Bayam brazil lagiii.. Dah tu yang senang nak di masak petik-petik jer belakang rumah kan. Sebenarnya ana sahaja jer ber experiment dengan bayam brazil ni jadikannya pelbagai menu. Mungkin nanti boleh lah rangkumkan sebagai satu entri menu-menu sedap dari bayam brazil hasil tanaman kami. Ana lebih suka mengkompilasikan resepi dan entri terbitan sendiri dari ambil resepi dan terbitan orang lain sebagai rangkuman sebuah entri. Sama macam kita tak suka orang ambil entri tanpa izin, orang lain pun macam tu lah juga kan. Jangan ghairah nak kejar trafik dan earning takut tak berkat . Peringatan untuk kita semua naa.. Khasnya yang menjana income dari blog, banyak perkara yang harus kita jaga sebaik mungkin. 


Sup cendawan bayam brazil

Resepi sup cendawan bayam brazil 

Beli sepeket cendawan tiram dari kedai acheh semalam, ada pula fishball di dalam peti sejuk. Cadang nak buat sup cendawan sahaja. Tengok macam tak menarik lak dan tak muai sebab sikit je cendawan ni sepeket. Petik-petik bayam brazil kat pasu belakang rumah ni, ana campurkan dalam sup cendawan. Alhamdulillah, sedap gak buat hirupan. Resepinya mudah sangat untuk di cuba.

Bahan-bahan 

1 paket cendawan tiram - carik-carikkan
1 peket bebola ikan (fishball)
beberapa pucuk bayam brazil ( ambil pucuk dan juga daunnya )
1 biji bawang putih - di ketuk
2 ulas bawang kecil - mayang halus
2 biji cili api - hiris 
sos tiram
garam
minyak untuk menumis

Cara masak sup cendawan bayam brazil 


- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api.
- Masukkan fish ball biar garing.
- Masukkan cendawan tiram 
- Masukkan sos tiram.
- Tambahkan sedikit air untuk kuahnya.
- Selepas sekali didih baharulah masukkan bayam brazil. 
- Rasakan dengan garam dan matikan api. Baharulah bayam brazil rasa fresh dan tak over cooked. 

Sedap sebagai sayuran di makan dengan nasi atau sebagai hirupan pun sedap panas-panas. Selamat mencuba . 

20 Comments

  1. kadang2 kalau takde stok sayur, kami masukkan jugak bayam brazil dalam sup apa2, dalam telur goreng, dalam sayur goreng. tapi diakui, makan saja as ulam lagi best sayur bayam brazil ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa HH memang masak dan buat apa pun sedap dengan bayam brazil ni kan :)

      Delete
  2. Sedapnya.. Tak pernah pula cuba masak macam nie.. idea yang ohsem..

    ReplyDelete
  3. wah sedap ni. bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Baru ni SA petik bayamaa abrazil just buat ulam makan ngan sambal belacan je kak ana...pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan SA kak ana suka buat kerabu :)

      Delete
  5. Nyum
    Rasa puas bila petik dari kebun sendiri.

    ReplyDelete
  6. teringat dulu2 masak kulat taun dgn bayam kampung manis ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kulat taun tu kulat sisir ke PI sedap masak lemak kan :)

      Delete
  7. Campur itu sikit ini sikit muai jadinya.Tambah berseri dengan hijaunya bayam brazil tu kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah macam tu lah nak bagi muai kan PC :)

      Delete
  8. bayam brazil pahit tak ? hee tak pernag try bayam brazil

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah min sedap boleh buat ulam atau salad :)

      Delete
  9. wahhhh...Sally baca tajuk ingatkan sup cendawan yg putih tu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dak aih ni cendawan tiram cik sally hehe :)

      Delete