Resepi dan cara buat pepperoni pizza
Kali ini meroti lagi nampaknya. Cuma buat doh pizza ni tak lah menggunakan bread maker tapi ana uli secara manual sahaja. Alhamdulillah menjadi doh pizza nya. Nak buat home baked pizza ni yang agak leceh cuma bahagian doh pizza nya sahaja. Bab topping tu tabur kan sahaja lah apa bahan yang nak letak atas nya tu. Macam ana, Adik Ika nak buat pepperoni pizza jadi kami carilah bahan-bahan topping mengikut citarasa Adik Ika. Semua bahan ni pun ada di jual di pasaraya.
Untuk doh pizza, boleh lah ikut sama ada nak tebal atau pun jenis thin crust . Kami buat yang thin crust kerana nak makan topping puas-puas kata anak-anak. Anak-anak tak suka letak mix vege jadi kami gantikan dengan bawang holland, capsicum, cendawan dan pepperoni slice. Tambahkan pula dengan cheddar, mozarella dan mayo. Based nya kami gunakan sos spaghetti belognese . Jom layan video di bawah untuk tutorial buat pizza secara visual dan resepi bertulis di bawahnya.
Resepi dan cara buat pizza
Mula-mula kita perlu sediakan doh pizza terlebih dahulu .
Bahan-bahan untuk Homemade Pizza
Bahan Doh Pizza :
1/2 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 sudu kecil gula
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pelembut roti
2 sudu besar minyak masak atau minyak sayuran
Cara untuk buat doh pizza
2. Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih (lebih kurang 15 minit).
3. Kemudian sediakan adunan tepung . Dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti.
4. Masukkan minyak dan air yis tadi. Uli sehingga menjadi doh (boleh tambah @ kurangkan air mengikut kesesuaian)
5. Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Resepi ini boleh dapat kan dua keping doh pizza saiz loyang 8 ". Bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
BahanTopping pizza
Seperti yang ana nyatakan di atas, bahan topping pizza ni terpulang pada citarasa masing-masing, cuma based tu boleh gunakan tomato puri atau pun sos spaggetti bolognese. Dan kenalah ada parutan cheddar atau mozzarella cheese untuk lapisan atasnya.
Sos spaghetti atau tomato puri .
Cheese (ana guna cheddar dan mozzarella)
Bahan topping mengikut kegemaran masing-masing (sosej, pepperoni, capsicum, nenas, bawang, cili dan sebagainya)
Sapu sos spaghetti secukupnya.
Tabur topping dan cheese. Taburkan oregano kering kalau suka.
Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200°c atau sehingga masak. Ini juga bergantung pada saiz oven masing-masing naa. Tak sama masa memasaknya.
10 Comments
nampak sedap
ReplyDeletesedap wak try la hehe :)
DeleteMasyaAllah sedap nye kak
ReplyDeletecubalah CP hehe :)
DeleteWah sedapnya Ana.. boleh cuba nanti..
ReplyDeletecuba lah sue ajak kakak :)
DeleteMeriah topping. I like..
ReplyDeletedah home backed kan AI buh je selagi muat hehe :)
Deletewowwww Kak AJ !! menggoda sangat ni nampak..
ReplyDeletecheq dala suka pizza.. kalau ada lebih tu hello2 la kitee hehe..
haha pii buat seniri naa CT tu kakak dah buh resepi lagi haha :)
Delete