Benih pokok bunga ni, ana ambil dari laman rumah wancu di kampung ana, Teluk Intan. Kalau di laman rumah wancu tu memang membiak sakan tak berjaga pun, merayap penuh di lantai simen parkir rumah. Dah beberapa kali ana bawa balik batangnya dan tanam tapi tak berapa menjadi. Pokok ni mak ana panggil bunga sarjan hassan jer. Di kampung ada dua jenis pokoknya, satu yang kat bawah ni lah, daun coklat bunga nya pink, dan satu lagi daun hijau  jalur putih bunganya merah. Dua-dua pun ana ada tanam dalam pasu tapi sehingga hari ini hat ini sahaja yang berjaya di biakan dan Alhamdulillah ia dah mula berbunga semalam. 

Laju lah ambik gambar dan simpan sini kerana inilah pertama kali ia berbunga. Pokok ni selepas ana cari di internet tak jumpa pun nama Melayu nya. Yang ada ialah nama dalam bahasa Inggeris iaitu silver leaf flame violet atau nama saintifik nya pula adalah episcia cupreate. Pokok ni jenis tanaman dalam pasu dan kalau di biarkan dalam pasu gantung ia akan berjuntai dan berbunga di hujung-hujung jutaian. Buat sementara ni ana masih letak dalam pasu di bawah dahulu,  mungkin lepas ia membiak dengan jayanya, boleh lah di alih ke pasu gantung nanti.





Bunga baldu episcia cupreata

Pokok bunga episcia ini juga ada yang panggil bunga baldu. Daunnya jenis licin dan bunga seolah seperti velvet atau baldu halus lembut. Daun dan batang nya seperti mengandungi cairan bila dipatahkan. Ana tanam pun dengan anak benih yang berakar dan pacak dalam tanah di dalam pasu. Agak sensitif juga penjagaannya, terlalu basah pun boleh mati dan kalau terkena pancaran matahari terik pun tak berapa tahan. Ana redupkannya di bawah teduhan pokok-pokok di laman. 





Seronok sangat bila melihat ia kian membesar dan membiak serta mula berbunga. Itupun selepas dua minggu ana siram dengan baja. Alhamdulillah nampak sihat dan ana ada dua pasu pokok episcia ni cuma ia dalam warna yang sama. Yang hijau berbunga merah tu dah tak hidup nampaknya, sedih sangat, In Shaa Allah kalau berpeluang balik kampung nanti, ana nak cuba ambil dan tanam semula. Jangan putus asa ye tak :)

Inilah antara aktiviti ana dan suami semasa PKP masih berlangsung ni. Syukur Alhamdulillah di rezekikan tinggal di kediaman yang berlaman dan boleh bercucuk tanam. Di bahagian belakang kami bertanam benih dan pokok sayuran serta herba dan di laman hadapan yang sekangkang kera ni ana hiasinya dengan pokok-pokok hijauan dan bunga-bunga. Petang-petang dapat melihat keindahan ciptaan Nya ini pun adalah nikmat yang amat di syukuri. Tanaman dan bunga ini bagaikan satu terapi minda bagi pencintanya. Dah berangan dah habis PKP nanti nak cari benih pokok bunga, lama dah tak tambah koleksi , kan. Apapun sama-sama kita terus berdoa semoga ujian Covid19 ini akan segera berakhir meninggalkan bumi Tuhan agar kita semua hambaNya dapat menjalani kehidupan yang sedia kala, aamiin. 

10 Comments

  1. Comel bunganya.Pink.Suka tengok kelilingnya macam ada berbiku-biku.

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok pokok ni di halaman rumah-rumah kampung.

    ReplyDelete
  3. Dulu ada juga...warna hijau pun ada...sekarang dah mati dah...tetapi bunga dia memang unik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang hijau kak ana punya ni macam tak berapa jadi Fida , nak try baja dan jaga semula

      Delete
  4. berbelit lidah nak sebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn jenuh kak ana cari namanya dalam BM tak jumpa lagi ni :)

      Delete
  5. Rajinnya menanam. Saya tangan panas. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya boleh share guna baja apa untuk pokok ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      saya guna baja bunga dari Speedmart sahaja puan, alhamdulillah sesuai untuk tanaman dna juga pokok2 bunga, yang baja warna hijau untuk tanaman dan yg pink untuk pokok2 berbunga. Hrga dalam Rm2 lebih jer rasanya :)

      Delete