Dalam perjalanan balik dari percutian di Port Dickson tempoh hari, kami sengaja ikut laluan lama sebab cadang nak singgah di Masjid Sri Sendayan. Sebelum ini selalu lihat ramai orang upload gambar keindahan senibina Masjid Sri Sendayan ni. Berpandukan waze akhirnya kami sampai juga dan kebetultan baharu sahaja masuk waktu solat Zohor.




Agak ramai juga yang singgah waktu itu, malahan ada rombongan dengan bas , mungkin mereka ke destinasi lain sebelum atau dalam perjalanan dan singgah ke sini untuk melihat sendiri keindahan senibina masjid yang diperkata ramai ini. Masyaa Allah.. sampai sahaja di pintu masuk perkarangan masjid memang jelas terlihat keindahan senibinanya yang tersergam indah. 


Keindahan senibina Masjid Sri Sendayan




Kami menuju ke ruang wuduk muslimah dan kemudian ke ruang solat muslimah yang berada di aras atas masjid. Kalau ikut laluan bertangga agak tinggi juga pendakian anak tangga menuju ruang solat muslimah ini, tetapi untuk yang kurang tenaga dan upaya ikutlah kemudahan lif yang terletak di belah kanan masjid. Kami pun jumpa lif ni semasa selesai solat kerana kalau dari laluan tempat wuduk terus kena naik tangga.


hiasan dinding di hadapan ruang wuduk muslimah

Terkasima sungguh melihat keindahan senibina dari luaran , lanskap hinggalah keperincian ruang dalaman masjid ini. Cukup indah dan setiap sudut terlihat begitu detail lakaran senibinanya. Padanan warna keemasan di ruang solat dan warna putih bersih marmar di luar bangunan memberikan kemegahan senibina Islam. 


pandangan dari atas ruang solat muslimah melihat ke ruang solat lelaki di bahagian bawah

Sesuailah mendapat gelaran sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah kerana pada ana ia menggabungkan ketiga-tiga elemen senibina tiga monumen kebanggaan senibina Islam dunia tersebut. 


keindahan senireka ruang bumbung Masjid Sri Sendayan

Memetik petikan laporan di Berita Harian menyatakan Masjid yang mula dibina pada tahun 2015 melalui konsep wakaf itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa, sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan. Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu, diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.




Eksekutif Masjid Sri Sendayan, Ahmad Naim Azlan, berkata tarikan utama Masjid Sri Sendayan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.



Alhamdulillah dan semoga amal jariah beliau akan sentiasa mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan dariNya, Aamiin. Ana kongsikan disini beberapa sudut yang sempat ana rakam kan untuk tatapan semua yang belum lagi di rezeki kan untuk sampai ke sini. 








Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah). Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.






Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.




Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.








Kalau korang kebetulan berada di persekitaran Sendayan ni singgahlah dan tunaikan solat sunat atau wajib di sini untuk melihat sendiri keindahan yang di perkatakan oleh orang ramai mengenainya. Sangat kagum dan sangat indah mercu tanda agama Islam tersergam di kawasan Sri Sendayan. Semoga keindahan ini akan kekal terpelihara dan masjid indah ini akan sentiasa di penuhi jemaah pada setiap waktu tibanya panggilan agung untuk menunaikan . Aamiin

17 Comments

  1. Nice.. Saya yg dekat ni pun tak sempat jejak lagi masjid ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya macam tu lah kan Misya, orang jauh akan sampai dulu hehe )

      Delete
  2. cantikkan masjid ni! salah satu wishlist bila ke nogori ni!

    ReplyDelete
  3. wahhhh, tersergam indah masjid. Cantik giler. Nnti lepas tempoh PKP ni, nak lah melawat sini

    ReplyDelete
  4. ramai yang puji kecantikkan masjid sri sendayan ni. harap ada rezeki ke sini nanti.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah cantiknya suka tengok

    ReplyDelete
  6. memang cantik masjid ni.. masa bulan 12 ritu ada tengok ramai kawan2 share jalan kesini. saya belum berkesempatan nak pergi. insyallah nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Ct ada rezeki sampai lah nanti,aamiin

      Delete
  7. Kak Ana dah dekat sangat Masjid Sendayan tu dengan rumah LZ. First time tengok memang terkesima kann kak.. Sangat cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul LZ terkasima sungguh dengan seni binanya

      Delete