Korang dah isi Banci Penduduk & Perumahan Malaysia tahun 2020 ni ke belum ? Ana pun baharu semalam selesai menjawab Banci ni banyak juga soalan yang perlu dijawab, nasib baik isi rumah 4 orang sahaja, sebab lain individu lain soalan nya kan hehe 😊😊 . Mula-mula macam lupa juga nak jawab secara online sebab nya kami tak menerima poskad Banci. Tapi abah di kampung ada dapat poskad, abah minta kak long buatkannya secara online jadi kami terus jawab sekali. 



Cara isi Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020  di MyCensus 

Bagi yang menerima poskad Banci mudah dah , korang hanya perlu log masuk dengan mendaftar sebagai pengguna kali pertama dan log in dengan email dan no telefon sahaja. Bila dah boleh log masuk, boleh masukkan invitation code  yang tertera pada poskad kemudian masuk lah ke bahagian menjawab soalan banci. 

Tapi sekiranya kita tidak menerima poskad Banci, kita perlu menunggu balasan email selepas mendaftar dan kemudian invitation code , kod nombor akan di terima di email yang di daftarkan, baharulah boleh memulakan proses menjawab soalan Banci. Ia mengambil masa 24 jam juga sebelum ana menerima kod banci selepas mendaftar masuk. 

Semua proses ini korang perlu lakukannya di pautan --> https://ecensus.mycensus.gov.my/landing 



Jadi bagi yang belum lagi mengisi data secara online korang masih ada masa 5 hari lagi kerana peringkat pengumpulan data secara online akan berakhir pada 30 hb September 2020 ini. Selepas ini akan berlakunya pula proses banci secara semuka di mana petugas banci akan datang ke rumah untuk mendapatkan maklumat pengisian Banci Penduduk & Perumahan Malaysia mulai 7 hb Oktober hingga 24hb Oktober 2020. 




Untuk keterangan lanjut layari terus ke https://www.mycensus.gov.my/

14 Comments

  1. lega dah dapat siapkan dengan selamat kak... kat opis dana pun diaorang memang war-warkan untuk siapkan dan siap minta hadiri klinik e census kalau tak dapat buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dana lega menjawab soalan kebat hehe :)

      Delete
  2. selesai.. soalannya macam soalan spm. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia banyak pula tu ikut isi rumah hehe :)

      Delete
  3. Mrs. A dapat kad tu tapi tak buat lagi huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 30hb last secara online pasni depa maii rumah mrs A nanti banci semuka :)

      Delete
  4. Ooo..dia ambil masa 24 jam ek untuk hantar kode tu. Ok kita tunggu dulu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang cik tie nnt dapatlah email tu :)

      Delete
  5. saya dah isi dah..tu pun teringat sebab kawan yang ingatkan.

    ReplyDelete
  6. saya tolong ayah saya isi benda ni lama betul huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak ana pun buat kan mak abah di kampung sekali

      Delete
  7. senang sekarang buat online walaupun agak renyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah isi oline tak perlu ada yang datang semuka dah kan :)

      Delete