. Kalau maze garden ni keunikannya hanya boleh di lihat dari pandangan atas lah kan. Kena ada drone baru boleh rakam keindahan senireka taman nya. Kalau sekadar  pandangan dekat kita akan dapat melihat sebuah pusaran berpagar yang luas. Bolehlah nak jalan main lorong di dalam taman ni. 





Lain-lain yang baharu adalah Taman Air Kanak-kanak, sekarang dah boleh bawa anak-anak mandi manda kat sini. Bawalah baju mandi naa dan ada swimming pool terbuka. Taman permainan kanak-kanak juga telah di naik taraf dengan mainan-mainan baharu dan reka bentuk moden. Memang padatlah pengunjung kalau hujung minggu di sini pastinyaa. Kami tak pii pun kawasan permainan dan taman air kanak-kanak pagi tu. Panas lit-lit weii.. Sekadar pusing-pusing kawasan Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang ni sahaja. 



Tasik Titiwangsa masih kekal di tempatnya masih tasik yang sama yang memberikan sebuah pemandangan yang indah. Teringat zaman dating dahulu dengan suami selalu kami lepak tepi tasik ni . Haha !! Taman Tasik Titiwangsa masih utuh walaupun dah berpuluh tahun usianya, dan sama-samalah kita jaga keindahan dan kemudahan yang di sediakan di sini agar ia akan terus kekal sepanjang masa dan terjaga sebaiknya. Asuh dan didik anak-anak agar tidak melakukan kerosakan, jangan buang sampah merata dan pastikan keselamatan anak-anak juga di ambil berat sepanjang masa beriadah disini. 





10 Comments

  1. Lama tutupnya..tapi ni dah dibuka untuk orang ramai semula alhamdulillah.Sini pun jadi tumpuan majlis-majlis perkahwinan..fotoshoot..tempat keluarga beriadah kan kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tutup untuk proses ubahsuai ni PC dah buka dah semula untuk kunjungan :)

      Delete
  2. Belum ada kesempatan nak ke sini sejak dibuka semula ni. Mesti cantikkan kalau kabus tu ada. Kena datang lagilah tu kak Ana :)

    ReplyDelete
  3. wahh.. semakin cantik taman titiwangsa mi... tak ada kesempatan lagi nak beriadah sini...

    ReplyDelete