Antara ikan yang mudah sangat nak di warnakan dengan pelbagai menu masakan adalah ikan siakap kan. Masaklah apa sahaja, pasti menjadi dan sedap kena dengan rasanya. Ikan siakap ni murah, senang di masak dan banyak isi nya. Ada sesetengah pasaraya menjual ikan siakap ni ikut harga seekor. Tak lah mahal, masih mampu beli, bergantung pada saizlah. Proses nak masak dan siang pun mudah. Kalau ana selalunya akan minta penjual tolong siang, buang sisik atau potong keping , ikutlah pada apa yang akan kita masak nanti sama ada nak potong keping atau biar sekor-sekor dalam hidangan.

Hari ini ana rasa nak kompilasikan beberapa resepi menu masakan dengan ikan siakap,  yang pernah ana terbitkan sendiri . Bukan apa, bolehlah kita berkongsi-kongsi idea masak memasak ni sesama kita. Mana lah tahu dah beli ikan siakap pastu buntu tak tahu nak masak apa ye tak 😊😊

Masak apa sedap dengan ikan siakap ?




Ikan siakap masak asam pedas 


Sedap sangat ikan siakap masak asam pedas. Ikan-ikan yang sesuai untuk masak asam pedas ni kena lah ikan yang lemak lah kan. Masak asam pedas kalau cara ana, mudah sangat.

Bahan yang ana gunakan :

Cili pes
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lada hitam 
Air asam jawa
Daun kesum 
Ikan siakap
Garam
Minyak masak

Cara masak ikan siakap asam pedas

- Tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam . 

- Ketuk serai. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk serta serai.

- Masukkan pes cili dan masak hingga pecah minyak. 

- Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan sekali didih.

- Masukkan kepingan ikan siakap dan masak hingga masak.

- Rasakan dengan garam dan masukkan daun kesum. 

Masak asam pedas ni kena pekat kuahnya baharu lah sedap kan. Jadi bahan masakan tu biar ikut jumlah ikan yang kita masak. Adjust sahaja banyak mana ikan yang kita nak masak tu. 

Ikan siakap masak taucu 




Pun tak kurang enaknya. Sesekali kita tukar selera jadikannya menu masak taucu. Bahan pun mudah sangat.

Bahan-bahan ikan siakap masak taucu 

Ikan siakap di potong keping
Taucu 2 peket
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili hijau 
Timun - buang tengah dan potong keping lebar
Air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara masak ikan siakap taucu 

-  Kepingan ikan siakap kita goreng kan terlebih dahulu, ketepikan. 

- Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau.

- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. 

- Masukkan taucu. 

- Masukkan air asam jawa sedikit sahaja dan masukkan air hingga sekali didih. Jangan terlalu cair.

- Masukkan timun dan cili hijau, kemudian masukkan kepingan ikan siakap goreng.

- Rasa dahulu sebelum masukkan garam kerana ikan dan taucu dah masin, kalau dah okay tak perlulah buh garam lagi naa. 


Ikan siakap kukus 




Hat ni paling femes laa kan. Ikan siakap kukus menu kedai tomyam atau restoran-restoran makanan laut. Kali ini ana olah dengan masukkan cendawan enoki. Ada beberapa versi ikan siakap kukus ni semuanya ikut kreativiti masing-masing. Ada yang kukus dengan asam boi, dengan pes tomyam dan sebagainya. 

Bahan-bahan ikan siakap kukus cendawan 

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumurkan garam 
1 biji bawang besar - mayang 
1 biji cili merah - hiris 
2 biji bawang putih - hiris 
1 inci halia muda - hiris halus 
cendawan enoki atau cendawan tiram pun boleh jer nak guna
2 biji asam boi
daun bawang - hiris halus
1 batang serai - hiris halus
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara masak ikan siakap kukus cendawan

- Satukan semua bahan di atas kecuali hirisan daun bawang. Pastikan letakkan juga bahan-bahan hirisan tadi di bahagian bawah ikan agar masak sekata rasanya.

- Tuangkan sedikit air kalau suka berkuah, jangan terlalu banyak sebab nanti bahan-bahan ni akan mengeluarkan air juga seperti bawang merah dan cendawan.

