Bertahun juga rasanya ana tak ke Nilai 3 , kali terakhir pergi seingat ana dalam 5 atau 6 tahun lepas. Ana ni jenis yang kalau tak ada benda nak cari, atau kalau tak kebetulan lalu tempat tu jarang nak pergi sesaja. Nilai 3 ni tempat kalau nak cari karpet, langsir atau barang-barang hantaran memang banyak pilihan. Tapi beza dengan dahulu, kalau dahulu memang meriah kedai-kedai kat sini, sekarang ni dah ada kawasan baharu di bahagian hadapan. Ruang perniagaan yang lama dulu tu dah tinggal dan terbiar sahaja nampaknya. 

Era pasca Covid19 ni, setiap kali nak mulakan perjalanan kita perlu sangat merancang masa. Kami bertolak awal-awal pagi dan plan nak sampai Nilai 3 dalam jam 10 pagi macam tu. Pertamanya kerana tak mahu bersesak dengan orang ramai, dan yang kedua, memandangkan masjid dan surau masih tak di benarkan solat , kami plan nak sampai rumah sebelum habis waktu zohor. Tapi biasa lah dengan budak-budak ni , berhenti sarapan, last-last sampai dalam jam 11 lebih juga. Alhamdulillah, orang masih tak ramai dan senang dapat parkir kereta. 



Murah tak karpet di Nilai 3 


Kedai pertama yang kami singgah adalah kedai menjual karpet. Serius memang pelbagai pilihan karpet di Nilai 3 ni, murah tak harga karpet kat sini ? Ia bergantung pada jenis karpet. Kalau yang nipis, buatan China tu murah lah ana tengok. Macam-macam saiz dan pilihan, ada beberapa jenis bergantung pada kualiti. Ikut lah bajet masing-masing. Untuk ana, ana memang minat karpet dari Timur Tengah, jenis tebal dan tahan lama. Corak pun sangat evergreen.




Sebelum ni, ana ada beli sehelai karpet Turki di sekitar kediaman ni, harga nya dalam RM450, bila ana tengok jenis ketebalan dan saiz yang sama di Nilai 3 ni harganya lebih murah sedikit, selepas harga diskaun boleh dapat dalam RM400 . Jadi bila di lihat perbandingan dengan jenis dan kualiti yang sama, ia memang lebih murah di sini. Memang meriah kedai-kedai karpet, ramai pengunjung membeli belah. Ana tak beli pun sebarang karpet kerana dah beli hari tu kan, jadi tak perlu lah rasanya. 




Kedai lampu di Nilai 3


Destinasi kedua, berhadapan dengan kedai karpet, kami singgah ke kedai lampu. Rambang mata pula tengok lampu-lampu kat sini dengan design-design terkini. Harganya pada pandangan pertama memang murah-murah. Kebanyakannya di bawah RM100. Ada beberapa design yang sama dengan yang pernah kami lihat di IKEA, tapi harganya jauh lebih murah di sini. Kebetulan Adik Ika memang nak cari lampu untuk bilik tidurnya. Sebelum ni dia bercadang nak beli lampu yang diingininya di IKEA, tapi bila lihat di sini lebih murah, kami beli satu set lampu trend terkini. Harganya cuma RM85 tidak termasuk mentol. Bezalah dengan di IKEA . 




Suami pula berkenan dengan satu set lampu gaya moden untuk menggantikan lampu di ruang tamu rumah kami. Memang ana pun ada cadang nak makeover ruang tamu dan bila dah jumpa set lampu yang berkenan dan murah, kami terus beli. Harganya cuma RM 75 sahaja tidak termasuk mentol. Mentol ni ada pelbagai jenis yang boleh di suai padankan dengan lampu yang di beli. Settle dapat dah dua set lampu di bawah RM100 sahaja harganya. Bila kami bawa balik dan dah siap pasang sesaja tengok di Shopee, huhu. Harga di Shopee jauh lebih murah rupanya. Tak apa lah sebab lampu ni tak  berapa berani juga nak beli online. Takut pula tak sama seperti yang di iklan kan ye tak. Kira halal lah benda dah beli kan. 😊😊 

Tempah langsir di Nilai 3

Misi utama kami ke Nilai 3 adalah untuk mencari langsir bilik tidur utama. Banyak kedai langsir di sini dengan pelbagai pilihan fabrik dan yang menariknya kita boleh menempah terus jahit kain langsir mengikut pilihan. Cuma pastikan ukuran langsir rumah tu tepat lah kan. Jadi kalau korang plan nak tempah langsir di Nilai 3 ni, pastikan ukur siap-siap saiz langsir yang korang nak tempah tu. Ambil sukatan panjang dan tinggi langsir atau saiz sliding atau tingkap korang, nanti tahu lah sales girl dia buatkan ukuran.




