Bila kat rumah ni ada buah durian, teringin pula nak makan pulut durian. Sejujurnya ana tak berapa pandai tanak pulut atas dapur ni, sebelum ni kalau masak menu berpulut, ana akan kukus. Cuma remeh juga lah prosesnya, kena rendam semalaman, pastu kukus kali pertama, dan kukus kali kedua dengan santan pula. Masa bulan puasa lepas, ana adalah buat pulut mangga, berjaya juga masak pulut dengan menggunakan periuk nasi letrik atau rice cooker sahaja. Itupun belajar dari video seminit Khairulaming.

Jadi kali ini, kira dah berani lah nak masak pulut dengan rice cooker. Senang pun senang, tak perlu rendam, beli terus masak, cepat pun cepat dan hasilnya pun elok tak jelantah dan tak lembik sangat. Jom ana nak kongsikan dengan pembaca blog cara masak atau orang utara kata tanak pulut dengan rice cooker ni. 



Cara masak pulut dengan menggunakan periuk nasi letrik 


Ana beli sekampit beras pulut dari kedai Acheh , kampit kecil ni cuma 500g atau setengah kilogram sahaja lah. Caranya seperti di bawah atau boleh lah tonton di youtube channel di bawah ( jangan lupa subsribed naa ) : 




1. Basuh beras pulut dan bilas bersih, toskan di dalam tapis. 

2. Masukkan ke dalam periuk nasi, isi air kosong sama paras dengan pulut sahaja. 

3. Masukkan seikat daun pandan jika suka sekadar untuk aroma tradisional sahaja. 

4. Tekan button 'cook' dan masak hingga 'warm'. 

5. Bila dah 'warm', masukkan santan pekat sedikit demi sedikit sambil menggaul rata dengan pulut yang dah separuh masak tadi hingga sebati. Santan tu letakkan secubit garam kay. 

6. Masak semula dengan menekat sekali lagi "cook " di rice cooker sehingga 'warm' sekali lagi. Kali ini jangan off suiz periuk nasi tetapi biarkan ia masak sempurna dalam 30 minit lagi pada tahap 'warm'. 

7. Bolehlah sedia untuk hidangan pulut yang dah siap di masak. 

Mudah kan. Cuma kena teknik yang betul, In Shaa Allah akan masak dengan eloknya. Boleh lah buat kuih seri muka ke, pulut panggang ke, atau buat pulut durian atau pulut mangga. Selamat mencuba naa :)

12 Comments

  1. Musim durian ni memang ramai orang cari pulut

    ReplyDelete
  2. betul, bila nak rendam semalaman lah, kukus dua kalilah, tu yang malas nak masak pulut, rupanya ada cara senang kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cepat kita tanak je kan dalam rice cooker ni :)

      Delete
  3. Tq kak Ana share step by step. Ouh air kena letak sama paras dgn beras pulut ek. Okay.

    Lagi mudah guna periuk eletrik nasi tu berbanding kukus tu renyah sikit.

    ReplyDelete
  4. MUDAH SAJA MASAK PUUT DGN RICE COOKER

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ni kali kedua cuba dan alhamdulillah elok cantik kejadiannya PI :)

      Delete
  5. wah, bolehlah cuba ni. Tak rajin juga nak kukus-kukus. Hehe. Terima kasih, kak :)

    ReplyDelete
  6. Kalau xgaul santan xpe ke? Terima kasih

    ReplyDelete