Sambal buah roselle kiriman blogger Azimah
Pokok roselle memang banyak kali dah ada di kebun belakang rumah ana ni. Cuma usia pokok roselle ni tak lama bertahan seperti pokok mulbery. Habis je musim berbuahnya ia akan kering dan terus mati . Tapi ana semai kan juga dari biji buah roselle yang kering, adalah dua tiga anak pokok nampak membesar dah. Selalunya buah roselle ni kami buat jus atau hampasnya ana jadikan jem. Itu sahaja lah kegunaannya yang ana tahu setakad ni walaupun daun pucuk pokok roselle ni ada juga yang jadikan sayur masakan, belum pernah ana mencubanya.
Sambal buah roselle
Baru-baru ini terbaca di blog sahabat blogger ana, Azimah yang buah roselle ni Azie jadikan sambal. Allahu.. tak terfikir langsung sampai boleh jadi sambal sebegitu. Punya lah teringin nak rasa bagaimana agaknya rasa buah roselle yang masam manis tu dijadikan sambal. Selang beberapa hari ternampak Azimah posting buat Giveaway Sambal Roselle, laju lah ana join, mana tahu ada rezeki dapatlah merasa sambal buah roselle ni.
Alhamdulillah.. Azie email minta alamat nak pos kan sambal buah roselle. Ada juga cabarannya buat Azie, kali pertama nak pos tak lepas sebab sambal berminyak. Courier tak benarkan. Kesian Azie, kena keluar sekali lagi pula nak pos sambal roselle untuk ana. Dan Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke tangan ana siap dalam bekas Tupperware mahal lagi.
Terima kasih sahabat blogger Azimah dari Asam Garam Kehidupan , gigih mengepos sambal roselle buat ana. Semoga di murahkanNya rezeki buat Azie sekeluarga, Aamiin. Ana simpan naa Tupperware hijau tu buat kenang-kenangan..
Okaylah mesti korang tertanya-tanya apa rasa sambal roselle ni? Sedap! Memang sedap! Sekali rasa macam makan sambal hitam Pahang tu. Ana tak pasti resepinya kena tunggu Azie buat satu entri resepi sambal roselle nanti, boleh lah kita yang ada pokok roselle ni mencubanya nanti. Rasanya pedas, masam manis gituew. Sedap makan dengan nasi kosong pun sedap dah buat ratah-ratah. Nampak tekstur seperti Azie tumis sambal ni dan masak agak lama juga kan, sebab buah roselle tu bersatu dalam sambal. Dapat resepi nanti, kalau ada buah roselle pokok benih baru ana nak try buat sendiri.
Apapun terima kasih sekali lagi Azie sudi pos sambal buah roselle untuk ana merasanya. Adik Ika suka sangat sebab dia memang kaki makan pedas-pedas ni. Azie pesan simpan dalam freezer lepas buka ada sikit lagi dalam petiais tu. Semoga jalinan ukhuwah sesama kita semua akan terus berkekalan hingga ke syurgaNya, Aamiin. Kemanisan dalam dunia blogger ini memang sesuatu yang istimewa, walaupun ada yang belum pernah bersua wajah namun jalinan ukhuwah itu bagaikan dah lama saling mengenali . Ada rezeki, dengan izinNya jua dapatlah kita bersua tetapi jika tidak pun, kemanisan nya tetap akan di kenang hingga akhir hayat, In Shaa Allah.
22 Comments
Oh saya punya hari tu tidak keluar minyak . Memang sedap. Hehe rezeki dapat sambal roselle dengan Tupperware mahal.
ReplyDeleteAlhamdulillah..selamat sampai ke tangan ana. Saya dah pernah up entri pasal sambal roselle tu, nnt boleh search je. Yang first time tu mmg agak kurang minyaknya masa memasak tu. Kali ni agak lebih minyak sbb banyak bawang dan bilis tu. Lagipun dah simpan dlm freeze sbb takleh pos masa tu, pastu keluarkan balik, masak lagi sbb tu smp keluar minyak.
ReplyDeleteterima kasih sangat Azi susah payah pos kan untuk ana rasa. Semoga di murahkanNya jua rezeki buat azi sekeluarga, aamiin .
DeleteWah boleh buat sambal bagai ya Ana.. ingat boleh buat air je..
ReplyDeleteitu lah Sue nak sangat rasa macam mana rasa sambal rozel ni, alhamdulillah dapat juga kiriman dari sahabat blogger kita Azimah, terima kasih sangat :)
DeleteWahh, buah roselle ni boleh buat sambal juga ya. 1st time dengar ni. Yang Eina tau, boleh buat air dengan jem tu. Hehe
ReplyDeletetu la Eina rare kan bila di jadikan sambal dari buah rozel ni :)
Deletebest, mesti sedap nih kan....
ReplyDeletesedap Dana rasa sambal hitam Pahang lebih kurang :)
Deletesambal stroberi lama viral baru je rasa awal tahun.. ni yang roselle tatau bila boleh rasa pula. kat rumah nenek ada pokok roselle blhla cuba buat..
ReplyDeletehaa cuba lah CT sedap gak ni :)
DeleteAkak dah try buat sambal rosel ni ikut resepi Azimah,memang sedap .
ReplyDeletesedap kan SI, saya pun nak cuba bila ada buah nanti, terima kasih buat Azi berkongsi resepi sambal rozel :)
Deleterare sgt ni sambal roselle wow betul2 unik
ReplyDeleteunik mama kena try kalau ada buah roselle nanti :)
Deletetak pernah merasa lagi kak ana sambal roselle ni, sambal strawbery pernah masa pi CH
ReplyDeletetu lah strawberry pernah rasa kat CH kan :)
DeleteBetul kak Ana, manisnya dunia blogging ni ❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah kemanisan ukhuwah kan Syaz :)
DeleteAssalamualaikum kak ana. kalau rasa mcm sambal hitam pahang tu memang sedap la.. haiiihhh kecur air liur saya... rasa nak cari juga bunga roselle ni..
ReplyDeletewaalaikumsalam SS, tu lah memang sedap kak ana suka rasa sambal roselle ni :)
DeleteHaha Azi kata simpan buat kenangan D, tak perlu nak pos balas hehe :)
ReplyDelete