Pernah tak tengah syok memasak tiba-tiba gas padam daa!! Kena pula ada tetamu nak datang makan mau gelabah sakan punya lah. Kalau rumah dekat dengan kedai gas tu masih okay lah lagi tapi kadang-kadang tak ada pula pekerja nak hantar ke rumah . Tapi jangan risau ana sendiri baharu tahu rupanya sekarang ni beli gas pun boleh di buat secara online. Canggih dah kan. Siap ada aplikasi lagi. Jom ana cerita kan pada korang bagaimana cara pembelian gas secara online di aplikasi BeliGas.my ni. 



Beli Gas Murah dan Mudah Secara Online di BeliGas.my 


Walau bagaimana pun buat masa ini aplikasi BeliGas ni hanya boleh di guna pakai untuk kawasan Selangor dan Lembah Klang sahaja. Mungkin ia akan di perkembangkan lagi di masa akan datang.  Langkah pertama pastilah korang perlu muat turun aplikasi BeliGas di https://play.google.com/store/apps/details?id=my.beligas.delivery  . Cara pembelian gas secara online adalah seperti berikut : 



Antara kebaikan pembelian gas di BeliGas ni adalah : 

1. Harga Terjamin
Pembelian gas anda hanya RM 26.60 apabila korang order melalui aplikasi BeliGas.  Jaminan harga seperti yang ditawarkan di laman web apabila sampai ke pintu premis anda. Harga juga mengikut harga warta Kerajaan untuk gas masak LPG.

2. Servis Penghantaran Mudah
Korang boleh order pada bila-bila masa sahaja (24 jam open order). Namun penghantaran dari 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari. 

3. Tiada Caj Tersembunyi
Harga BeliGas tetap dan sama di seluruh cawangan outlet retail. Tiada caj tersembunyi mahupun tambahan apabila menghantar gas.



Walaubagaimana pun BeliGas hanya menjual tong gas jenama SOLAR dengan berat 14 kg, namun usah risau kerana mereka tetap menerima sebarang jenis tong gas dari pelanggan. BeliGas berpusat di Seri Kembangan dengan 55 lokasi servis di Lembah Klang. 

Untuk keterangan lanjut korang boleh lah layari ke pautan laman web di  : https://beligas.my/  

8 Comments

  1. MUDAHNYA NAK BELI GAS VIA BELIGAS.MY KALAU TERDESAK BOLEH CUBA

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah saya pun baru tahu ada aplikasi macam ni :)

      Delete
  2. menarik jugak ini kak, kotlah kebetulan gas spare pun kosong naya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Dana berguna time emergency tak ada gas nanti :)

      Delete
  3. Kalau gas dah habis nanti boleh la cuba

    ReplyDelete