Selepas di umumkan sahaja pergerakan rentas negeri di benarkan , ana terus dapat panggilan dari abah di kampung. Lain benar suaranya kedengaran girang sangat ajak anak cucu balik. Dalam hati ini tetap ada kegusaran walaupun benak jiwa meronta untuk pulang ke kampung halaman menatap wajah-wajah kesayangan. Aidil Fitri tanpa mereka merupakan Aidil Fitri yang amat sepi dengan pilu. Alhamdulillah ketika dibenarkan rentas negeri, Syawal masih ada bermakna masih sempat untuk beraya bersama mak, abah, mak saudara dan adik beradik. 

Cumanya kami perlu mempastikan jaga kebersihan dan keselamatan mereka yang di kampung kerana mak, abah dan wan adalah warga emas. Di situlah hadir sedikit kerisauan tetapi kami usaha dan selebihnya berdoa memohon perlindungan Allah swt. Covid19 ni kini tanpa symptom jadi siapa sahaja boleh jadi pembawa tanpa di sedari selagi kita tidak di saring, ye tak? Cuma setakad ni kita berbekalkan keyakinan sahaja lah selebihnya tawakal. 



Kami bertolak pulang ke Teluk Intan selepas solat subuh hari Jumaat .Malam Jumaat tu dah siap-siap isi minyak dan top up TnG kerana kami plan tak nak singgah mana-mana sepanjang perjalanan nanti. Untuk sarapan pagi, kami beli McD secara drive-thru sahaja dan makan dalam kereta. 

Sampai rumah mak, kami terus naik ke atas dan mandi bersih kan diri terlebih dahulu sebelum berjumpa mak dan abah. Tak ada salam-salam pun walaupun hati nak sangat mencium kedua mereka. Mak dah siap masak kari daging cincang dan kami tolong masakkan sayuran sahaja. Tengahari tu makan penuh selera air tangan mak. Adik ana sampai dari Manjung dan baharu lah meriah semula kami berkumpul adik beradik. Terpancar keriangan di wajah mak dan abah. 

Banyak yang kami bual kan macam-macam topik . Petang tu teringin nak makan rojak Mastan Ghani. Nak keluar pun masih malas sangat rasanya nak jumpa orang luar kan. Mujurlah sekarang di Teluk Intan pun dah ada FoodPanda. Order Mastan Ghani pun melalui Food Panda. Alhamdulillah lepas dah mengidam rojak Mastan Ghani. 


rojak Mastan Ghani 


Sepanjang hari kami cuma berada di rumah bersembang dan makan minum bersama mak, abah, adik dan ipar serta anak buah ana. Sampailah ke malam. Tak keluar ke mana langsung. Malam tu Adik Ika ada bawa permainan Saidina, haa... duk main dengan pak usu, mak usu dan sepupunya Haris, Kak Long dan ayahnya. Gelak ketawa seronok main macam-macam tipu helah nak menang. Mak Abah perati sahaja sambil menonton drama di TV. 



Sabtu pagi, mak minta ana ke pasar Teluk Intan kerana mak nak masakkan masakan kesukaan ana sekali lagi, masakan perut ikan. Jangan lah terkejut, bukan masak dengan isi perut ikan, nama masakan ni sahaja perut ikan, sejenis masakan sayuran dan isi ikan serta udang. Ana ke pasar cari ikan pelaling dan udang hidup serta bahan sampingan lain. Tak sampai 20 minit dah settle, secepat yang mungkin kami beredar dari pasar dan masa tu pun belum ramai pengunjung masih awal pagi. 

Dalam perjalanan balik ke rumah, singgah kejap rumah BFF ana, Ida. Itu pun cuma bertemu bawah pokok rambutan nya sahaja duduk di luar rumah kerana ana nak sampaikan hadiah cenderhati buat Ida sebagai hadiah Hari Raya kerana selama PKP ni Ida banyak berkongsi info COD barang-barang keperluan mak abah, tak cukup dengan itu, Ida siap hantar kuih raya dan masakan lagi untuk mak dan abah, terima kasih Ida, hanya Allah swt sahaja yang dapat mengurniakan pahala dan rezeki yang berpanjangan buat, Ida sekeluarga, Aamiin Ya Rabb. Rupanya Ida pun ada hadiah juga nak bagi kawan baiknya, sepasang baju kurung moden kain cotton, lawa sangat aihh!


hadiah dari Ida 


Sampai semula ke rumah, terus bersihkan diri dan baharulah turun ke dapur . Lepas sarapan kami siap-siap nak masak untuk makan tengahari. Semalam Adik ana, Lan ada bawa balik dari Manjung seekor ikan jenahak segar dari laut, besar ya amat. Gigihlah kami dua beradik siang ikan besar bersisik tu. Adik ipar ana, Julia masakkan masak lemak ikan jenahak. Ana dan Kak Long tolong opahnya awas-awaskan masakan perut ikan. Wancu dan wan pula datang makan bersama bawa ikan keli masak kicap. Ana tumiskan pucuk paku permintaan suami. Allahu.. nikmat yang di syukuri selalu. 


