Sebelum ni ana ada terbitkan entri resepi biskut florentine di SINI , masa tu ana buat biskut florentine ni jenis yang di potong kepingan empat segi. Agak susah juga nak dapatkan bentuk yang sama saiz dan mudah pecah bila di potong walaupun ketika masih panas. Belum begitu pro lah tu, hehe 😀😀 . Sebelum hari raya hari tu, ana dan anak-anak buat sekali lagi biskut florentine ni sebab batch yang pertama tu dah habis sebelum raya. Benda sedap kan buat kudapan cepat je habis krup-krup mengunyah kekacang lepas buka puasa. 

Untuk kali kedua ni, ana cari di internet, cara buat biskut florentine berbentuk bulat. Haa.. senang je rupanya, cuma perlu gunakan acuan dengan menggunakan paper cup cake. Tak kira lah paper cup untuk saiz muffin atau pun kek, cuma bukan lah saiz yang kecil tu sebab nanti biskut florentine kita pun jadi kecil-kecil lah kan. Cari saiz muffin atau cup cake, comel-comel lah kejadian biskut florentine kita nanti. 



Cara buat biskut florentine bentuk bulat

Resepi dan Cara buat Biskut Florentine 


Bahan-Bahan Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies):

50gm Kuaci

50gm Kuaci Biji Labu

100gm Badam Keping

100gm Tepung Florenta

10gm Bijan Hitam

Cara-cara buat biskut florentine :


Ratakan kuaci, kuaci biji labu dan badam keping ke dalam loyang dan bakar selama 5 minit pada suhu 160°c.
.
Masukkan tepung florenta dan bijan hitam ke dalam mangkuk dan campurkan dengan bahan kekacang yang kita bakar tadi.  Gaul rata. 
.
Sudukan ke dalam bekas paper cup tapi biar nipis sahaja lapisannya. 




Bakar selama 10 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 160°c.



Dah masak kupil kan keluar dari acuan paper cup tadi dan terhasillah biskut florentine yang cantik berbentuk bulat. 

Bekas paper cup tu ana gunakan semula lepas di keluarkan biskutnya. Kalau guna teknik ni kita tak perlukan parchment paper dah. Selamat mencuba kay.

18 Comments

  1. Guna paper cup cantik je kejadian biskut florentine kakna 😊. Dah tau tau rahsia ni lepas ni blh buat banyaaak lagi hihi

    ReplyDelete
  2. Senang tak payah potong-potong dan takde yang pecah.
    Rupanya pakai acuan paper cup rupanya.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. elok sikit dari yang kena ptong2 tu SR hehe :)

      Delete
  4. SEDAP BISKUT NI ISI DLM CUP ELOK CANTIK

    ReplyDelete
  5. bila lh nk cuba buat sekut nih... awal-awal dulu orang kata tepung florentine tu mahal sikit... itu yang tak tertry2, tapi iyelah benda mudah kan heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Dana tepung dengan kekacang tu boleh tahan gak harganya hehe :)

      Delete
  6. Mmg nak try buat, tapi tak jumpa tepung florentine tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jual kat kedai bakery kolin pii cari :)

      Delete
  7. Comel je kejadiannya.. Lebih senang macam nie.. Tak yah nak potong-potongkan kak ana..

    ReplyDelete
  8. nieyl buat juga guna papercup yang tebal tu utk muffin

    ReplyDelete
  9. Sedap.Bila bulat-bulat ni lagi bertambah cute je.

    ReplyDelete