Tiba-tiba suami mengidam nak makan ikan bakar kat Pantai Jeram. Lama sungguh tak ke sini sebab selalunya kami makan angin jenjalan petang ke Pantai Remis, Jeram yang mana kat sini tak jauh mana pun dengan Pantai Jeram ni. Dalam kawasan yang sama cuma Pantai Remis ni simpang ke hadapan lagi selepas simpang Pantai Jeram kalau kita dari LATAR atau Kuala Selangor. Selang beberapa km je lokasi nya. Last ana makan kat kawasan sini pada tahun 2012 tapi masa tu kami makan di Aroma Ikan Bakar. 




Kali ni nak ke Aroma Ikan Bakar penuh pula tak ada tempat dah jadi kami try di Medan Ikan Bakar yang terletak tak jauh dari lokasi Aroma Ikan Bakar. Ada pintu gerbang besar tertulis Medan Ikan Bakar Pantai Jeram dan ianya juga di hadapan pandangan pantai dengan bot-bot nelayan.

Medan ikan bakar Pantai Jeram 




Bila sampai kat sini, kita perlu ke kaunter ikan terlebih dahulu dan pilih lah ikan apa yang kita kehendaki dan masukkan dalam bekas. Senarai harga ikan ada kat atas papan di atas tu. Setiap harga seekor ikan adalah dalam 100g naa, jadi agak-agak lah sendiri harga untuk seekor ikan , udang , sotong atau ketam yang kita pilih. Pilih jenis ikan dan berapa ekor kita nak dan sampai ke bahagian timbang nyatakan pula menu apa yang hendak kita makan dengan ikan yang kita pilih tu. Harga setiap 100g ikan atau makanan laut tu adalah sekali dengan harga menu yang akan di masak. 



Dah siap pilih, timbang dan  dapatkan order menu, kita akan di berikan nombor yang menandakan menu kita pilih tadi. Pi la ke meja nanti akan ada staff yang akan datang dan ambil order air, nasi atau sayuran pula. Nyatakan sekali nombor order menu ikan untuk urusan bil . 

Masa kami sampai ni dalam waktu petang, tapi orang dah ramai juga, banyak meja dah penuh. Dalam setengah jam juga lah sampai lah menu yang kami order. Nasi putih 4, air masing-masing pilihan , ikan cencaru bakar, ikan kembong 2 ekor masak 3 rasa  dan sotong goreng tepung. Bajet hujung bulan tak berapa nak padat jadi order lah menu ala kadar sahaja.
 

Ikan kembong tiga rasa 

Pada pandangan peribadi ana, ikan-ikan ni segar lah isinya dan berbaloi lah dengan harga. Ikan kembong ni kira harga seekor, cuma RM7 seekor dan sekali masak. Jadi ianya cuma RM14 dua ekor tu, bersaiz besar juga lah. Cuma masakan 3 rasa tu tak banyak bahan cuma bawang dan sos sahaja. Agak kurang kena dengan selera kami , tapi habis juga lah dah order kan jangan membazir , dosa. Tapi lain orang lain selera dan citarasanya kan. 




Sotong goreng tepung ni ana ambil 3 ekor sotong bersaiz agak besar juga lah, tak berapa ingat  pula harganya sebab resit entah mana perginya lepas bayar . Sotong pun segar, keras-keras dan besar saiznya. Goreng tepung pun sedap garing dengan sos cicah pun ala Thai yang sedap, Alhamdulillah. 


Ikan cencaru bakar 
 

Untuk ikan bakar suami pilih cencaru sahaja. Ikan bakar nya biasa-biasa sahaja. Cuma lumur kunyit dan garam dan di bakar seekor tanpa di belah seperti kebanyakan ikan bakar yang kita makan di medan ikan bakar lain. Ia di hidangkan macam hidangan ikan bakar kedai nasi campur sahaja. Di berikan dua jenis air asam sedap juga lah air asamnya. 




Apapun Alhamdulillah kenyang dan berbaloi dengan harga bajet kami petang tu. Kesemuanya dalam RM60 lebih sahaja. Yang indah adalah menikmati pemandangan damai di Pantai Jeram menjelang senja. Kami selalu ke Pantai Jeram atau Pantai Remis bila rindu pada laut kerana ianya lah yang terletak tak jauh dari kediaman kami. Dalam 40 minit dah sampai. Jadi kalau korang teringin nak makan ikan bakar, boleh lah ke Pantai Jeram kerana ada beberapa Restoran Ikan Bakar di tepi-tepi pantai . Cuma pastikan poket kembong lah kalau nak makan puas pelbagai menu dan jenis makanan laut di sini. Selamat menjam selera. 









21 Comments

  1. murah kak rm60 utk semua tu... kira ok lah tu... dpt tengok pemandangan yang cantik juga, lama betul dana tak makan area sana, maklum jauh nak ke sana tapi kadang teringin jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Dana harga masih murah dah tu , kak ana pun tak ambil ikan mahal2 hehe :)

      Delete
  2. seronoknya, lama tak makan ikan bar kat kedai

    ReplyDelete
  3. suka makan ikan bakar...semalam baru makan..hehehe
    ini boleh singgah ni sbb kakak nieyl nak sangat makan area sana..

    ReplyDelete
  4. Asyik bercadang nak ke sana dari tahun sudah kak ana... Tak sampai2 lagi huhu...

    Gambar last tu cantik sangat, subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu macam tu PH, in shaa allah satu hari nanti sampai tu, lajak kan ajer hehe :)

      Delete
  5. Kalau dpt yg fresh mcm ni mmg berbaloila..saya pernah mkn ikan cencaru bakar rm8 sekor saiz biasa je, tapi sayangnya ikannya tak fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dapat ikan fresh memang nikmat sangat kan :)

      Delete
  6. walaupun lahir di Selangor belum lagi sampai sini kena masuk dalam place to go juga ni.

    ReplyDelete
  7. sedapnya jamu selera dengan makanan laut yg segar...membaca n3 ana terliur sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya PI lebih kepada persekitaran dari menu2 kat sini kan :)

      Delete
  8. Lama ehhh tak makan ikan bakau.... Adeiiii... Nak kena carik ni😀😀

    ReplyDelete