Memandangkan Syawal yang bakal menjelang dalam tak sampai seminggu lagi ni, ana nak rangkumkan disini 10 resepi pencuci mulut atau dessert yang pernah ana masak sendiri. Bolehlah buat sajian menu sekeluarga kita sekeluarga. Walau apa juga cabarannya dalam melalui ujian , raya tetap akan kita raikan dengan menyediakan juadah untuk di nikmati selepas solat sunat Aidil Fitri nanti. Antara yang paling mudah dan sedap pastilah pencuci mulut manisan adalah agar-agar. Sekadar memberikan beberapa cadangan untuk kita sediakan bersama nanti.




10 resepi agar-agar 


agar-agar bandung


Resepi agar-agar bandung 

Bahan-bahannya mudah saja:

1 peket agar                       
1 1/2 cawan gula (ikut citarasa masing-masing)
1 cawan susu cair                
pewarna (ikut citarasa masing-masing )

caranya:

masakkan agar-agar hingga mendidih.masukkan gula dan tapiskan. asingkan ke dalam beberapa mangkuk mengikut warna yang dikehendakki dan warnakan.Untuk perisa bandung cuma tambahkan susu cair.Tuangkan lapisan bawah dahulu iaitu bunga dan daunnya dan biarkan keras .Selepas keras barulah di tuangkan lapisan dasarnya. Sejukkan dalam petiais dan terbalikkan untuk hidangan.


agar-agar kelapa muda 


Resepi Agar-agar kelapa muda 


1 biji kelapa muda (ambil air dan isi mudanya)

1 peket agar-agar

1 liter air ( ikut jumah agar-agar)

2 cawan gula ( ikut selera kemanisan anda)


cara-cara buat jelly kelapa muda :

- didihkan agar-agar hingga masak. 

- masukkan gula ikut rasa kemanisan masing-masing

- masukkan air kelapa muda.

- didalam acuan atau cup plastik isikan isi kelapa muda dan tuangkan agar-agar.

-sejukkan dan nyam nyam sesuai untuk dimakan ketika cuaca panas....


agar-agar kemenyan


Resepi Agar-agar kemenyan 


Bahan-bahan

Untuk bahagian santan:
1/2 peket agar-agar
1 peket santan pekat
secubit garam

-didihkan agar-agar
-masukkan santan dan secubit garam
-sejukkan hingga beku

Untuk lapisan luar:
1/2 peket agar-agar
2 sudu besar gula merah
2 senduk gula putih
daun pandan untuk haruman

-didihkan agar-agar
-masukkan gula merah dan gula putih
-masukkan daun pandan
-bila masak ,tapiskan adunan ke dalam loyang @ acuan
-potong kecil-kecil adunan agar-agar santan tadi
-masukkan dalam loyang berisi agar-agar gula merah
sejukkan dan nikmatinya...


dadih coklat


Resepi dadih coklat 

Bahan-bahan :

1 peket dadih ( pelbagai perisa yang boleh di beli di pasaraya )
3 liter air 
1 tin susu cair
100 g gula (lebih kurang 1/2 cawan)

Cara masak dadih :

- Didihkan air , gula dan susu cair di dalam periuk (kacau selalu agar susu tidak membuak)

- Setelah mendidih padamkan api. Masukkan serbuk dadih dan gula buahan ( terdapat di dalam peket dadih ) . Kacau sebati.

- Isikan ke dalam bekas dan sejukkan di suhu bilik dahulu sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Siap.


agar-agar dasar laut


Resepi agar-agar dasar laut 


Bahan-bahan agar-agar akuarium / dasar laut :

Agar-agar tali dalam paket
Susu pekat manis
Gula
Se tin laici
Pewarna biru 
Air secukupnya. 
Biji selasih ( direndam kembang ) ana gunakan chia seed sahaja . 


Cara buat agar-agar dasar laut atau agar-agar akuarium : 

Proses ini memerlukan dua kali kaedah hasilannya. Mula-mula kita buat bahagian air laut birunya terlebih dahulu. 

