Selepas check out dari D'Wharf Hotel PD, kami konvoi 3 buah kereta bersama adik dan abang sepupu ana singgah ke Muzium Tentera Darat. Walaupun dah beberapa kali kami datang bercuti ke Port Dickson, inilah kali pertama ana sekeluarga masuk melawat ke Muzium Tentera Darat. Kalau tak lalu lalang jerr laa, sebab ianya laluan utama nak ke pekan Port Dickson serta lokasi pantai peranginan dan hotel-hotel seperti nak ke Teluk Kemang dan sebagainya. 




Muzium Tentera Darat Port Dickson
 

Tiada bayaran di kena kan untuk melawat ke Muzium Tentera Darat, tapi di letakkan sebuah tabung di pintu masuk ketika kita daftar masuk dan tuliskan bilangan ahli lawatan. Kami sumbangkan seikhlas hati kerana mengenangkan jasa perwira yang mempertahankan kedaulatan tanahair tercinta hingga lah ke saat ini anggota tenteralah yang menjaga sempadan negara 24 jam sehari untuk keselamatan rakyat. Terima kasih Angkatan Tentera Malaysia dari Tentera Darat, TUDM dan TLDM. 




Di kawasan parkir kenderaan akan terdengar bunyi enjin kapal terbang perang di corong speaker dan sekitar kawasan Muzium Tentera Darat ini di letakkan pelbagai kenderaan yang di gunakan Angkatan Tentera dari kapal terbang, kereta kebal, kereta dan lori , motorsikal , keretapi dan semuanya di pamerkan di sekitar kawasan luar muzium ni. 




Di tengah-tengah kawaan Muzium ini juga terdapatnya sebuah monumen ataupun tugu peringatan buat mereka yang terkorban dari pelbagai era hingga lah ke hari ini di ukir nama-nama di batu peringatan. Ianya berbentuk bulatan yang luas di kelilingi batu-batu peringaan . Struktur tugu utama melambangkan sempadan negara yang dikelilingi lima anak tugu berukir nama emas lebih 950 wira yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara sejak tertubuhnya TDM. Lima anak tugu juga bermaksud lima teras Rukun Islam, Rukun Negara dan Ikrar Kesatria.



Muzium ini terdiri dari beberapa galeri antaranya, sejarah lengkap tentera dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Galeri Portugis dan Belanda, Galeri British, Galeri Penubuhan Askar Melayu, Galeri Pra Kemerdekaan, Galeri Era Kemerdekaan, Galeri Tentera Darat Hari Ini dan Galeri Sumbangan Tentera Darat. Kita akan melalui laluan pejalan kaki yang di tanda untuk mempastikan kita memasuki setiap ruang pameran galeri tanpa terlepas mana-mana era yang di pamerkan. Hinggalah ke akhir perjalanan kita akan sampai dan memasuki terowong bawah tanah. Semuanya mencerita kan perjuangan anggota tentera, sejarah dan era nya. 





Cuma ianya adalah laluan perjalan kaki dan bertangga yang ana rasa tidak sesuai untuk warga emas atau OKU. Tapi ana tak pasti sama ada di sediakan laluan lain untuk mereka atau tidak kerana kami yang mengikut laluan yang bertanda ni lenguh juga lah naik turun tangga sepanjang perjalanan meyulusuri eranya. 




Bukan sekadar pameran dan penceritaan nya yang membangkitkan jiwa patriotisme seperti melihat patung Leftenan Adnan Saidi yang tubuhnya di seksa tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua serta fail peribadi Allahyarham yang asli yang di turut di pamerkan disini, sebak tak terbendung rasanya. Tarikan paling unik adalah ketika kita melalui sebuah terowong yang  ini dibina sepanjang 142 meter, sarat dengan penceritaan Parti Komunis Malaya (PKM) merentasi Blok B ke Hutan Kampung, 'penempatan' ikhtiar hidup dipenuhi tanaman, pokok dan jambatan gantung. 




Dan di hujung terowong ini kita akan sampai ke sebuah taman lanskap yang mendamaikan bagaikan sebuah hutan kecil dengan pokok-pokok teduh, kolam ikan dan sebuah titi gantung untuk kita terokai. Adik Ika, ayahnya, adik ana, Lan dan Haris sahaja yang sempat menaiki jambatan gantung ni kerana depa yang tak berasa gayat hehe. 😉😉




Pada pendapat ana, jika korang berada di bandar penaginan pantai Port Dickson ni, singgah lah ke Muzium Tentera Darat dan kenangi lah sejarah dan pengorbaranan wira-wira negara. Tanpa mereka kita bukanlah seperti apa yang kita nikmati hari ini. Kekejaman Jepun dan Komunis akan tetap di ingati dan tidak akan sekali-kali dilupakan. Sejarah tak mungkin berubah jika tidak ada tangan-tangan yang mengubahnya mengikut kepentingan sendiri. Lebih-lebih lagi pada kami cucu Allahyarham Sarjan Saidin antara insan yang berjuang mempertahan kan tanahair tercinta. Arwah Tok Saidin dan mak selalu menceritakan kepada kami sejarah tanah air sebelum merdeka kerana mereka hidup di zaman itu. 




MUZIUM TENTERA DARAT

• Bayaran masuk: Percuma

• Waktu operasi:

Rabu - Ahad (10 pagi hingga 5 petang)

• Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, Port Dickson

4 Comments