Memang cantik kecil molek je pokok fittonia ni kan. Tengah trending sekarang sana-sini orang dah mula koleksi fittonia. Ana belum pernah ada pokok ni, tapi bila tengok ada 12 variasi warna macam menarik pula nak hunting dan mula kan koleksi. Kecomelannya memang tak boleh bawa bincang kata orang sekarang. Terjebak juga akhirnya. 


koleksi pokok fittonia 

Gigihlah ke nursery Sungai Buloh menjejak fittonia. Kami pii hari Selasa sebab kalau hujung minggu memang sesak kat sini. Ramai orang datang mencari pelbagai pokok bunga dan tanaman. Musim berkebun sekarang ni kan. Dua tiga nurseri ana masuk, habis dah stok fittonia ni. Dapat lah kat satu nurseri ni, amoy tu ambil dari dalam stor, baru sampai katanya. Satu pot kecil ni berharga RM7 , dia offer 3 pot RM20. Okay lah tu kan. Ana pun beli 3 pot dahulu, try tanam tengok macam mana ye tak ? 




Bawa balik petang tu terus ana re potted kan ke dalam pasu yang lebih besar. Pasu ni beli kat kedai Eco jer 2 pasu RM2. Tanah pun macam selalu ana beli dari kedai Eco juga. Serasi pula tanam pokok dengan tanah kedai Eco ni. Menjadi, Alhamdulillah. Ana kongsikan cara re potted pokok fitonia ni di youtube di bawah. Senang sangat cuma tanah tu kena tinggi searas pasu sebab pokok fittonia ni kecil dan halus, tak cantik kalau tenggelam dalam pasu. 



Beberapa fakta mengenai pokok fittonia 

Menarik pula bila ana baca beberapa fakta mengenai pokok fittonia ni dari beberapa blog gardening. Antaranya pokok bunga fittonium dinamakan sempena pengarang buku teks botani pertama, dua orang adik beradik  dari England bernama  Elizabeth dan Sarah Fitton pada abad ke-19. "Fittonia" tidak beracun, dan tidak boleh membahayakan sama ada kanak-kanak atau haiwan. Ia membersihkan udara dengan baik, melembapkannya




Tips penjagaan pokok fittonia 

Pokok fittonia lebih sesuai sebagai tanaman indoor atau di dalam rumah. Untuk ana sendiri letakkannya di bawah parkir berbumbung atau porch hadapan rumah kerana ia tidak mampu hidup di bawah cahaya panas terik atau direct sunlight. Ia memerlukan teduhan untuk kekal hidup. Ramai memilih untuk menjadikannya tanaman di dalam ruang rumah. 





Pokok fittonia memerlukan kelembapan yang tinggi untuk kekal subur dan membiak dengan baik. Siraman perlu di lakukan mengikut keperluan dan kelembapan tanah. Jangan terlebih siram kerana takut ia akan terlebih air dan akar jadi busuk dan mati. Selalu periksa kelembapan tanah sebelum menyiram, naa. Jika daun bertukar menjadi warna coklat dan kering bermakna ia kekeringan dan kurang air. Pastikan ia di siram cepat sebelum pokok rosak.

Ana dah mula menabur baja selepas seminggu ia di re potted kan ke pasu yang lebih besar. Baja juga tidak perlu terlalu kerap dan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.Bila dah mula baja jangan abaikan kelembapan tanah supaya pokok akan kekal subur, In Shaa Allah. 




Cara pembiakan pokok fittonia 

Ana di fahamkan terdapat 2 cara kaedah pembiakan pokok fittonia namun belum lagi mencubanya sendiri. 

1. Membahagikan semasa pemindahan - antara kaedah yang kerap di gunakan. Kaedah ini boleh kita lakukan selepas membeli pokok dan semasa re potted. Pecahkan pokok kepada pasu-pasu lain dan secara tak langsung akan memperolehi anak pokok baharu di situ. Proses ini perlu teliti supaya tidak merosakkan akar pokok semasa menanamnya.

2. Keratan - Pembiakan dengan keratan batang boleh dilakukan di rumah pada keadaan suhu yang betul dan tanah dan kelembapan yang sesuai untuk pembiakan hidup subur. 

Inilah serba sedikit info yang ana perolehi daripada beberapa blog tanaman yang dapat ana simpulkan untuk pengetahuan kita bersama. In Shaa Allah ada rezeki ana ingin menambahkan lagi variasi aneka warna pokok fittonia yang cantik ni. Memang terapi minda sangat bila dapat melihat pokok-pokok yang kita tanam hidup subur dan penuh kendahan ciptaanNya. 

26 Comments

  1. memang cantik pokok nih kak, yang warna pink tu lagi lah menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel sangat dana, ada 12 semuanya berlainan corak hehe :)

      Delete
  2. Cantek pokok ni. kat rumah mak ada satu dua pasu..

    ReplyDelete
  3. Dari dulu saya berkenan dengan pokok ni, cantik sangat

    ReplyDelete
  4. cantiknya.. lebih kurang macam pokok setawar la ye.. tak payah siram air hari2.. cuma tanah nak lembab je..

    ReplyDelete
  5. Bagus akk ni, semua pokok kenal nama ye. Sy ni selalu kenal pokok tapi tak tahu nama. Sudahnya nak cerita kat org pun tak tahu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun sebab kak ana join group FB kelab bunga2 ni PH hehe :)

      Delete
  6. CANTIK FFITONIA MACAM2 WARNA MENYERI RUANG RUMAH

    ReplyDelete
  7. Pernah tengok baru tahu nama pokok ni. Cantik laa

    ReplyDelete
  8. Cantik-cantik keluarga fittonia ini ye! Kalau ada koleksi dalam taman sendiri, seronoknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tengah duk hunting lagi ni Amie :)

      Delete
  9. cantiknya daun dia. pokok ni tak menjalar ke kak ana?

    ReplyDelete
  10. cantik2 pokoknya kak.. rajin menjaga membelai pokok mmg tumbuh subur. macam mak saya juga ni eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah usia mak2 ni main dengan pokok bunga tu terapi minda katanya CT :)

      Delete
  11. saya tengah tanam pokok ni jugak sekarang...and skrg nak tambah collection lg.. pokok ni senang jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh memang akan hunting kan HR untuk dapatkan semua koleksinya :)

      Delete