1. Bahagikan agar-agar kepada dua bahagian sama banyak. Gunting je dua . 

2. Didihkan sebahagian bersama dua cawan air. 

3. Masukkan jus dari air tin laici ke dalam periuk yang sama dan kacau sebati.

4. Masukkan gula mengikut kemanisan yang korang nak, ana buh dalam 4 sudu sahaja.

5. Bila masak masukkan ke dalam acuan atau dalam loyang pun boleh juga asalkan ia bersaiz yang agak tinggi untuk menampakkan dua lapisan yang lebih menarik nanti. 

6. Masukkan juga cebisan isi buah laici tadi bersama biji selasih atau pun chia seed sebagai motif karang laut dan ikan-ikan berenang.. :) 

7. Sejukkan seketika dan keraskan di dalam frezer agar cepat membeku untuk meletakkan lapisan kedua. 

Untuk lapisan putih kedua agar-agar dasar laut kita pula :

1. Didihkan sebahagian lagi agar-agar tadi dengan dua cawan air juga.

2. Masukkan susu pekat ikut kemanisan yang korang kehendaki. Ana buh dalam 3 sudu besar sampai nampak warna putih yang agak cantik.

3. Kalau dah cukup manis tak perlu tambahkan gula lagi.

4. Bila mendidih tutup kan api dan sejukkan seketika sahaja jangan sampai membeku.

5. Keluarkan agar-agar lapisan biru tadi yang telah keras, lorekkan bahagian atasnya dengan pisau atau garfu agar melekat lapisan kedua di atasnya.

6. Tuangkan pula lapisan putih di atas nya dan beku kan semula di dalam peti sejuk.

7. Bila dah cukup keras, boleh lah terbalikkan dari acuan. 


agar-agar susu dan nanas


Resepi agar-agar susu dan nanas 


Bahan-bahannya pun mudah sangat ana gunakan 1 peket agar-agar tali, 1 tin susu cair, 1 tin kiub nanas Ayam Brand dan gula secukup rasa. 

Caranya macam biasa, didihkan agar-agar bersama air ( anggaran 500ml gitu ). Jangan banyak air sebab nanti kita akan masukkan air jus nanas tin Ayam Brand ni dan juga susu cair kan. jadi agak-agaklah kepekatan yang kita ingini. 

Bila agar-agar dah mendidih, masukkan jus nanas kiub dan juga gula ( ikut kemanisan yang di perlukan). Kacau seketika sebelum masukkan susu cair. Terus kecilkan api kerana susu akan membuak nanti. Kacau selalu hingga mendidih sekali lagi dan matikan api. 


agar-agar karamel


Resepi agar-agar karamel 

Bahan karamel : 

1 cawan gula pasir
Sedikit air

- Panaskan gula dalam periuk hingga hangus perang dan masukkan air sedikit demi sedikit. Hati-hati nanti gula ni merecik, kacau sebati hingga jadi gula karamel. 
- Tuang dalam acuan dan sejukkan sementara kita masakkan agar-agarnya.

Bahan untuk agar-agarnya :

1/2 paket agar-agar tali
1 cawan air
4 sudu besar gula
3 sudu susu pekat
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastad di bancuh dengan sedikit air

Cara masak agar-agar karamel 

1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Masak hingga larut.
2. Masukkan gula dan susu pekat.
3. Masukkan susu cair 1 tin.
4. Masukkan bancuhan tepung kastad.
5. Kacau hingga menggelegak.
6. Tapis kan ke atas lapisan karamel tadi dan sejukkan. 


agar-agar soya gula melaka


Resepi agar-agar soya gula melaka


Bahan-bahan kuah gula melaka:

Gula melaka - 1/2 ketul
Air - 3 cawan
Gula pasir - 3 sudu ikut lah kemanisan masing-masing
1 seikat daun pandan

- Didihkan semua bahan hingga mendidih dan sejukkan.

Bahan agar-agar soya :
Setengah paket agar-agar tali
1 kotak besar air soya
1 cawan air

- Didihkan air, masukkan agar-agar sehingga larut.
- Masukkan 1 kotak besar air soya .
- Kacau dan masak hingga mendidih.
- Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Untuk hidangan scoop kan agar-agar soya dan tuangkan kuah gula melaka. Sedap makan sejuk ni sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba.


