Mereka juga punyai hak di mukabumi ini
Isnin lepas, terpanggil rasa nak menonton rancangan Majalah 3. Sedangkan sebelum ni dah lama tak menonton mana-mana rancangan TV. Rupanya slot pertama berkisahkan sukarelawan dan insan-insan berhati mulia yang berkongsi kasih sayang terhadap kucing-kucing jalanan. Seorang wanita yang memberi perlindungan kepada kucing-kucing jalanan di sebuah perkampungan tepi pantai yang di panggilnya "Cat Beach ' di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Pantai ini terdapat puluhan kucing yang di jaga dan di rawat oleh sukarelawan . Tersentuh hati melihat mereka memberi perlindungan kepada anak-anak kucing jalanan, di bawa pulang dan di berikan rawatan dan perlindungan sebaiknya. Korang boleh sahaja singgah ke https://catbeachpenang.com/ untuk menghulurkan sumbangan , mengambil kucing sebagai kucing peliharaan (adopt ) atau pun hadirkan diri sebagai sukarelawan di sana.
Twinky Winky ( yang terngaga ) dan JJ |
Kemudian turut sama beberapa anak muda yang gigih mencari kucing-kucing jalanan dengan memberi makanan dan rawatan serta belaian kasih sayang. Dan juga tampil seorang lelaki yang menunggan motor sekitar bandar juga untuk memberikan makanan kepada kucing-kucing jalanan ini. Allahu.. inilah jihad mereka dan pastinya ia bukanlah satu perbuatan yang sia-sia kerana ganjaran pahala yang berpanjangan buat mereka semua. Ternyata masih ramai hamba Allah yang berhati mulia di atas muka bumi ini.
MingMing ( hitam putih ) dan Jingga Junior (JJ) oren |
Okay, cop!! Kucing oren dalam foto tu anak kucing ana, Twinky Mingky namanya dan dia tidur tu ya amat lena sampai ternganga, bukan nya tersiksa atau apa-apa ye hehe. Tiga ekor anak Cholo entah generasi ke berapa dah tak berapa ingat dah. Sebelum ni pun 3 ekor abang dan kakak depa, Racheal Mia Misha ( Richie ), Yutta Kitty dan YangYang . Sayangnya YangYang dah tak ada pergi meninggalkan kami bersama kandungan nya, dan Richie pula menghilangkan diri tak balik-balik yang ada Yutta Kitty sahaja bersama 3 adik baru nya ni, Twinky Winky, Jingga Junior ( JJ ) dan MingMing.
Yutta Kitty |
Amatlah marah dan sedih bila sekali lagi kita di kejutkan dengan kisah 3 ekor anak bulus yang tak berdosa di aniaya dan di seksa hingga mati sekali lagi di dalam mesin dobi layan diri. Kejadian pun di bandar yang sama dengan ana. Walaupun si pelaku di dapati tidak siuman namun masih terasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku. Wajarlah dia di hukum di hantar ke rumah sakit jiwa dan di kurung di sana kerana bimbang akan ada lagi kucing-kucing lain menjadi mangsa.
Kemudian tular pula video ( ana tak tengok pun tak mampu ) anak kucing di siram petrol kemudian di bakar hidup-hidup. Berlarian kucing tu menyelamatkan diri dan kesakitan. Allahu. Entah hidup atau sebaliknya. Kejamnya si pelaku. Siap di rakam pula penyeksaan itu. Gila juga kah kamu ? Atau ini lah didikan hati kamu yang penuh dengan kebencian dan kejahatan tanpa ada secebis ehsan! Tak pasti di mana kejadian namun ana doakan si pelaku akan dapat balasan setimpal di dunia apatah lagi di akhirat nanti, pastinya.
Rasanya dah beberapa kali ana terbitkan bahawa anak-anak kucing malahan haiwan-haiwan lain juga punya hak untuk menghuni mukabumi Tuhan ini. Mereka bukanlah menyusahkan sesiapa cuma minta secebis ehsan dan ruang serta mengisi perut yang lapar dan kesejukan. Tapi itu lah ada sesetangah jiwa manusia ini tidak terdidik dengan keimanan dan kasih sayang hingga memandang haiwan-haiwan lain tidak punya hak untuk sama-sama menumpang di bumi Allah swt ini. Didiklah anak-anak dengan jiwa ehsan, kasih dan sayang sesama makhluk In Shaa Allah akan lahir generasi yang baik-baik.
14 Comments
Cikbunga pon ade tgk jugak... Kat rumah belum ada lagi cat, sebab tumah taman, takut cat tak bebas nak gerak, wish me dpt rumah yg ade laman, boleh boleh bela cat 🐈🐈
ReplyDeleteaamiin in shaa allah Cik Bunga, betul tu nak bela kucing ni kena ada ruang juga untuk mereka dan keselesaan kita juga kan :)
Deletekalau jumpalah si kema2 tu mama rasa nak masukkan aje diorang dalam dryer juga.. huhu
ReplyDeletehehe
DeleteMemang rasa sangat sedih bila baca tentang penganiayaan dan penderaan kucing di media sosial. Perbuatan mereka ni memang tak terfikir dek akal!
ReplyDeletebetul tu amie apalah dosanya kucing2 ni jadi mangsa mereka yang kejam sangat tu kan
DeleteSadis perlakuan mereka, tak terbayang dek akal :(
ReplyDeleteRasa nak singgah juga ke cat beach tu kalau ke Penang.
boleh lah singgah nanti PH kalau ke Penang nanti
DeleteEntah apa ada dalam fikiran mereka yang kejam tu, tak ingat Tuhan agaknya
ReplyDeleteentah lah kan Syaz hilang kewarasan sungguh
DeleteManusia,haiwan dan tumbuhan kita semua Allah cipta kan kak.Sama-sama menghuni alam ini.Saling memerlukan satu sama lain.PC percaya jodoh.Bila kita pelihara haiwan itu pun jodoh juga.Bila Allah izin kita jaga,jagalah sebaiknya.Tak nak jaga jangan aniaya.
ReplyDeletekalau semua insan berfikiran sebegini pasti dunia ini penuh kasih sayang dan keindahan kan PC
DeleteKat rumah ni, wak pun ramai ternak kucing.
ReplyDeleteAlhamdulillah wak, pahala berpanjangan buat wak sekeluarga, aamiin
Delete