Alhamdulillah musim buah mangga sekarang ni kan. Di merata tempat ana tengok banyak di jual buah mangga tak kira dari jenis yang pelbagai, mangga muda, cokonan, harum manis dan sebagainya. Asalkan mangga mestilah sedap kan. Ada yang suka mangga masam dan ada juga yang manis. Nii.. nak kongsi dengan korang tips nak beli buah mangga agar dapat yang manis, petua dia korang kena cari yang ada bintik-bintik hitam pada kulitnya tapi biarlah yang masih segar, usahlah pilih yang dah kecut pula. Kulit buah mangga ni yang segar kulit di tegang lagi. 

Okay berbalik tajuk kita hari ini , ana nak kongsikan di sini 5 menu yang sedap di buat dari buah mangga selain dari di makan segar. Kelima-lima menu ini adalah entri terbitan ana sendiri yang ana kompilasikannya untuk memberi perkongsian idea kita semua. 4 daripadanya menggunakan mangga masak ranum dan satu tu mangga muda. Jom kita layannn.. 




Pulut mangga 


pulut mangga


Menu dari Thai ni memang sedap lah kan. Kena pula kalau dapat pulut susu. Allahu cukup lemak manis makan pula dengan santan pekat dan di layan lagi kesedapan mangga masak ranum. Nak buat pulut mangga ni cuma kena masakkan pulut sahaja. Pertama kali ana masak pulut dalam periuk nasi elektrik Alhamdulillah menjadi masak elok sempurna dan tidak berkerak atau jelantah kata orang Perak atau mentah lah tu. Sukatannya sama macam masak nasi cuma kena masakkan dua kali dan lepas masak kita biarkan warm agak lama agar ia masak sempurna. Masak sekali dengan santan dan tambahkan secubit garam. 

Untuk santan tu korang boleh gunakan santan kotak sahaja sebab ianya cukup pekat cuma ana akan didihkan bersama secubit garam agar ia tak lah mentah dan sakit perut pula kalau makan bagi yang tak berapa tahan. Hiriskan mangga masak dan nikmatinya bersama, Subhanaallah pasti sedap dan menyelerakan. 


Jus mangga susu 


mangga susu


Ambil sebiji buah mangga masak ranum, basuh dan buang kulit kemudian hiris kepingan. Masukkan dalam blender dan masukkan susu pekat. Masukkan air sejuk dan terus blend sebati. Siap..memang sedap,cukup lemak manisnya. Jangan masukkan ais batu kalau nak hidangkan, masukkan ais kiub tu cuma di dalam gelas yang bakal di hidang, baru terasa pekat dan ia tidak mencair dengan segera.

Koktail mangga 


koktail mangga 


Potong dadu mangga, masukkan sumi menggantikan buah koktail kalau ada agar-agar pun okay juga, satukan ke dalam bekas . Panaskan seketika susu cair dan campurkan sedikit susu pekat untuk rasa kemanisan sedikit.Sejukkan seketika, ini kerana jika kita masukkan susu panas bersama sumi, maka hilang ghaib lah sumi-sumi tersebut mencair. 

Bila sejuk, campurkan susu ke dalam bekas sumi dan mangga tadi.Masukkan ais kiub dan sudulah sepuas hati. Lebihnya kalau ada lagi lah, masukkan ke dalam peti sejuk semula. Beres.Senangkan. 

Serawa mangga 


serawa mangga 


Serawa ni koktail orang Melayu lah kiranya, dan paling di gemari adalah serawa bachang atau serawa kuinin tapi nak buat dengan mangga masak pun tak kurang sedapnya. Kupas dan bersihkan buah mangga, kemudian di potong kecil-kecil. Masukkan kedalam bekas, tuangkan santan pekat  yang telah di tambah secubit garam. Rasakan dengan gula untuk menambah kemanisannya.Untuk lebih mengenakkannya, masukkan ketulan ais.Sedia untuk hidangan pencuci mulut.

Kerabu mangga 


kerabu mangga muda


Menu ni sedap sangat lah tapi selalunya ana gunakan mangga muda. Mangga masak pula kita boleh jadikannya sos salsa sedap juga, boleh lah cari di internet resepinya kerana ana tidak pernah terbitkannya sendiri. Ana lebih suka gunakan resepi terbitan sendiri daripada mengambil resepi terbitan orang lain. Jadi ana share kan disini resepi mangga muda sahaja naa . 

Bahan-bahan kerabu mangga 

Beberapa biji mangga muda 
Ikan bilis kopek dan bersihkan
Cili api
Serbuk lada 
Garam
Gula 
Sos ikan nampla ( jika suka ) ana tak letak pun 

Cara buat kerabu mangga 


1. Kupas kulit buah mangga muda,basuh dan toskan airnya biar kering. Hiris nipis atau kalau nak mudah gunakan penyagat. 

2. Tumbuk lumat ikan bilis yang telah di bersihkan bersama cili api mengikut kepedasan masing-masing. Taburkan serbuk lada dan tumbuk sebati. 

3. Satukan dengan hirisan mangga tadi, gaulkan dengan gula dan garam secukup rasa. Kalau nak letak sos ikan nampla pun boleh sahaja cuma hati-hati bila masukkan garam kerana sos ikan pun dah ada rasa masinnya. Ada orang perahkan asam limau, tapi ana tak pula sebab mangga tu pun dah cukup masam dah. Senang kan resepi kerabu mangga versi anajingga dot com ni. Sedap dan rangup bila di makan. Alhamdulillah. 


buah mangga telur

Apapun kalau dapat makan segar buah mangga pun sedap ya amat dah kan. Macam makan mangga telur tu ermm.. dapat sebiji kokak je terus tak payah hiris-hiris dah hehe. 

8 Comments

  1. Semua menyelerakan . Tapi CCL teringin laa menu serawa mangga tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jumpa mangga buat kay senang je tu :)

      Delete
  2. Mangga kita suka makan macam tu je...sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  3. Antara buah kegemaran PC ni kak Ana.Susah nak jemu.

    ReplyDelete
  4. mangga ni seminggu sekali mesti nak makan. kalau idak memang tak sah kannn

    ReplyDelete