Murah tak murahnya langsir di Nilai 3 ni mengikut jenis fabrik dan design yang korang nak. Ikutlah bajet masing-masing. Harga yang di pamerkan adalah mengikut harga 1 meter kain langsir tak termasuk upah jahit dan design. Itu kiraan lain. Pilih kain terlebih dahulu, bagi ukuran dan akan di kira berapa harganya. Tapi jangan risau , ada juga harga langsir yang dah siap di jahit dan ikut jenis fabrik. Terpulang lah pada kehendak masing-masing.




Kami singgah dan berkenan dengan kain langsir di EB Curtain, semeter kain langsir yang ana pilih ni cuma berharga RM15 sahaja. Kain tebal dan berat sesuai untuk night curtain bilik utama. Saiz langsir kami ni memang unik sebab ia besar dan luar ruang kaca nya bukan tingkap biasa. Saiz tinggi langsir sahaja dah sukat awal-awal 280 cm dengan bidang kain 60 inci lebar. Kami perlukan dua keping langsing. Jadinya harga kain sahaja RM90 , kami tempah langsir jenis french pleat sahaja jadi cuma perlu bayar harga tape sahaja, kerana upah jahit untuk french pleat adalah percuma di sini. Lainlah kalau design lain akan di kenakan upah jahit mengikut design tertentu. Jadi semuanya dalam RM 95 sahaja untuk dua keping langsir. Alhamdulillah.




Bila dah siap ukur dan bayar, kami di janjikan siap dalam masa 1 jam. Sementara menunggu siap langsir kami ke Aeon Mall untuk makan tengahari. Tak berani sangat nak makan di food court di sini kerana agak sesak pula dan kawasannya agak sempit. Dalam sejam lebih juga ronda-ronda Aeon Mall kami datang semula ke Nilai 3 Wholesales , dan dah siap langsir. Masa ni orang ramai dah mula sampai dan payah dah nak dapatkan parkir. Ambil langsir dan terus pulang ke rumah. Bawa balik dah pasang, Alhamdulillah elok sesuai dengan saiz bilik kami. Berbaloi juga lah kunjungan ke Nilai 3 kali ini. 

Nilai 3 masih ramai di kunjungi dan membeli belah. Semuanya mengikut pada bajet masing-masing. Ada barang yang mahal dan ada yang murah. Mana-mana pun sama kan. Cuma kalau kita ada tujuan nak datang dan membeli belah mudahlah nak buat pilihan. Perabot, langsir, karpet, baju-baju, barang-barang hiasan dan hantaran dan macam-macam ada di jual. Buatlah pilihan mengikut bajet dan kehendak masing-masing. Rancang perjalanan dengan baik naa. 


22 Comments

  1. dekat je ngan umah mertua but jarang gi. kalau ada yg nak di cari baru gi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan MA, kalau tak bersebab memang tak pergi la kan :)

      Delete
  2. kalau dekat nilai 3 tu menarik jugak untuk dilawati... cuma rasanya dah tak semeriah dulu nilai3 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Dana tak semeriah dulu tapi tetap ramai juga pengunjung nya masa kak ana pii ni :)

      Delete
  3. Tak pernah pergi lagi nilai 3 ni.

    ReplyDelete
  4. Kami pergi beberapa minggu lepas, survey2 je pun. rasanya kalau g nilai berbaloi beli langsir. sebab sejam pun buleh siap. ugut je cakap eh kami jauh ni xleh datang esok. nak siap petang ni je, pasti dorang berlari g jahitkan langsir kita. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu main ugut2 ye HH, kak ana tunggu sejam gak lah siap dah langsirnya :)

      Delete
  5. sy pernah sampai sekali je kat sni..
    lepas tu xde kesempatan lg nk pergi..
    seronok jgk cuci2 mata kat sni.. hihi

    ReplyDelete
  6. PC baru pergi sekali ke nilai 3 ni kak Ana.Dah bertahun pun.Ada juga perancangan nak pergi lagi.Nak cari karpet cadangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. karpet banyak pilihan dan harga ikut kualiti PC tapi pada kak ana murah lah dari di KL ni harga karpet di nilai ni

      Delete
  7. Nilai 3 memang syorga dunia untuk kaum wanita kita-kita ni. tak letih pon kalau buat tawaf cuci mata hehehe

    ReplyDelete
  8. Dulu masa kecik ikut mak ke sini, rimas dan panas. Dah umur macam ni, baru saya faham erti syurganya Nilai ini ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kanak2 bosan lah kan Syaz mak2 je seronok :)

      Delete
  9. walaupun dah 4tahun belajar kat Nilai, jarang betul nak pergi Nilai 3.. Last pergi Nilai 3 pun tahun lepas kot sebab nak cari tilam untuk member.. Yang bestnya kat sini sebab boleh tawar menawar..

    ReplyDelete
  10. Memang rambang mata jalan kat nilai 3 ni. Beli cermin besar letak kt ruang makan hehe

    ReplyDelete
  11. boleh tahu x kedai karpet tu nama ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai karpet banyak kat sana, singgah je mana2 harga sama je rasanya ikut jenis dan kualiti. tak ingat pula nama kedai ni tapi dia besar dan luas serta berhawa dingin banding dengan kedai2 lain. terletak kat corner lot hehe :)

      Delete