Dah lama juga ana putus benih pokok roselle . Beberapa kali cuba semai dari biji benih pemberian jiran tak menjadi pula. Tiga bulan lepas , staff suami ada bagi 5 pokok roselle dan kami tanam di belakang rumah masa pkp . Mula-mula lebat daun sesangat tak nampak pun keluar buah, berbunga kemudian gugur macam tu jer. Baru-baru ni, ana tabur baja dan try cantas dahan-dahannya yang lebat berdaun tu. 


buah roselle

Alhamdulillah, hari demi hari nampak dah beputik dan selang beberapa minggu dah besar-besar buah roselle dan sedia untuk di tuai. Petik-petik , kupas buang biji nya , basuh bersih. Rebus dengan air gula dan terhasillah jus buah roselle kesukaan kami sekeluarga. Memang sedap jus buah roselle ni ala-ala rasa Ribena gituew. 



Sebulan lepas, mak ana datang sini, mak minta batangnya. Nak try tanam katanya. Dan minggu lepas sekali lagi mak datang sini bagitau batang tu mak dah tanam dan hidup dah pun. Owh! Baharu ana tahu rupanya pokok roselle ni boleh juga di tanam dari keratan batang. Esok lusa, In Shaa Allah ana nak try tanam dari keratan batang roselle yang dah matang. Mudah-mudahan boleh hidup subur. 



Masa mak datang ni pun ana petik-petik buah roselle yang dah masak untuk mak bawa balik ke kampung. Mak memang suka buah roselle ni dan telefon semalam mak kata dah jadikannya jus dan jem. Betul lah, airnya kita jadikan jus dan hampas nya jangan buang sebab boleh jadikan jem. Memang seronok bila dapat menuai hasil kebun sendiri ni. Setakad ni ana ada pokok mulbery dan sekarang pula ada pokok roselle. Kedua-dua pokok ni sedap sangat bila di jadikan jus minuman yang segar. Alhamdulillah. 


Cara buat jus buah roselle 









18 Comments

  1. selalu beli kordial je. ni fresh dari pokok mesti lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak pernah beli kordial , selalu kalau ada buah baru buat dan minum hehe :)

      Delete
  2. Kak ana, suami saya tanam pokok roselle 5 pokok, tu buahnya tengah lebat ya amat2, kalo manis agaknya dah lama habis kena makan dek monyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masam monyet tak nak kan azimah, ye betul kalau lebat memang seronok tengok kan :)

      Delete
  3. betul kak boleh di tanam dengan keratan batang macam pokok mulberi, selain jem dan buat kordial, buah dia tu akak rebus kejap dengan air gula dan jemur atau keringkan dengan oven boleh jadi macam jeruk tu tau. Nenek dana dulu suka di jadikan jeruk macam manisan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh baik-baik dana nanti kak ana cuba jeruk kan pula, terima kasih share , tu lah kak ana pun baru tahu boleh tanam keratan batang , ni nak cuba tanam semai balik takut putus benih :)

      Delete
  4. Tempoh hari balik kampung mak mertua PC baru nak tanam semula kak.Sebelum ni banyak sangat pokoknya..buahnya tak putus berbotol kordialnya.Tak tahu macam kena serang serangga terus mati.Seranggan tu asabab je kan..mungkin dah sampai masanya kena tanam baharu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama juga bertahan ye PC, haah atas asbab kita dapat benih baharu, ini pun kak ana nak semai balik batang nya, mudah-mudahan tak putus benih akan datang, in shaa allah

      Delete
  5. wow bestnya!! takyah susah2 nak beli kordial roselle dah. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  6. kak..share sikit cara tanam mulberry tu. Saya ada bawak balik batang dia hari tu.Bila tanam dia jadi buruk. Siram hari2 pun jadi kering dan buruk.Cemana entah nak tanak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pacak je D dalam pasu ke atas tanah ke, dia hidup sendiri. Kena cari batang tua sikit muda sangat dia tak jadi juga kering nanti. Lebih air pun boleh busuk . Siram lah 3 hari sekali ke sementara dia nak hidup .

      Delete
  7. sedapnya jus rosel dulu selalu juga buat

    ReplyDelete
  8. haii terliur memandang jus tu kak AJ :)

    ReplyDelete