Agar-agar santan gula melaka


Resepi agar-agar santan gula melaka 

Bahan-bahan nya :

2 biji telur
1 buku gula melaka
1/2 cawan gula putih
2 cawan santan pekat
1 peket agar-agar tali
5 cawan air
1/2 sudu teh esen vanila
secubit garam
seikat daun pandan

Cara masak agar-agar santan gula melaka

1. Telur pecahkan terlebih dahulu di dalam mangkuk kecil dan kacau perlahan hingga hancur agar tak jadi telur rebus bila di didihkan nanti. Masukkan esen vanila untuk menghilangkan bau telur. 

2. Gula melaka pecah-pecahkan kecil-kecil atau hancurkan sedikit agar cepat larut. 

3. Masukkan agar-agar tali, air, telur, santan, gula melaka, gula putih, garam secubit dan sehelai daun pandan ke dalam periuk. 

4. Kacau sebati seketika kesemua bahan dan didihkan di atas api perlahan. 

5. Kacau selalu dan jangan tinggalkan di atas api kerana bila menggelegak ia akan melimpah keluar. Terus kacau dan biarkan mendidih seketika , baharu lah mati kan api. 

6. Keluarkan daun pandan, bolehlah tuang kan ke dalam loyang atau acuan yang di kehendaki. 


Agar-agar buah naga


Resepi agar-agar buah naga : 

Bahan-bahan agar-agar buah naga : 

1 peket agar-agar tali
9 cawan air 
1 1/2 cawan gula ( ini boleh adjust ikut kemanisan masing-masing )
1 tin susu cair
1 biji buah naga ( blend  ) 

Cara masak agar-agar buah naga : 

1. Masakkan agar-agar hingga hancur
2. Masukkan gula dan puri buah naga yang di blend tadi
3. Masukkan susu cair dan kacau hingga sekali mendidih
4. Matikan api dan boleh lah tuangkan ke dalam acuan. 
5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk

Itulah rangkuman 10 resepi agar-agar yang pernah ana masak sendiri dan terbitkan di blog picisan www.anajingga.com , sekadar berkongsi idea untuk puan-puan membuat pilihan masakan menu pencuci mulut. Agar-agar adalah pencuci mulut paling mudah dan sedap untuk di nikmati bersama-sama. Sesuai untuk menu potluck dan sebarang majlis. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah. 

26 Comments

  1. Replies
    1. tu laa semua pun mudah2 je nak buat kan KW :)

      Delete
  2. Replies
    1. Kan Syiqin senang dan sedap untuk di nikmati :)

      Delete
  3. Teringat masa bunda kawen dulu salah satu hidangan nasi pengantin..ini lah.. dlm acuan cantik bunga ros ni orang sajikan pemanis mulut agar2 camni..hehe😄😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Bunda hantaran pun wajib ada agar2 bunga macam ni kan :)

      Delete
  4. Terasa sejuk tekak tengok gambar agar2 tu semua 😋

    ReplyDelete
  5. PC penggemar agar-agar.Suka buat suka makan.Mungkin dari kecil mama dah biasakan.Mama suka buat agar-agar..kata mama daripada makan jajan baik makan agar-agar..hehehehe.Tapi ada je makan jajan pun cuma ada masanya.

    ReplyDelete
  6. suka tengok tapi x buat , sebab tak ada yang makan lembik2 dalam rumah ni. tu yang asyik ulang buat pizza je, itu je yang anak2 suka :)

    ReplyDelete
  7. Kuih wajib ada sepanjang bulan posa.

    ReplyDelete
  8. yg coklat tu. and yg buah naga.
    ya Allah, menjemput selera.
    aida jarang buat agar2. x pandai.
    dadih je reti la, AJ. penyejuk tekak ketika berbuka.

    ReplyDelete
  9. uikk ada agar2 kemenyan tak penah dgr

    ReplyDelete
  10. Rasa nak try agar2 karamel tu. Agar2 kemenyan saya suka tapi selamani x tau nak panggil apa. Mungkin sebab dia ada bau sikit so dipanggil nama tu

    ReplyDelete
  11. agaq agaq sedapnya sejuk sejuk lalu kat anak tekak. hahaha

    ReplyDelete