Tahun demi tahun ana merasakan kemanisan ukhwah bersama rakan-rakan blogger dekat dan jauh. Alhamdulillah.. hingga ke hari ini ukhwah ini kekal terjalin dan setiap hari semakin indah. Ada yang pernah ana temui secara zahir khasnya ketika ke event-event malahan ada yang dah rasa seperti adik sendiri serta kawan baik.

Baru-baru ini, seorang lagi sahabat blogger atau pun manis ana panggil adik blogger, Dana pm di Mesenger minta alamat. Nak hantar hadiah katanya pada kak ana nya ni. Tak lama lepas tu sampai lah sekeping sampul surat dan di dalamnya terdapat hadiah kasih sayang dari Dana. Allahu.. terharu nya rasa. Dana kirim kan pada kak ana dua keping mask extender dan seutas tasbih. Mask extender tu hasil tangan Dana sendiri pula tu dengan kemahirannya menyulam manik-manik. Comel dan kak ana akan gunakannya , Dana. 



Sama juga tasbih tu akan kak ana guna kan untuk membasahkan lidah dengan tasbih, takbir dan tahmid bersama selawat dan istighfar setiap ruang waktu. Rumah ni memang banyak tasbih hadiah dari rakan dan saudara mara, dan selalunya akan ana gunakan bergilir-gilir agar si pemberi akan dapat ganjaran pahala atas sedekahnya. Begitu juga surah Yaasin, banyak kan di rumah kita, jadi kita gilir-gilirkan lah membaca nya. In Shaa Allah tak akan sia-sia lah hadiah dari si pemberi. 

Ana yakin ramai rakan blogger kenal sangat dengan Dana, kerana Dana cukup rajin singgah dan komen di blog rakan-rakan blogger. Seronok sangat dari perkenalan di blog kita teruskan jalinan ukhuwah ini. Alhamdulillah. Pada yang belum kenal tu , meh la singgah ke blog kesayangan Dana di misshamakeupstore.blogspot.com dan ikuti lah kisah Dana bersama putera kesayangan Aiyan, kisah kucing-kucing Dana, kisah  masakan Dana, kisah pokok-pokok Dana dan pelbagai lagi lah.. 

Terima kasih Dana, salam kasih sayang dari kak ana buat Dana dan Aiyan, semoga sentiasa di dalam lindungan Allah swt, di murahkan rezeki dan berbahagia dunia akhirat. Aamiin. 

14 Comments