Setiap kali makan ikan bakar pasti air asamnya yang akan menjadikan menu bertambah sedap. Kalau di rumah ni suami tak makan belacan, jadi selalunya ana terpaksalah sediakan dua jenis air asam bila masak ikan bakar. Untuk suami selalu ana buatkan air asam kicap dengan perahan limau nipis atau limau kasturi bersama hirisan bawang, cili api dan tomato. Kalau untuk ana pula selalu buat air asam dengan belacan dan asam jawa , resepi arwah mak saudara ana . Kalau air tangan arwah wan Esah ni memang tak buleh celen bab sambal belacan dan juga air asam nya, cukup sedap cukup pekat cukup rasa. Allahu rindu yang tak berpenghujung. 

Selalu ana makan nasi campur di restoran Warung Opah ni, suka makan ikan bakar dengan air asam kerisiknya. Air asam kerisik ni menu orang belah utara rasanya. Sebab tu kalau kita beli nasi daging biasa datang dengan air asam kerisik ni kan. Jarang ana cuba buat di rumah sebabnya anak-anak tak berapa minat. Tapi kali ini , ana cuba juga buat sendiri nak tukar selera cicah ikan susu bakar. Alhamdulillah sedap dan mudah sahaja penyediaannya.  




Resepi dan cara buat air asam kerisik 

Bahan-bahan air asam kerisik 

Hirisan bawang merah - hiris halus-halus 
Hirisan cili api 
Hirisan tomato 
Asam jawa bancuh dengan air masak
Kerisik 
Belacan seeloknya di bakar terlebih dahulu
Garam dan Gula secukup rasa


resepi air asam kerisik

Dah ada semua bahan di atas tu campurkan sekali dalam mangkuk. Nak sedap tumbuk seketika bahan bawang dan cili api tu sebelum gaul sebati dengan air asam jawa dan belacan. Masukkan kerisik dan gaul bersama. Rasakanlah dengan garam dan gula secukup nya, ikutlah citarasa masing-masing. Kalau suka pedas banyakkan cili api. Terpulang naa. Kerisik tu tak perlu buh banyak sangat  asalkan pekat air asam dah okay dah. Selamat mencuba. 



8 Comments

  1. Pertama kali Tukang Kebun tengok air assam kerisik kak. Terima Kasih kongsi pengalaman.
    Kekadang saya tak letak belacan dalam air assam jawa sebab ada yang allergic hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sama dengan anak kak ana TK tak boleh makan belacan juga :)

      Delete
  2. lawankan dengan daging rebus sedap sangat nie air asam kerisik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan NM selalu makan dengan nasi daging kan :)

      Delete
  3. Regukan ikan bakar, tersangatlah sedapnya

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa... kalau masak nasi tomato wajib ada juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke Nina makan dengan ayam masak merah lah ye :)

      Delete