 - Rasakan dengan garam dan lada sulah. Kukus sehingga masak. 

- Bagaimana nak tahu ikan dah masak, tengok lah kalau isinya dah putih tu masak lah ikan kita. Selalunya ana kukus dalam 20 minit ke 30minit, In Shaa Allah masak lah ikan. 

- Hidangkan panas-panas, bolehlah taburkan daun bawang dan juga perahkan limau nipis. Selamat mencuba naa :)


Ikan siakap bakar 





Ana belum pernah lagi masak sendiri ikan siakap bakar ni tapi pernah makan dan sedap sangat ketika ana menerima jemputan food review di Resoran Warisan Sisik , Klang tahun lepas. Sedap sangat dan ia dibakar bersama sambal tempoyak. Memang terbaik. Ianya boleh juga di katakan sebagai menu pais ikan. Resepinya ana tak ada dan korang boleh cari di internet kay.


Resepi ikan siakap masak kicap berempah




Yang ni agak rare juga dan ana pun pertama kali mencuba nya tapi tak mengecewakan sedap rasa ikan siakap jika di masak kicap berempah macam ni. 

Bahan-bahannya :

Ikan siakap bersihkan digoreng garing seketika.
Halia
Bawang merah
Bawang putih
1 peket serbuk rempah Mak Siti Masak Kicap Ikan
Air secukupnya
Kicap pekat manis
Sos tiram
Tomato di belah empat
Kentang dibelah empat dan goreng.
Cili merah
Daun bawang
Garam

Cara masak ikan siakap masak kicap berempah

1. Tumbuk bawang merah,  halia,  bawang putih. 

2. Bancuh serbuk rempah Mak Siti Masak Kicap Ikan dengan air sehingga menjadi pes. 

3. Tumiskan bahan yang di tumbuk dan masukkan pes rempah tadi.  Masukkan sedikit air jika ia terlalu kering.

4. Tuangkan kicap dan sos tiram.  Masukkan tomato.

5. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan siakap yang digoreng tadi bersama kentang yang juga telah digoreng.

6. Rasakan dengan garam hati-hati kerana kicap dan sos tiram telah pun agak masin.

7. Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan.

Sedap di makan dengan nasi putih.  Boleh lah taburkan cili potong dan juga daun bawamg untuk menambah rasa dan memcantikkan hidangan.

Inilah dia 5 idea masakan dengan ikan siakap yang pernah ana masak dan nikmati. Ana rangkum kan disini untuk memberikan pilihan idea kepada pembaca semua. Ada banyak lagi menu-menu lain dan antara yang popular ialah siakap sweet and sour serta siakap tiga rasa. Masaklah apa sahaja menu untuk di nikmati bersama keluarga di dalam kita mencari keredhaan Nya. In Shaa Allah. 

18 Comments

  1. Tak pernah lagi masak ikan siakap taucu...boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Ikan siakap asam pedas,goreng taucu tu yang selalu PC masak kak bila ada ikan siakap..lepas ni boleh la pelbagaikan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun main try je PC tapi in shaa allah sedap masak apa pun ikan siakap ni :)

      Delete
  3. Paling kerap orang buat yang kukus tu. Tapi taruk cendawan x pernah buat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan sal siakap kukus, kak ana dah try letak macam2 dalam menu kukus ni hehe :)

      Delete
  4. Memang sedap semuanya..Suami kalau mancing bawa balik ikan, ada antara menu ni yang Lin masak kak..

    ReplyDelete
  5. Selalu makan stim atau masak asam.

    ReplyDelete
  6. WOW PELBAGAI JJENIS RESEPI YG SEDAP TU

    ReplyDelete
  7. Selalu ikan siakap ni saya masak 3 rasa je. boleh buat masakan lain jugak rupanya..boleh cuba ni klu dh bosan asik masak 3 rasa je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa fiez boleh lah try masak macam2 dengan ikan siakap ni kan :)

      Delete
  8. Selalu beli wat masak 3 rasa tu jer, anak2 suka. Nanti nak trylah masuk taucu tu, thanks kak ana.

    ReplyDelete