Cameron Highland ni merupakan destinasi percutian ana dan sekeluarga sejak dah bertahun lama. Dari kecil lagi mak saudara ana suka buat rombongan ke sana. Masa tu tak adalah bercuti bermalam, kami akan pergi subuh-subuh tu dan balik semula sebelah petangnya. Pergi pun naik bas sekolah hehe 😍😍 . Itu kisah dolu-dolu lah sekitar tahun 1990-an punya cerita.Lagipun tak jauh Cameron Highland ke Teluk Intan ni melalui jalan Tapah. 

Bezalah dengan sekarang ni, kalau kami bercuti ke Cameron Highland sekarang pasti akan bermalam di sana. Ini kerana sekarang ni banyak tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang perlu di lawati. Perjalanan pun dah jauh dari KL makan masa dua jam lebih baharu sampai ke puncak Cameron Highland. Kalau pergi dengan keluarga, ana lebih selesa memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel. Bukan apa, lebih jimat, kena pula dapat homestay 3 bilik tidur, boleh memasak lagi lah puas hati kan. Semua dapat berkumpul dalam satu rumah, masak dan makan bersama-sama. 


Taman Teknologi Agro MARDI, Cameron Highlands


Cameron Muslim Apartment by Nurul 

Bercakap tentang homestay Muslim di Cameron Highlands, Alhamdulillah sekarang memang banyak pilihan yang di tawarkan di sana. Boleh di katakan tiada masalah untuk menyewa kecuali jika waktu peak season sahaja lah kena booking awal-awal kerana selalunya akan sentiasa penuh. Dan lagi satu bacalah review dari penyewa sebelumnya supaya kita tak terpedaya. Zaman sekarang ni kena berhati-hati dan waspada selalu. Ana nak perkenalkan satu pilihan homestay Muslim di Cameron Highland iaitu Cameron Muslim Apartment by Nurul . Jom kita lihat apa yang istimewa mengenai homestay ini. 

Malas nak bersesak masa nak cari makan? Korang boleh stay di Cameron Muslim Apartment by Nurul ni sebab lokasinya sangat strategik dan berdekatan dengan tempat makan dan pusat perniagaan.


Cameron Muslim Apartment by Nurul


Apartment jenis 3 bilik ni dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap untuk para tetamu. Kalau tak cukup katil, jangan risau sebab tuan rumah dah siapkan toto awal-awal untuk korang. Keadaan rumah pun sangat cantik dan kemas dengan susun atur perabot dari Ikea. Sure korang akan selesa sepanjang berada di sini.

Reviu Tetamu :
"Owner peramah dan mudah tolak ansur. Bilik luas, katil empuk. Utiliti di rumah semua ada. Banyak kemudahan di kawasan homestay. Pasti akan menginap di sini lagiπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘"

Alamat :
Perumahan Makmur Cameron Jaya,
39000 Cameron Highlands,  Pahang.

Harga :
Dari RM250 semalam


Menarik juga kan. Mungkin lepas ni akan menginap di sini untuk percutian kami jika ke Cameron Highlands di masa akan datang, In Shaa Allah. Cameron Highlands ni tak akan pernah jemu untuk di lawati walaupun dah berpuluh kali pergi. Mungkin kerana ana ni peminat bunga agaknya dan suka kan tempat yang sejuk dan dingin, cuma ana kalau ke sana memang akan elakkan ketika musim cuti sekolah kerana tak seronok terperangkap dalam kesesakan trafik di sana. 

13 Comments

  1. cantiknya boleh la nanti stay situ kalau ke cameron

    ReplyDelete
  2. lama btul tk pi cameron...last pegi dgn kwn2 sebelum kawin dlu...belas thn dh la jwbnya

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sama lah wak saya pun dah dua tahun gak tak naik rasanya

      Delete
  4. memang ada bercadang nak ke CH, nanti boleh stay sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudahkan Fyqah kalau kita dah ada review macam ni

      Delete
  5. menarik apartmentnya..kemas & bersih...sejuknya nampak gambar bangunan tu..

    ReplyDelete
  6. Bolehla menginap kat sini nanti. Takyah cari contact dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nani bila nak ke CH dah ada pilihan kan Qis

      Delete
  7. cantik sgt. boleh kesana n cuba. terima kasih rekemen kan.
    pendaftaran ssm
    ebiz ssm
    zakat perniagaan

    ReplyDelete