Hari ini masih lagi kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dah nak masuk fasa ketiga. Hari-hari yang dilalui sepanjang berada di rumah ni bukanlah sesuatu yang sukar pun bagi kami sekeluarga. Seminggu sekali ke kedai Acheh di sekitar taman kediaman ni sahaja ana atau suami akan keluar membeli stok barangan makanan dan keperluan dapur. Selebihnya memang kalau tanpa PKP pun kami akan berada di dalam rumah kecuali hujung minggu atau cuti umum selalunya keluar , bercuti atau balik kampung. Kadang-kadang menghadiri jemputan event.




Waktu ini kita semua sedang di uji dalam tempoh PKP untuk berada di rumah dalam usaha menyekat penularan covid19. Semua kebiasaan lalu tidak lagi dapat dilakukan sehingga keluar bekerja sekali pun ada sektor tertentu sahaja yang di benarkan beroperasi.  Sepanjang tempoh 4 minggu pertama ni, pelbagai aktiviti kami lakukan di rumah. Dari lap habuk, basuh bunga-bunga hiasan, tanam benih pokok dengan apa yang ada sahaja di sekitar keliling rumah selebihnya menonton TV, melayari internet dan memperbaiki diri dan amalan. 



Cara buat label pada balang dapur




Tapi Kak Long ni pula macam dah terlebih rajin tak pun dah terlalu boring agaknya, dia pergi print dan lekatka label pada setiap balang kaca yang ana susun di rak dapur Ikea di ruang dapur. Hampir semua balang di lekatkan label. Setiap satu balang mengikut isi yang ada di dalamnya. Senang nanti Kak Long nak masak sebab sebelum ni budak berdua ni pernah tersilap tepung dalam balang ketika nak buat kek 😊😊 Boleh pula depa buh tepung beras dalam adunan kek kerana tertukar dengan tepung gandum. Haha! Tak berapa menjadi sudahnya kek budak dua beradik ni. 

Rak Ikea ni ana beli hasil duit blog hujung tahun lepas. Ada 3 rak semuanya dan satu ana letak di ruang tamu. Dua lagi di letakkan di dapur dan sesaja lah susun kan peralatan elektrik dan satu lagi untuk rak bahan-bahan masakan. Kira macam mini pantry lah kan. Senang bila nak guna ambil sahaja. Letak dalam kabinet dapur pun selalu mengundang lipas, jadi ana rasa lebih selamat atur elo-elok di atas rak ni sahaja.




Harga rak dapur Ikea


Rak Ikea ni murah sahaja, cuma berharga RM69 pada waktu ana beli dahulu. Namanya Lerberg Unit Rak dan ianya bersaiz 60 x 148 sm. Ada 4 tingkat dan 3 pilihan warna iaitu putih, kelabu dan kuning. Tapi korang jangan silap sebab ada dua jenis rak yang sama macam ni cuma satu lagi tu dia bersaiz lebih kecil . Sebelum korang ambil di ruang Self Serve Furniture Area pasti kan korang snap dahulu bar kod dia naa dan di ruang rak mana ia berada. Balang-balang kaca tu pun murah-murah jer, ada yang ana beli di Ikea, Menang Glassware, Kaison dan kat kedai ECO pun ada gak beli. Ikut dan jer jumpa berkenan beli.


Berminat dengan perabot Pallet boleh tengok di ↓↓


Bila Kak Long dah siap label dan susun nampak lagi kemas pula ruang dapur ana. Ermm.. Bagus juga idea Kak Long ni. Depa pun senang nak cari bahan. Label tu Kak Long print di atas sticker paper dan gunting. Memandangkan sticker paper tu tak berapa kuat lekatnya dia tampal di bahagian atasnya dengan selotape. Bagi kukuh dan tak koyak jika terbasah nanti. Sebenarnya ada juga di jual label ni di kedai Eco cuma waktu PKP ni kita tak dapat keluar gunakanlah apa sahaja bahan yang ada di rumah. Haa.. Kalau korang dah boring sangat tak tahu nak buat apa sepanjang PKP ni boleh try naa buat label balang macam Kak Long hehe 😍😍 Terima kasih Kak Long ❤❤



24 Comments

  1. mcm2 leh buat masa PKP ni...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah macam2 plan cuma kadang2 tu bahannya tak boleh nak pi beli kan :(

      Delete
  2. berkilat kilat barang kat umah ni semasa PKP

    ReplyDelete
  3. WOW CANTIK KEMAS TERSUSUN DI RAK

    ReplyDelete
  4. Kemas tersusun rapi kan . Excited bila masuk dapur tgok brg2 da trsusun

    ReplyDelete
  5. Kemas.Teratur.Selesa mata memandang.

    ReplyDelete
  6. cantik kak nampak kemas je. ni kalau anak saya ni habis dia punggah ke ruang tamu

    ReplyDelete
  7. Rajinnya kak kemas. Hehe. Pernah juga tampal guna sticker DIY dulu waktu rajin, tapi mungkin sebab tak pandai atau salah teknik, salotape tu mengelupas. Last-last cabut semua dan belum berganti label lain lagi. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ni pun kak ana rasa tak ada lah tahan lama mana pun kan hehe :0

      Delete
  8. Wah... cantik rak. lepas dah tagging tu lagi cekap la time nak masak... apa pun, hikmah PKP ni memang rumah pun jadi fresh... Happy blogging! Done follow back! =D

    ReplyDelete
  9. wah cantiknya...saya pun dok mengemas rak masa PKP ni. dah berapa kali kemas dah berapa kali susun. Baguslah susun macam ni nanti kalau dapat pindah balik Melaka nak buat macam ini jugalah. Tersusun aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Fyda , kita ambil kesempatan masa yang terluang ini untuk di manfaatkan bersama :)

      Delete
  10. elok tersusun macam ni sedap mata memandang. hehehe

    ReplyDelete
  11. Time PKP ni segala ceruk rumah dikemas sebab banyak masa

    ReplyDelete