Sana sini pencinta pokok bunga hidup kini memburu fittonia. Ana sendiri diam tak diam dah ada 6 variasi fittonia di rumah. Seronok sangat bila batch pertama hari tu 3 pasu hidup subur mekar dan sedang membesar dengan jayanya. Baru-baru ni tambah lagi 3 pasu variasi yang lain pula. Jadi dah ada 6 pasu berbeza variant. Setiap pagi itu lah yang di jenguk dan di belai dahulu. 

Hujung minggu lepas ana sempatlah singgah ke satu pusat penjualan bunga orkid yang sedang viral di FB di Batang Kali. Belum sempat nak terbitkan entrinya kerana banyak sangat gambar yang di ambil untuk di edit dahulu, In Shaa Allah sikit masa lagi ana terbitkannya. Masa kat sini, terjumpa lah dekorasi tanaman fittonia ni satu sudut . Masyaa Allah.. berbunga rupanya pokok fittonia ni. 



Bunga pokok fittonia 

Dua tiga kali juga ana belek-belek , betul ke ianya fittonia. Bila tengok dari beberapa jenis variant nya ternyata ia memang fittonia dan ia berbunga. Saiz daun dan pokok fittonia di sini besar-besar dn hidup subur. Tempatnya teduh dari sinaran matahari, dan di temani desiran air mengalir. Jelaslah kan, fittonia alah pada panas terik dan ana sendiri menanam nya di ruang porch rumah dan sentiasa pastikan ia mendapat lembapan yang secukupnya namun tidaklah terlalu basah kerana ia boleh merosakkan akar. 



Memang benar, penjagaan fittonia agak perlukan perhatian untuk kekal subur. Berbalik pada bunga pokok fittonia ni yang ana nampak disini ianya dalam satu turus batang hijau dan berbunga putih kelopak halus-halus. Sekali pandang macam bunga pokok ati-ati pun ada juga kan. Berbau atau tidak ana tak pasti kerana tidak menciumnya, pakai facemask lah katakan, lagi pun tak berani pula nak hidu era pendamik ni kan. 

Sempat ana rakamkan dalam bentuk video dan korang bolehlah tengok dengan jelas di youtube di bawah ni :


Turut ana visual kan juga pokok fittonia koleksi terbaharu di dalam video di atas. Dah seminggu lebih beli dah mula meninggi selepas ana ubah ke pasu yang lebih besar. Fittonia yang di jual di nurseri tu dalam pasu halus sangat, masa beli tu korang kena bijak pilih yang dah agak tinggi dan banyak dahannya. Jangan pilih yang layu atau kering. Alihkan ke pasu yang lebih besar supaya ia merebak dan membesar dengan sempurna. Buh la baja naa. Pokok jenis apa sekali pun perlukan baja untuk hidup subur. 





Bila kita amati dari video dan gambar di atas, kelihatan walaupun corak atau variant daun fittonia ni berbeza, bunganya kelihatan sama sahaja kan. Terbit dari satu tangkai batang turus menegak ke atas dan halus berkelopak berwarna putih. Begitulah setiap satu ciptaan Tuhan yang Maha Bijaksana. Ganjaran pahala buat kita hambaNya yang suka memandang dan melihat alam dan makhluk ciptaanNya dengan penuh rasa syukur . Sama-sama lah kita jaga alam dan hidupan di muka bumiNya ini supaya tidak akan terus berlakunya kerosakan yang berterusan. Kita sama-sama menumpang di bumi Allah swt yang sementara kerana tiada yang kekal selain DIA. 

Bunga pokok fittonia 


20 Comments

  1. Cantiknya corak daun dia..nnt jumpa nak belu jugalah, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomm azimah kita hunt fittonia buat koleksi :)

      Delete
  2. Leka tgk urat dedaun fittonia ni sis, rasa macam hilang dari radar...padahal di pejabat ni tengah pening hehe. Betullah, pepokok ni sumber remedy, ketenangan. Macam kena beli letak kt opis juju la sis. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat Juju kak ana suka sangat kalau pepagi hadap belai2 kejap sebelum mula kan kerja rumah :)

      Delete
  3. Cantik pokoknya, baru tau namanya fittonia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah tren laa ni Syaz pokok fittonia ni :)

      Delete
  4. Replies
    1. nnt boleh lah kinah kumpul lepas pantang nanti ajak yop beli :)

      Delete
  5. mmg cantik pokok ini. no wonder ianya dijadikan pokok perhiasan kawasan. huhu

    ReplyDelete
  6. Daun yang berurat-urat jelas itu signature fittonia ni kot huhuhuu... Mrs. A fail bab-bab pepokok bunga ni

    ReplyDelete