Ikan jenahak masak lemak 


inilah dia masakan perut ikan mak 


Selepas Zohor duk berkira pula nak makan mee jawa, adik pergi ke bazar petang di Kampung Banjar dan beli mee jawa. Lepas Asar, baru ana masuk ke kampung hantar wan dan wancu. Sambil cari pokok-pokok bunga nak tambah koleksi di rumah. Pokok-pokok viral sekarang ni kalau kat kampung ana bersepah je merata, cabut je dan tanam. Sempatlah ambil pokok keladi, pokok bunga ati-ati dan pakis. Dah siap tanam pun Alhamdulillah nampak subur di laman rumah ana. 

Lepas Maghrib kami bertolak balik ke rumah. Abah dan mak hulurkan salam dan kami salam tanpa mencium tangan. Cepat-cepat Kak Long sanitizer kan tangan opah toknya banyak-banyak. Ana cuma mencium kepala mak yang beralaskan anak tudungnya sahaja. Jadilah lepas rindu nak cium mak. Kerana selalunya setiap kali nak balik, mak akan cium kami semua, kali ini lain kaedahnya. Kami redha demi untuk kesihatan mak dan abah. 

Sepanjang perjalanan pun kami terus sahaja tanpa singgah di mana-mana. Jalan pun lancar. Alhamdulillah . Semoga pendamik Covid19 ini akan segera berakhir dan meninggalkan bumi Allah swt agar kita semua akan kembali kepada kehidupan yang normal. Paling tidak pun akan di ketemukan vaksin serta penawar bagi wabak ini, Aamiin. Teruslah kita berdoa di samping sebagai ikhtiar dengan mematuhi SOP norma baharu agar wabak ini dapat di putuskan rantaiannya tanpa perlu menjangkiti dan dijangkiti sesama kita, In Shaa Allah.

30 Comments

  1. terubat rindu mak ayah kak ana dgn ank cucu..
    alhamdulillah..

    first time sy dgr nama menu perut ikan..
    ikan kan perut ikan tuuu.. rupanya isi ikan.. hihihihi
    mesti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ezy, haah isi ikan bukan perut ikan hehe :)

      Delete
  2. bahagia nya baca kak... walaupun kejap tapi bahagia yang susah di ungkapkan bla jumpa keluarga tercinta. Dana masih tak dapat balik ke kampung lagi, edy susah nk cuti jadi nya kami baru nk cuba balik kampung hujung bulan ini, hati dah tak sabar nih... tapi itulah bila dah mula kerja dan susah pula nk cuti lagilah kerja swasta bukan boleh suka-suka cuti, sedangkan hati rasanya dah sampai kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah dana, semoga di permudahkanNya juga buat dana sekeluarga pulang ke kampung halaman, aamiin

      Delete
  3. Ya kadang kala tak dapat menolak makcik nak cium kedua-dua pipi.
    Unik lauk perut ikan. Pertama kali dengar.

    ReplyDelete
  4. Bila dapat balik kg tu, lain mcm perasaan dia kan..
    lagi2 bila dpat makan makanan kg :)

    ReplyDelete
  5. tentulah seronok dapat jumpa mak ayah setelah sekian lama.. mama je yg dah xde mak ayah huhuu

    ReplyDelete
  6. Seronok kan dapat balik kampung lepas berbulan bulan terperap dalam rumah sendiri. Betul kak Ana, memang lepas ni setiap kali balik kampung kena mandi dulu apa semua baru boleh salam berborak macam biasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nani, semua pun untuk keselamatan kita bersama, in shaa allah

      Delete
  7. Alhamdulillah.. cantik juga hadiah tu :)

    ReplyDelete
  8. Macam dapat vitamin kan Kak Ana bila boleh balik kampung.Ringan jiwa.Ringan fikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya PC alhamdulillah baru lah rasa ceria semula

      Delete
  9. Camne rasa perut ikan tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam kuah laksa lebih kurang cuma ada aroma sayuran macam daun kaduk dan daun limau purut tu DP :)

      Delete
  10. Mcm2 perasaan berbaur dlm hati saya kak ana, rasa mcm saya berada kt tmpt kak ana, sayu bercampur bahagia., tumpang rasa seronok kak ana berkumpul bersama mak ayah dan adik beradik...bahagianya..
    Ajarlah juga kami resepi lauk perut ikan tu. Cam sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu azimah satu kelegaan sangat sekarang ni. Hehe ada kak ana terbitkan resepi nya di https://www.anajingga.com/2018/06/resepi-masakan-nyonya-peranakan-perut.html

      Delete
  11. syok buleh blk kg.. blk kg je mesti up gambar menu best2.. tak sabar nak balik time raya haji ni plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan HH, semoga dipermudahkanNYa buat HH kelak, aamiin

      Delete
  12. rindu mak ayah kpd anak cucu terlerai sudah

    ReplyDelete
  13. Menyenangkan dapat bertemu kembali dengan ayah.

    Sepertinya sedap betul masakan perut ikan buatan ayah anda .., saya ingin mencicipinya.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..terubat kerinduan.

    ReplyDelete
  15. Saya pun sempat balik kak.. Dah lama tak balik kampung, bila dah habis cuti rasa beratnya kaki ni nak balik. Risau entah bila boleh jumpa lagi.Kita bukan tau apa nak jadi pulak lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar sangat D, sama-sama kita berdoa agar semua ini akan pulih sedia kala, aamiin

      Delete