Lain dah menu sagu gula melaka dahulu dan sekarang ni kan.  Kalau resepi dahulu ianya berketul dan pepejal sagunya, sekarang ni versi moden sagunya relai sebiji-sebiji. Kalau dahulu sagu gula melaka di makan dengan santan tapi sekarang ni lebih sedap di makan bersama susu cair.  Begitulah inovasi resepi warisan tradisional yang telah di modenkan malahan menjadikannya lebih komersil dan sedap. Anak-anak pun suka makan sebagai pencuci mulut. 


sagu gula melaka 

Resepi dan cara buat sagu gula melaka 


Menu ini salah satu sajian kami di Aidil Adha yang lalu.  Kebetulan jiran ana, Murni beri seketul manisan atau pun gula kabung dari Trengganu.  Ana beli kan sepeket sagu di kedai Aceh dan setin susu cair bawa balik kampung.  Raya kedua, malam tu kami nak ber steamboat jadi adik ipar ana masakkan sagu gula melaka ni.  Hari ini ana nak kongsikan disini resepi dan cara buat sagu gula melaka untuk perkongsian resepi dan idea kita bersama. 

Bahan-bahan sagu gula melaka

1 paket sagu ( dalam RM2) 
1 ketul gula kabung atau gula melaka
1 tin susu cair 
1/2 cawan gula putih ( ikutlah kemanisan masing-masing) 
Air secukupnya
Sehelai daun pandan 
Pewarna ( ana guna pewarna merah dan hijau) 



Cara masak sagu gula melaka


Korang boleh tonton cara masak sagu gula melaka ni di youtube kat bawah ni, mudah je kan.  



Untuk masak sagu gula melaka ni kita perlu lakukan 3 proses iaitu masak sagu,  sos gula melaka dan juga susu.  

Mula-mula basuh sagu dan toskan. Didihkan air dan masukkan sagu dan kacau sehingga sagu menjadi jernih.  Dah masak jernih,  basuh sagu di bawah aliran air paip untuk membuang kanjinya, jadi sagu tak lah berketul.  Asingkan kepada dua bahagian dan warnakan.  

Langkah kedua ialah didihkan gula melaka bersama gula putih dan air. Jangan terlalu banyak air kerana kita mahukan air gula melaka yang pekat.  Masukkan sehelai daun pandan yang di ikat dan masak hingga mendidih. Sejukkan. 



Akhir sekali masakkan 1 tin susu cair bersama 1/2 tin air hingga mendidih dan sejukkan.  Boleh lah tuangkan gula melaka, masukkan sagu dan tuang kan susu ke dalam gelas atau pun bekas. Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk di nikmati sebagai pencuci mulut yang lemak manis.  Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat semua. 

18 Comments

  1. jujur saya suka yang berketul dan guna susu cair, sebab kalau santan tak fresh tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah santan kena santan segar baru sedap kan NM :)

      Delete
  2. MUSIM PANAS GINI SEDAPNYA MAKAN SAGU GULA MELAKA

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. slurppp masuk dalam tekak laju je kan Syaz

      Delete
  4. tapi kan kak dana tetap prefer makan dengan santan dari susu cair... heheheh jenis tekak orang tua, tapi kalau dah disajikan depan mata kita ngap je heheheh lagi lah makan di waktu paanas sagu gula melaka pulak sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh dana suka versi santan ye, santan sawit pun sedap kan lemak je

      Delete
  5. Masuk peti ais..dah cukup sejuk makan.Fuh nikmat.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak buat, nanti nak buat juga la

    ReplyDelete