Resepi Kek Coklat Lembab Sukatan Cawan
Resepi kali ini yang ana nak share ni resepi dari ibu saudara ana. Lama dah ana gunakan pakai resepi ni untuk buat kek coklat Alhamdulillah memang sedap naik cantik, lembut dan lembab sangat kek ni. Semalam anak-anak request nak makan kek coklat dan kebetulan dah beli siap-siap bahan nya masa ana keluar top up barang dapur minggu lepas, maka terhasillah kek coklat lembab ni dengan jayanya..
Bila ana post kat status whatsapp, ramai pula yang bertanya resepinya. Resepi ni ana tulis dalam buku resepi, kena buka kitab lah bila nak buat semula. Cari dalam blog ada pernah terbitkan tapi punya lah lama dah , paragraph alignment pun berterabur masa tu, maklum lah masih baru berjinak dengan blog. Ana terbitkan semula di sini untuk rujukan sendiri dan untuk berkongsi dengan mereka yang tercari-cari resepi nak buat kek coklat lembut sukatan cawan ni. In Shaa Allah semoga bermanfaat.
Resepi Kek Coklat Lembab Sukatan Cawan
kek coklat lembab sukatan cawan |
Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1/2 cawan gula kastor
Campurkan semua bahan kacau atas api perlahan hingga pekat sahaja. Api jangan kuat dan bila dah pekat terus matikan api jangan tunggu mendidih pula yer , rosak coklat kita nanti 😉😉
Bahan B
250 g mentega @ ( 1 ketul butter)
2 cwn gula kastor
2 cwn tepung kek
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Caranya :
- Pukul mentega dengan gula sampai putih.
- Masukkan telur satu persatu sambung pukul seperti biasa.
- Masukkan esen vanila.
- Ayak tepung kek dan masukkan sedikit demi sedikit berselang-seli dengan bancuhan koko tadi sehingga habis.
- Gris loyang dengan baking paper dan tuangkan adunan kek. Hentak-hentakkan adunan dalam loyang sehingga rata.
- Bakar dalam oven suhu 200' , api atas bawah selama 40 minit ataupun sehingga kek masak bila di uji dengan lidi di bahagian tengah kek.
Untuk toping kek coklat ana cuma double boiling kan kepingan cooking chocolate atau pun coklat masakan dan tuangkan di atas kek.
Selamat mencuba kek coklat lembab yang sedap dan moist ni.
20 Comments
lepas tengok kek ni terus craving nak makan kek camni lak 😍
ReplyDeletejomm baking shirven :)
Deletewah.. cantik kejadiannya.. tq berkongsi resepi..
ReplyDeletesama-sama SS :)
DeleteSedapnya kek coklat! Kek evergreen orang kata.
ReplyDeletekan Amie :)
DeleteHai,jemput dengr lgu bru saya!
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html
wahhh
DeleteNampak gebu gebas
ReplyDeleteCantik kejadiannya
rasa pun sedap ni wak hehe :)
DeleteKak Ana, teruja sungguh tengok hasil kejadian kek coklat lembab tu..
ReplyDeleteNampak moist sungguh..
cubalah LZ resepi ni mudah jer ni :)
Deletesedapnya kek coklat moist
ReplyDeletekan PI kek coklat ni kalau moist baru sedap :)
DeleteNampak sedap. Saya pun suka kek coklat moist macam ni. Tapi kalau bakar selalu fail. Lebih suka kukus. Thanks share. Jaga diri ye
ReplyDeletetry resepi ni SAL in shaa allah jadi tu :)
Deletecocok untuk di buat , saat lockdown, tak boleh keluar rumah.
ReplyDeletetry lah fazri resepi nya :)
DeleteNanti kalau rajin nak try ni pula.
ReplyDeleteberes AI nnt try naa :)
Delete