Ramai yang selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari hari pertama di lakukan yang terkandas di kampung halaman. Ini antara mereka yang sempat sampai ke kampung awal-awal dahulu, mungkin pada waktu itu tidak terfikir PKP akan berlarutan hingga ke hari ini. Jadinya terpaksalah tinggal di kampung kerana tidak di benarkan untuk balik ke rumah masing-masing dari mana-mana destinasi sekali pun. Naya juga lah kan, bayangkanlah dah berapa lama rumah di tinggalkan. Tapi ye lah siapa sangka akan terjadinya sampai begini kerana kita rakyat Malaysia tidak pernah mengalami situasi yang kita lalui sekarang. Semuanya adalah sesuatu yang baharu.




Paling sedih adalah masih ada anak-anak yang terkandas di kolej kediaman universiti yang tak sempat pulang ke pangkuan keluarga. Walaupun Adik dah berada di rumah, ada antara kawan-kawannya masih di kampus. Allahu, hati ibu bapa mana yang tak bimbang. Apatah lagi dah masuknya bulan Ramadan, bertambah lah kepiluannya. Tetapi bagaikan ada sedikit sinar bila baru-baru ini di umumkan untuk memberi kebenaran perjalanan pulang kepada anak-anak dan juga mereka yang terkandas di kampung ni untuk pulang ke destinasi masing-masing. Namun ia masih dalam kawalan ketat dan mematuhi beberapa syarat dan peraturan. 


Permohonan Gerak Malaysia Online Pergerakan Rentas Negeri semasa PKP 


Memetik sumber dari Harian Metro  Online , INDIVIDU yang terkandas di kampung halaman boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia bermula esok. 25hb April 2020. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka juga perlu mengemaskini permohonan pada 29 April bagi mengesahkan destinasi perjalanan.

"Pada 1 Mei semua pemohon boleh menyemak status yang dibuat dalam talian berkenaan, tempoh pergerakan antara negeri yang dibenarkan adalah antara 1 hingga 3 Mei.

"Bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Plus adalah diingatkan bahawa tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R), surau ditutup dan tidak dibenarkan melakukan aktiviti solat berjemaah di kawasan R&R.

"Hanya fasiliti tandas awam sahaja dibenarkan beroperasi selain pengguna tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali dengan penggunaan tandas awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir berkata, stesen minyak juga akan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam di sepanjang lebuhraya berkenaan.

"Individu yang dibenarkan melakukan pergerakan juga dilarang melakukan aktivit secara berkumpulan sepanjang tempoh kebenaran perjalanan.

"Semua kebenaran adalah melalui aplikasi Gerak Malaysia namun bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi boleh membuat permohonan bertulis di mana-mana balai polis tetapi keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pengguna aplikasi berkenaan,"katanya.




Namun sehingga entri ini di terbitkan, kerajaan juga tidak memberi apa-apa jaminan berkenaan pergerakan memandangkan masih menunggu laporan daripada pendaftaran yang bakal bermula 26 April. Selepas itu baru kerajaan boleh merangka perancangan prosedur operasi standard dan kajian dengan khidmat nasihat KKM

Aplikasi GerakMalaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM)  serta sokongan dari syarikat telekomunikasi di Malaysia