Esok 24hb Jun 2020, In Shaa Allah anak-anak Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara akan kembali ke sekolah selepas di rehatkan hampir 3 bulan lebih kerana Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama hinggalah ke PKPP yang sedang dilalui kini. Ana pasti, sebagai ibu bapa pasti akan ada rasa sedikit kebimbingan akan keselamatan anak-anak, namun pesanlah pada anak-anak tanpa jemu untuk menjaga keselamatan dan kebersihan diri sendiri, patuhi peraturan SOP persekolahan yang di berikan serta tidak lupa berdoa kepada Allah swt semoga di lindungiNya dari segala keburukan. Aamiin. 

Namun hari ini, ana mendapat perkhabaran bahawa terdapatnya pula pindaan pada takwin Penggal Persekolahan untuk tahun 2020 ini. Merujuk kepada laporan BH Online menyatakan " Kementerian Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid. KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pindaan membabitkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari.


Takwim Penggal Persekolahan 2020 dipinda



Sekolah dari kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan kumpulan B membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

"Selain itu, cuti akhir tahun bagi sekolah dalam kumpulan A dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari manakala sekolah dalam kumpulan B dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari," katanya.




KPM menyatakan jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020 adalah 168 hari bagi semua sekolah.

Katanya, bilangan hari pembelajaran di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah 56 hari bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan bilangan hari pembelajaran di rumah dan bagi sekolah dalam negeri kumpulan B adalah 55 hari.




Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang sudah dipinda boleh diperoleh melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-persekolahan-pindaan-2020.

Selamat kembali ke sekolah buat warga pendidik, kakitangan serta anak-anak murid sekalian, semoga semuanya akan baik-baik dan di lindungi Allah swt serta di permudahkanNya segala urusan, Aamiin. 

4 Comments

  1. Selamat kembali ke sekolah cikgu n murid,jaga diri patuh SOP

    ReplyDelete
  2. adoi pening baca.. cuti sekejap je nanti ye budak2.. si syafi pula tak tau la nx year mcm mana nak masuk ting 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak perubahan dalam kehidupan pasca Covid ni kan mama

      Delete